27 Feb 2015

PDRM lwn Sabah Piala FA - keputusan penuh perlawanan

PDRM vs Sabah 27 Feb 2015 | Piala FA pusingan ke-2 | Keputusan dan highlights perlawanan

Keputusan Penuh:

PDRM (3)
Ashfaq Ali 27', Dramane Traore 40', 45+2'

vs

SABAH (0)

Highlights perlawanan:
(sumber highlights: page FB-Sabah Football Association)

Min-1: PDRM melakukan sepak mula
Min-12: Shafuan hampir meletakkan Sabah di hadapan namun cubaannya sedikit tersasar.
Min-13: PDRM pula membahayakan pintu gol Sabah, namun tandukan pemain mereka yang tidak dikawal melepasi palang gol.
Min-27: Gol!!!! PDRM mendahului melalui Ashfaq Ali yang  menyempurnakan keadaan satu lawan satu.
Min-33: Pemain PDRM dilayangkan kad kuning kerana mengasari Azzizan
Min-34: Pertahanan PDRM pula dilayangkan kad kuning kerana mengasari Ezaidy
Min-36: Sepakan percuma Julamri diselamatkan penjaga gol PDRM
Min-37: Alto hampir menjaringkan gol namun cubaannya diselamatkan pertahanan PDRM di atas garisan gol selepas penjaga gol mereka telah pun tertewas
Min-38: Sabah sekali lagi melakukan serangan bahaya namun cubaan Zayed yang mendapat hantaran Ezaidy diselamatkan penjaga gol lawan.
Min-40: Gol!!!! PDRM menambah jaringan menerusi Dramane Traore selepas satu gerakan menarik di depan pintu gol Sabah.
Min-43: Diouf masuk menggantikan Ezaidy.
Min-45+2: Gol!!!!! PDRM menambah jaringan hasil tandukan Dramane Traore yang tidak dikawal.
Separuh masa pertama PDRM 3-0 Sabah.

Min-45: Sepak mula separuh masa kedua oleh Sabah
Min-46: PDRM mendapat peluang namun cubaan pemain mereka tersasar.
Min-55: Keadaan bahaya di depan pintu gol PDRM hasil satu sepakan sudut namun berjaya dikeluarkan pemain lawan.
Min-74: pemain PDRM dilayangkan kad kuning kerana melambatkan permainan
Min-78: Maxsius masuk menggantikan Leopold
Min-90+3': Tamat perlawanan. Sabah tewas kepada PDRM 0-3.

Kesebelasan pemain Sabah vs PDRM:
Fazli Paat (GK), Rawilson Batuil, Hardy Parsi, Julamri Muhd (capt), Alto Linus, Shafuan Adli, Azizzan Nordin, Zuraindey Jumai, Ezaidy Khadar (Hadji Diouf 43'), Leopold Alfonso (Maxsius Musa 78'), Eamon Zayed

PDRM vs Sabah Piala FA - preview perlawanan

Preview perlawanan PDRM lwn Sabah 27 Feb 2015 | Piala FA 2015 | Pusingan pertama

Piala FA pusingan pertama:

Jumaat 27/2/15
PDRM FA vs SABAH FA
Std. Shah Alam
8.45 malam

'Kejutan' - Itulah yang pastinya diharap-harapkan oleh peminat skuad Sabah malam ini dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang pasukan PDRM di Std. Shah Alam.
 
Atas kertas, pasukan yang digelar 'The Cops' pastinya layak dilabel sebagai status pilihan untuk menang. Kemenangan ke atas dua pasukan gergasi Liga Super, Johor DT (1-0) dan Kelantan (4-0) memberi gambaran jelas kekuatan pasukan PDRM dikala pasukan Sabah 'lesu' dalam perlawanan terakhir mereka apabila tewas kepada pasukan UiTM 2-1. 

Namun, status 'underdog' dalam perlawanan ini pastinya memberi sedikit kelebihan buat pasukan Sabah kerana tekanan kurang dirasai berbanding pasukan pilihan, PDRM. Diouf berkata, tidak ada tekanan buat para pemain kerana mereka bermain menentang pasukan Liga Super lebih-lebih lagi Piala FA bukanlah sasaran utama pasukan musim ini.

Jurulatih PDRM, Azman Adnan berkata, biarpun Sabah beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini, beliau tetap menghormati kekuatan skuad Sabah terutama dengan kehadiran  Diouf dalam pasukan itu.

"Saya dah ingatkan pemain, bertemu Sabah bukanlah perlawanan yang mudah. Pemain perlu bekerja keras jika ingin meraih kemenangan kerana mereka dibarisi pemain antarabangsa seperti Diouf". (dipetik dari bharian.com.my).

Berita kurang menggembirakan buat peminat dengan perkhabaran bahawa pertahanan kental, Abdoulaye Faye yang tidak akan beraksi dalam perlawanan malam ini akibat kecederaan hamstring. Tempat Faye di posisi pertahanan tengah bakal diambil oleh pemain muda, Rawilson Batuil yang akan bergandingan dengan Hardy Parsi.

Di kem pasukan PDRM pula, dikhabarkan bahawa penyerang prolifik pasukan itu, Ashfaq Ali juga tidak akan dapat diturunkan akibat kecederaan. Ini pastinya memberi sedikit kelegaan buat skuad Sabah namun kehadiran dua lagi tonggak pasukan iaitu pemain sayap lincah, Mohamadou Sumareh dan penjaring terbanyak Liga Super ketika ini, Dramane Traore perlu diberi perhatian.

Sabah yang mendapat sentuhan dari Pengarah Teknikal yang baru dilantik, Mike Mulvey pastinya akan mendapat 'idea' baru dalam corak permainan mereka yang sebelum ini dilihat masih belum di tahap yang terbaik. Ada kemungkinan formasi pasukan akan berubah dalam perlawanan ini kepada 4-4-3 berbanding dengan formasi sebelum ini yang menggunakan 4-4-2.

Barisan kemungkinan Sabah vs PDRM:
Fazli Paat (GK), Hardy Parsi, Rawilson Batuil, Julamri Muhd, Alto Linus, Shafuan Adli, Azizzan Nordin, Leopold Alfonso, Ezaidy Khadar, Eamon Zayed dan Hadji Diouf (kapten).

24 Feb 2015

Preview pasukan PDRM FA 2015

Menjelang perlawanan PDRM FA lwn Sabah FA 27/2/15 | Piala FA 2015 | Preview pasukan

Preview pasukan PDRM FA 2015
Perlawanan Piala FA:

Jumaat, 27 Feb 2015
PDRM vs Sabah
Std. Shah Alam
8.45 malam

Preview pasukan PDRM FA

Pasukan yang digelar "The Cops" ini merupakan juara Liga Premier musim 2014 dan beraksi di  Liga Super musim 2015.

Pencapaian musim 2014
Liga Perdana: Juara
Piala FA: Suku akhir
Piala Malaysia: Suku akhir

Pencapaian Liga Super musim 2015

Kedudukan: 3/12 (6 mata - 2 menang, 0 seri, 1 kalah)


Pengurus: Mubin Mokhtar
Jurulatih: Azman Adnan
Ketua pasukan: Mohd. Muslim Ahmad
Pemain import: 
1. Kughegbe Onoriode (Pertahanan, 31 tahun, Nigeria)
2. Ali Ashfaq (Penyerang, 29 tahun, Maldives)
3. Dramane Traore (Penyerang, 32 tahun, Mali)
4. Mohamadou Sumareh (Tengah/Sayap, 23 tahun, Gambia)

Senarai pemain PDRM FA
Penjaga Gol : Willfred anak Jabun, Badrulzaman Abd Halim, Saiful Amar Sudar.

Pertahanan : Arman Fareez Mohd Ali, Mohd Fadhil Mohd Hashim, Mohd Azrul Azman, Thirumurugan A/L Veeran, Mohd Afif Amiruddin,  Kughegbe Onoriode, Mohd Fekry Tajudin dan Mohamad Muslim Ahmad.

Tengah : Muhamad Eskandar Ismail, Ahmad Nizam Mohd Rodzi, Mohd Shahril Izwan Abdullah, Ahmed Ezrie Shafizie Sazali, Shahurain Abu Samah, Mohd Lot Abu Hassan, Mohd Nurul Azwan Roya, Mohd Fauzi Abd Majid, Mohammad Faizal Abu Bakar, Isma Alif Mohd Salim dan Mohamadou Sumareh.

Penyerang : Ashfaq Ali (Maldives), Dramane Traore (Mali), Mohd Alafi Mahmud, Muhamad Asyidi Dil Ashar Yusof

Rekod pertemuan Sabah vs PDRM:
09/05/14: LP Sabah 2-2 PDRM
07/02/14: LP PDRM 1-0 Sabah
21/06/13: LP Sabah 5-3 PDRM
22/02/13: LP PDRM 3-3 Sabah

Fakta menarik:
- Dramane Traore adalah penjaring terbanyak Liga Super setakat ini dengan 4 gol.
- PDRM menewaskan dua pasukan pilihan Liga Super musim 2015, JDT (1-0) dan Kelantan (4-0).
- Isma Alif bekas pemain Sabah musim lalu kini bersama pasukan PDRM.

Pemain tumpuan:
Ashfaq Ali, Dramane Traore dan Mohamadou Sumareh
Ashfaq Ali PDRM FA 2015
Pemain tumpuan - Ashfaq Ali (no. 7) - photo kredit thestar.com

21 Feb 2015

UiTM FC vs Sabah 20 Feb 2015 - Keputusan perlawanan

Keputusan perlawanan UiTM FC lwn Sabah FA 20/2/15 | Liga Premier Malaysia

Keputusan penuh:

UiTM FC (2)
Raslam Khan Abd Rashid 25', 39'

vs

SABAH FA (1)
El Hadji Diouf pen. 45'

Rentak kemenangan skuad Sabah rencat akhirnya ditangan pasukan 'kerdil' UiTM FC yang menang 2-1 di gelanggang lawan petang kelmarin. Kekalahan tersebut menghadiahkan kekalahan sulung buat skuad Sabahrhinos manakala UiTM meraikan kemenangan pertama dalam liga selepas tiga perlawanan setakat ini.

Walaupun dengan kehadiran ramai penyokong yang memberi kelebihan 'moral' kepada pasukan Sabah, namun keadaan itu tidak memberi kesan kepada pasukan tuan rumah yang dilihat lebih menguasai permainan. Jurulatih Sabah, Justin Ganai hanya membuat satu perubahan dalam kesebelasannya dengan pemain muda, Rawilson Batuil mengambil tempat Hardy Charles Parsi di benteng pertahanan.

UiTM memperoleh jaringan pertama mereka di minit ke 25 menerusi Raslam Khan Abdul Rashid hasil dari sepakan percuma yang sedikit terbias oleh benteng menewaskan penjaga gol Sabah, Fazli Paat. Minit ke 39, Raslam buat kali keduanya menewaskan Fazli apabila mudah menyepak masuk bola ke gawang selepas mendapat umpanan didalam kotak penalti.

Sabah cuba bangkit selepas itu dan berjaya mengurangkan jurang gol menerusi kapten pasukan, El Hadji Diouf yang menyempurnakan sepakan penalti di hujung permainan babak pertama. Penalti tersebut diberikan selepas hantaran Leopold Alfonso terkena tangan pemain UiTM.

uitm vs sabah 2015
Shafuan ditenangkan oleh Diouf selepas dilayangkan kad merah. Foto kredit bharian.com.

Separuh masa kedua perlawanan menyaksikan Sabah cuba mencari gol penyamaan namun UiTM kebal menyerap serangan pasukan pelawat itu. Keadaan bertambah sukar buat Sabah apabila pemain tengah, Shafuan Adli Shaari dilayang kad merah pada minit ke 65 selepas membantah keputusan pengadil. 

Bermain dengan sepuluh pemain, Sabah dikecewakan dengan jaringan yang tidak dikira diminit ke 70 selepas Eamon Zayed sudah berada dalam kedudukan off-side. Sabah gagal mencari gol penyamaan sehingga tamat perlawanan untuk UiTM menang 2-1.

Keputusan itu meletakkan Sabah di tangga ke-4 liga dengan 6 mata manakala UiTM naik ke tangga ke-8 dengan 3 mata.

17 Feb 2015

Preview pasukan UiTM FC 2015

Preview pasukan Liga Perdana 2015 | Liga Premier Malaysia 2015

UiTM FC 2015

logo uitm fc
Musim ini adalah musim ke-3 buat pasukan berstatus 'universiti' ini dalam Liga Perdana selepas dinaikkan dari Liga FAM pada tahun 2013. Pasukan ini menampilkan hampir 60 peratus wajah baru berbanding dua musim lepas dengan gabungan beberapa pemain terbaik dari Liga IPT selain pemain baru dari Sime Darby dan Harimau Muda C. UiTM FC dalam dua musim sebelum ini dilihat sering menghuni kedudukan kelompok bawahan liga namun harus diingat bahawa pasukan ini memiliki rekod pertemuan yang baik dengan pasukan Sabah. Pasukan ini menyasarkan untuk sekurang-kurangnya kekal dalam Liga Perdana sambil mengharapkan untuk melakar sejarah untuk layak ke saingan Piala Malaysia buat pertama kalinya musim ini.

Stadium: Std. UiTM, Shah Alam, Selangor
Pengurus: Mustaza Ahmad
Jurulatih: Mohd Azuan Zain
Ketua Pasukan: -
Pemain import: Abdi Kassim Sadallah (Tanzania), Dao Bakary, 31 (Ivory Coast)

Barisan pemain UiTM FC 2015

Penjaga Gol: Mohd Hafiz Abu Bakar, Muhd Hazim Mohd Isa, Muhd Azam Jais, Muhd Hanif Saie

Pertahanan: Muhd Farid Azmi, Muhd Zulkhairi Zulkeply, Mohd Shazlan Abu Samah, Muhd Khairul Akhyar Husain, Mohd Ibrahim Daniel, Aiman Syazwan Abdullah, Mohd Hakim Zainol, Ahmad Shahir Ismail, Syed Ariff Syed Uzir, Mohd Adib Zainuddin, Ahmad Haziq Ahmad Fuad

Tengah: Mohd Syafiq Mokhtar, Muhd Hasnan Mat Isa, Muhammad Noor Sulaimi Saidi, Mohamed Faridzuan Yusuf, Mohd Azwan Jatin, Raslam Khan Abdul Rashid, Ibrahim Aziz, Mohd Hidayat Amaruddin, Abdi Kassim (Tanzania), Megat Ahmad Zakwan Megat Azizudin

Penyerang: Dao Bakary (Ivory Coast), Mohd Adam Syahir Rosli, Muhd Hasrul Nurkholis Hasim , Muhd Nursalam Zainal Abidin

Pemain tumpuan:
Dao Bakary, Abdi Kassim Sadallah, Muhd Nursalam Zainal Abidin, Aiman Syazwan Abdullah

Pencapaian musim 2014
Liga Perdana: Tempat ke-9
Liga FA: Pusingan pertama
Piala Malaysia:  Tidak layak

Rekod pertemuan Sabah vs UiTM FC
23/05/14: LP Sabah 1 - 3 UiTM FC
14/02/14: LP UiTM FC 0 - 1 Sabah
13/05/13: LP Sabah 3 - 1 UiTM FC
15/02/13: LP UiTM FC 2 - 0 Sabah
(LP: Liga Perdana, LS: Liga Super, PM: Piala Malaysia, FA: Piala FA)



Sabah menang 2, seri 0, kalah 2

Fakta menarik:
- 90% daripada pemain pasukan ini berusia dibawah 23 tahun.
- Melakarkan kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan Liga Perdana dengan menewaskan Sabah 2-0 di musim 2013.
- UiTM adalah salah satu dari tiga pasukan yang menewaskan Sabah di Std Likas musim 2014.

Sumber info: wikipedia, soccerway & bharian

15 Feb 2015

Sabah vs DRB Hicom - Keputusan dan highlights perlawanan

Sabah vs DRB Hicom 13 Feb 2015 | Keputusan penuh perlawanan | Laporan dan highlights perlawanan

SABAH (3)
El Hadji Diouf 18', Azizzan Nordin 70', Shafuan Adli Shaari 74'

vs

DRB Hicom (2)
Ivan Babic 2', Abdoulaye Faye g.s 21'

Kesebelasan pemain pasukan Sabah:
Fazli Paat (GK), Hardy Charles Parsi, Abdoulaye Faye, Alto Linus, Julamri Muhamad, Leopold Alfonso Otong (80' Izuan Salahudin), Ezaidy Khadar, Azizzan Nordin, Shafuan Adli Shaari, El Hadji Diouf, Eamon Zayed (71' Shafiq Jamal)

Highlights perlawanan:

Separuh masa pertama:

Min-2: Gollll!!! Ivan Babic meletakkan DRB Hicom didepan selepas menanduk masuk bola hasil dari sepakan percuma. Sabah 0-1 DRB Hicom.

Min-11: Percubaan dari luar kotak penalti pemain DRB tinggi di atas palang.

Min-14: Tandukan dari Faye hasil sepakan percuma sedikit tersasar dari tiang.

Min-18: Gollllll!!!! Diouf mudah menolak masuk bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol DRB selepas satu pergelutan di depan gawang. Sabah 1-1 DRB Hicom.

Min-21: Gollll!!! DRB kembali di hadapan selepas Faye melakukan kesilapan dengan gagal menampan kemas bola hantaran lintang Mohd. Fakrullah seterusnya menghadiahkan gol buat pasukan lawan. Sabah 1-2 DRB Hicom.

Min-32: Azizzan melakukan rembatan dari luar kotak penalti namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol DRB.

Min-33: Tandukan Hardy hasil dari sepakan sudut tidak menepati sasaran.

Min-36: Leopold berjaya lolos di sebelah kiri namun hantarannya tinggi walaupun tiga pemain Sabah berada dalam posisi yang baik untuk melakukan jaringan.

Min-37: Zayed menerima umpanan dari Ezaidy namun rembatannya tersasar.

Min 45+2: Tamat separuh masa pertama. Sabah 1-2 DRB Hicom
 
Separuh masa kedua

Min-46: Leopold mendapat peluang dihadapan gawang DRB namun percubaannya lemah dan mudah diselamatkan penjaga gol.

Min-49: Leopold merembat dari luar kotak penalti tetapi berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol.

Min-50: Tandukan Ezaidy hasil daripada sepakan sudut lemah dan berjaya diselamatkan penjaga gol.

Min-65: DRB hampir-hampir berjaya menggandakan jaringan namun tandukan 'glancing' penyerang DRB terkena palang gol.

Min-66: Tandukan Hardy tinggi di atas palang hasil sepakan sudut.

Min-70: Gollll!!!! Azizzan memberi gol penyamaan selepas berjaya lepas ke dalam kotak penalti sebelum melakukan rembatan yang tertampan kaki pertahanan lawan sebelum masuk ke gawang. Sabah 2-2 DRB Hicom.

Min-74: Gollll!!! Shafuan berjaya meletakkan Sabah didepan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti yang sedikit tertampan oleh pemain DRB. Sabah 3-2 DRB Hicom.

Min-83: Kad merah! Pemain gantian DRB, Mohd. Farid Saibun dilayangkan kad merah selepas satu insiden 'off ball' dengan Shafuan Adli.

Min-86': Percubaan pemain DRB dari luar kotak penalti tersasar.

Min-90: Alto melakukan larian dari sebelah kanan dan melepasi tiga pemain DRB namun rembatannya dari dalam kotak penalti tidak menepati sasaran.

Min-93: Ezaidy berjaya lolos di sebelah kanan dan berjaya melepasi hadangan penjaga gol namun percubaannya dari sudut yang sukar terkena tiang gol.

Min-94: Tamat perlawanan. Sabah bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan DRB Hicom 3-2.

13 Feb 2015

Sabah vs DRB Hicom - Preview perlawanan 13 Feb 2015

Preview perlawanan: Sabah lwn KL DRB Hicom 13 Feb 2015 | Liga Premeir Malaysia

Sabah lwn KL DRB Hicom
SABAH vs KL DRB HICOM
Std. Likas, Kota Kinabalu
13/02/15, Jumaat | 8.15 mlm

Skuad Sabah akan beraksi buat kali pertama di Std. Likas menentang KL DRB Hicom dalam saingan Liga Premier malam ini. Ini adalah perlawanan kedua bagi kedua-dua pasukan dalam liga selepas mengharungi perlawanan pembukaan minggu lalu.

Berikut adalah perbandingan statistik pencapaian kedua-dua pasukan dalam Liga Premier setakat ini:

Sabah Statistik KL DRB Hicom
4 Kedudukan 9
1 Menang 0
0 Seri 0
0 Kalah 1
2-0 Jaringan-Bolos 1-3
3 Mata 0
3-1-2 Head-to-Head 2-1-3
Liga Premier: 17/03/14 DRB Hicom 1-1 Sabah
Liga Premier: 20/06/14 Sabah 1-0 DRB Hicom

Barisan kemungkinan Sabah:
Fazli Paat (GK), Alto Linus, Julamri Muhd, Abdoulaye Faye, Hardy Parsi, Ezaidy Khadar, Leopold Alfonso, Shafuan Adli, Azzizan Nordin, Eamon Zayed dan El Hadji Diouf.

7 Feb 2015

Keputusan perlawanan Kuala Lumpur vs Sabah 6 Feb 2015

Liga Perdana Malaysia 2015 | Keputusan perlawanan KL lwn Sabah 6/2/15

Kuala Lumpur vs Sabah 0-2
Keputusan penuh:

KUALA LUMPUR (0)
vs
SABAH (2)
El Hadji Diouf pen. 45', Shafuan Adli Shaari 57'

Permulaan Yang Baik Buat Sabah

Sabah memulakan kempen Liga Perdana musim 2015 dengan penuh bergaya apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Merdeka petang kelmarin. Pemain bintang dari Senegal, El Hadji Diouf dan pemain tengah, Shafuan Adli Shaari menjaringkan gol buat pasukan Sabah di setiap babak untuk memberikan kemenangan pertama musim ini dan lebih manis yang pertama di tempat lawan sejak tahun 2002. 

Bermain dalam keadaan cuaca yang panas dan permukaan padang yang kurang sempurna sedikit merencatkan rentak permainan kedua-dua pasukan. Sabah memperoleh jaringan sulung menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh El Hajdi Diouf di penghujung permainan separuh masa pertama. Sepakan penalti ini diberikan selepas Leopold Alfonso Otong dijatuhkan di kotak penalti oleh pertahanan lawan. Sabah memperoleh gol kedua di separuh masa kedua menerusi pemain tengah, Shafuan Adli Shaari diminit ke 57 selepas mudah menolak masuk hantaran lintang dari Azzizan Nordin. Perlawanan tamat dengan Sabah menewaskan Kuala Lumpur 2-0 untuk membawa pulang tiga mata.

Kemenangan petang kelmarin menempatkan Sabah di kedudukan ke-4dalam carta Liga Perdana selepas hanya satu perlawanan. Sabah akan menentang DRB Hicom dalam perlawanan kedua pada Jumaat, 13 Feb depan di Stadium Likas. 

Lain-lain keputusan Liga Perdana 6/2/15:

Kedah 5-1 SPA Putrajaya
Pulau Pinang 1-0 Kuantan FA
PKNS 2-0 T-Team
UiTM FC 1-2 JDT II
DRB Hicom 1-3 Negeri Sembilan


Senarai penjaring terbanyak Liga Premier Malaysia 2015

Senarai penjaring terbanyak bagi Liga Perdana Malaysia 2015 | Top scorer Liga Premier

Kedudukan ranking pemain / senarai penjaring terbanyak liga setakat ini dalam Liga Premier Malaysia

Rank Pemain Pasukan Gol
1 Forkey Doe Negeri Sembilan 8
2 Shafiq Shaharudin JDT II 5
3
Leandro Sebastian Velazquez
JDT II 4
Shahril Ishak JDT II
Ivan Babic DRB Hicom
4 El Hadji Diouf Sabah 3
Eamon Zayed Sabah
Keith M Nah Kedah
Baddrol Bakhtiar Kedah
Mohd Fakrullah Rosli DRB Hicom
Michael Chukwubunna SPA Putrajaya
Farhod Tadjiyev T-Team
Nor Hakim Hassan T-Team

6 Feb 2015

Preview perlawanan: Kuala Lumpur vs Sabah 2015

Preview perlawanan Kuala Lumpur vs Sabah 6 Feb 2015 | Liga Perdana Malaysia 2015

KL vs Sabah
Musim Liga Perdana Malaysia 2015 akan membuka tirai hari ini Jumaat, 6 Feb dengan pasukan kebanggaan kita, Sabah yang kini dikenali sebagai Sabahrhinos akan berdepan cabaran pasukan warga kota, Kuala Lumpur di Std Merdeka petang ini.

Tumpuan pastinya terarah kepada pasukan Sabah yang bakal menampilkan salah satu pemain 'bintang' dalam Liga M musim ini, El Hadji Diouf disamping Abdoulaye Faye. Tidak dinafikan jika dilihat di atas kertas, Sabah memiliki kelebihan berbanding pasukan Kuala Lumpur yang tidak berbelanja besar dalam persiapan pasukan mereka musim ini. 

Dengar khabar 'hangat' yang menjadi bualan peminat bahawa jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah dilihat 'berkunjung' ke Sabah dengan tujuan yang pastinya untuk mengintai jawatan sebagai jurulatih skuad Sabah. Namun, kita fokus kepada perlawanan penting esok dan memberi kepercayaan penuh terhadap jurulatih kita sekarang, Justin Ganai dan seluruh skuad Sabah untuk memulakan kempen Liga Perdana musim 2015 dengan tiga mata penuh.


Antara perlawanan Liga Perdana lain yang berlangsung hari ini ialah:
PKNS FC vs T-Team
Pulau Pinang vs Kuantan FA
SPA Putrajaya FC vs Kedah
UITM FC vs JDT II
DRB Hicom FC vs Negeri Sembilan

3 Feb 2015

Keputusan dan jadual perlawanan Piala FA 2015

Keputusan dan jadual perlawanan Piala FA Malaysia 2015

Piala FA Malaysia 2015
Pusingan pertama: 1 Feb 2015 (Ahad)

Perlawanan #1
Pusat Latihan Maybank, Bangi
Harimau Muda C 2-2 (masa tambahan) Kuala Lumpur
Kuala Lumpur menang 5-3 penentuan sepakan penalti.

Perlawanan #2
Std. Bandar Proton, Tanjung Malim
DRB Hicom 0-2 PKNS

Kuala Lumpur dan PKNS layak ke pusingan kedua Piala FA Malaysia 2015.

Jadual perlawanan Piala FA 2015 pusingan kedua:

Jumaat, 27 Feb 2015
1 Std. Darul Makmur Pahang mln Johor Darul Takzim
*2 Std. Bandaraya Sg. Ara FC mln Misc-Mifa
3 Std. Tunku Abd. Rahman Negeri Sembilan mln UiTM FC
5 Std. USM PBAPP FC mln Sime Darby
6 Std. Shah Alam PDRM mln Sabah
7 Std. Negeri Sarawak mln Kelantan
8 Std. INSPEN, Bangi MOF FC mln Kuala Lumpur
Sabtu, 28 Feb 2015
*4 Std. Bandaraya Pulau Pinang mln Perlis
9 Std. MP Selayang Felda United mln Selangor
10 Std. Hang Jebat Melaka mln Terengganu
11 Std. MP Temerloh Shahzan Muda mln Perak
12 Std. SINS T-Team mln ATM
13 Padang MADA PB Melayu Kedah mln Lions XII
14 Std. MB Petaling Jaya SPA Putrajaya mln Kuantan FA
15 Padang Astaka Hanelang FC mln Kedah
16 Std. MP Pasir Gudang Johor Darul Takzim II mln PKNS
* Perlawanan *4 ditukar tarikh kerana pertembungan venue dengan perlawanan *2.

Jadual perlawanan ini dikeluarkan oleh FAM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...