Feb 27, 2015

PDRM lwn Sabah Piala FA - keputusan penuh perlawanan

PDRM vs Sabah 27 Feb 2015 | Piala FA pusingan ke-2 | Keputusan dan highlights perlawanan

Keputusan Penuh:

PDRM (3)
Ashfaq Ali 27', Dramane Traore 40', 45+2'

vs

SABAH (0)

Highlights perlawanan:
(sumber highlights: page FB-Sabah Football Association)

Min-1: PDRM melakukan sepak mula
Min-12: Shafuan hampir meletakkan Sabah di hadapan namun cubaannya sedikit tersasar.
Min-13: PDRM pula membahayakan pintu gol Sabah, namun tandukan pemain mereka yang tidak dikawal melepasi palang gol.
Min-27: Gol!!!! PDRM mendahului melalui Ashfaq Ali yang  menyempurnakan keadaan satu lawan satu.
Min-33: Pemain PDRM dilayangkan kad kuning kerana mengasari Azzizan
Min-34: Pertahanan PDRM pula dilayangkan kad kuning kerana mengasari Ezaidy
Min-36: Sepakan percuma Julamri diselamatkan penjaga gol PDRM
Min-37: Alto hampir menjaringkan gol namun cubaannya diselamatkan pertahanan PDRM di atas garisan gol selepas penjaga gol mereka telah pun tertewas
Min-38: Sabah sekali lagi melakukan serangan bahaya namun cubaan Zayed yang mendapat hantaran Ezaidy diselamatkan penjaga gol lawan.
Min-40: Gol!!!! PDRM menambah jaringan menerusi Dramane Traore selepas satu gerakan menarik di depan pintu gol Sabah.
Min-43: Diouf masuk menggantikan Ezaidy.
Min-45+2: Gol!!!!! PDRM menambah jaringan hasil tandukan Dramane Traore yang tidak dikawal.
Separuh masa pertama PDRM 3-0 Sabah.

Min-45: Sepak mula separuh masa kedua oleh Sabah
Min-46: PDRM mendapat peluang namun cubaan pemain mereka tersasar.
Min-55: Keadaan bahaya di depan pintu gol PDRM hasil satu sepakan sudut namun berjaya dikeluarkan pemain lawan.
Min-74: pemain PDRM dilayangkan kad kuning kerana melambatkan permainan
Min-78: Maxsius masuk menggantikan Leopold
Min-90+3': Tamat perlawanan. Sabah tewas kepada PDRM 0-3.

Kesebelasan pemain Sabah vs PDRM:
Fazli Paat (GK), Rawilson Batuil, Hardy Parsi, Julamri Muhd (capt), Alto Linus, Shafuan Adli, Azizzan Nordin, Zuraindey Jumai, Ezaidy Khadar (Hadji Diouf 43'), Leopold Alfonso (Maxsius Musa 78'), Eamon Zayed

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...