Feb 27, 2015

PDRM vs Sabah Piala FA - preview perlawanan

Preview perlawanan PDRM lwn Sabah 27 Feb 2015 | Piala FA 2015 | Pusingan pertama

Piala FA pusingan pertama:

Jumaat 27/2/15
PDRM FA vs SABAH FA
Std. Shah Alam
8.45 malam

'Kejutan' - Itulah yang pastinya diharap-harapkan oleh peminat skuad Sabah malam ini dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang pasukan PDRM di Std. Shah Alam.
 
Atas kertas, pasukan yang digelar 'The Cops' pastinya layak dilabel sebagai status pilihan untuk menang. Kemenangan ke atas dua pasukan gergasi Liga Super, Johor DT (1-0) dan Kelantan (4-0) memberi gambaran jelas kekuatan pasukan PDRM dikala pasukan Sabah 'lesu' dalam perlawanan terakhir mereka apabila tewas kepada pasukan UiTM 2-1. 

Namun, status 'underdog' dalam perlawanan ini pastinya memberi sedikit kelebihan buat pasukan Sabah kerana tekanan kurang dirasai berbanding pasukan pilihan, PDRM. Diouf berkata, tidak ada tekanan buat para pemain kerana mereka bermain menentang pasukan Liga Super lebih-lebih lagi Piala FA bukanlah sasaran utama pasukan musim ini.

Jurulatih PDRM, Azman Adnan berkata, biarpun Sabah beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini, beliau tetap menghormati kekuatan skuad Sabah terutama dengan kehadiran  Diouf dalam pasukan itu.

"Saya dah ingatkan pemain, bertemu Sabah bukanlah perlawanan yang mudah. Pemain perlu bekerja keras jika ingin meraih kemenangan kerana mereka dibarisi pemain antarabangsa seperti Diouf". (dipetik dari bharian.com.my).

Berita kurang menggembirakan buat peminat dengan perkhabaran bahawa pertahanan kental, Abdoulaye Faye yang tidak akan beraksi dalam perlawanan malam ini akibat kecederaan hamstring. Tempat Faye di posisi pertahanan tengah bakal diambil oleh pemain muda, Rawilson Batuil yang akan bergandingan dengan Hardy Parsi.

Di kem pasukan PDRM pula, dikhabarkan bahawa penyerang prolifik pasukan itu, Ashfaq Ali juga tidak akan dapat diturunkan akibat kecederaan. Ini pastinya memberi sedikit kelegaan buat skuad Sabah namun kehadiran dua lagi tonggak pasukan iaitu pemain sayap lincah, Mohamadou Sumareh dan penjaring terbanyak Liga Super ketika ini, Dramane Traore perlu diberi perhatian.

Sabah yang mendapat sentuhan dari Pengarah Teknikal yang baru dilantik, Mike Mulvey pastinya akan mendapat 'idea' baru dalam corak permainan mereka yang sebelum ini dilihat masih belum di tahap yang terbaik. Ada kemungkinan formasi pasukan akan berubah dalam perlawanan ini kepada 4-4-3 berbanding dengan formasi sebelum ini yang menggunakan 4-4-2.

Barisan kemungkinan Sabah vs PDRM:
Fazli Paat (GK), Hardy Parsi, Rawilson Batuil, Julamri Muhd, Alto Linus, Shafuan Adli, Azizzan Nordin, Leopold Alfonso, Ezaidy Khadar, Eamon Zayed dan Hadji Diouf (kapten).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...