Feb 6, 2015

Preview perlawanan: Kuala Lumpur vs Sabah 2015

Preview perlawanan Kuala Lumpur vs Sabah 6 Feb 2015 | Liga Perdana Malaysia 2015

KL vs Sabah
Musim Liga Perdana Malaysia 2015 akan membuka tirai hari ini Jumaat, 6 Feb dengan pasukan kebanggaan kita, Sabah yang kini dikenali sebagai Sabahrhinos akan berdepan cabaran pasukan warga kota, Kuala Lumpur di Std Merdeka petang ini.

Tumpuan pastinya terarah kepada pasukan Sabah yang bakal menampilkan salah satu pemain 'bintang' dalam Liga M musim ini, El Hadji Diouf disamping Abdoulaye Faye. Tidak dinafikan jika dilihat di atas kertas, Sabah memiliki kelebihan berbanding pasukan Kuala Lumpur yang tidak berbelanja besar dalam persiapan pasukan mereka musim ini. 

Dengar khabar 'hangat' yang menjadi bualan peminat bahawa jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah dilihat 'berkunjung' ke Sabah dengan tujuan yang pastinya untuk mengintai jawatan sebagai jurulatih skuad Sabah. Namun, kita fokus kepada perlawanan penting esok dan memberi kepercayaan penuh terhadap jurulatih kita sekarang, Justin Ganai dan seluruh skuad Sabah untuk memulakan kempen Liga Perdana musim 2015 dengan tiga mata penuh.


Antara perlawanan Liga Perdana lain yang berlangsung hari ini ialah:
PKNS FC vs T-Team
Pulau Pinang vs Kuantan FA
SPA Putrajaya FC vs Kedah
UITM FC vs JDT II
DRB Hicom FC vs Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...