15 Feb 2015

Sabah vs DRB Hicom - Keputusan dan highlights perlawanan

Sabah vs DRB Hicom 13 Feb 2015 | Keputusan penuh perlawanan | Laporan dan highlights perlawanan

SABAH (3)
El Hadji Diouf 18', Azizzan Nordin 70', Shafuan Adli Shaari 74'

vs

DRB Hicom (2)
Ivan Babic 2', Abdoulaye Faye g.s 21'

Kesebelasan pemain pasukan Sabah:
Fazli Paat (GK), Hardy Charles Parsi, Abdoulaye Faye, Alto Linus, Julamri Muhamad, Leopold Alfonso Otong (80' Izuan Salahudin), Ezaidy Khadar, Azizzan Nordin, Shafuan Adli Shaari, El Hadji Diouf, Eamon Zayed (71' Shafiq Jamal)

Highlights perlawanan:

Separuh masa pertama:

Min-2: Gollll!!! Ivan Babic meletakkan DRB Hicom didepan selepas menanduk masuk bola hasil dari sepakan percuma. Sabah 0-1 DRB Hicom.

Min-11: Percubaan dari luar kotak penalti pemain DRB tinggi di atas palang.

Min-14: Tandukan dari Faye hasil sepakan percuma sedikit tersasar dari tiang.

Min-18: Gollllll!!!! Diouf mudah menolak masuk bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol DRB selepas satu pergelutan di depan gawang. Sabah 1-1 DRB Hicom.

Min-21: Gollll!!! DRB kembali di hadapan selepas Faye melakukan kesilapan dengan gagal menampan kemas bola hantaran lintang Mohd. Fakrullah seterusnya menghadiahkan gol buat pasukan lawan. Sabah 1-2 DRB Hicom.

Min-32: Azizzan melakukan rembatan dari luar kotak penalti namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol DRB.

Min-33: Tandukan Hardy hasil dari sepakan sudut tidak menepati sasaran.

Min-36: Leopold berjaya lolos di sebelah kiri namun hantarannya tinggi walaupun tiga pemain Sabah berada dalam posisi yang baik untuk melakukan jaringan.

Min-37: Zayed menerima umpanan dari Ezaidy namun rembatannya tersasar.

Min 45+2: Tamat separuh masa pertama. Sabah 1-2 DRB Hicom
 
Separuh masa kedua

Min-46: Leopold mendapat peluang dihadapan gawang DRB namun percubaannya lemah dan mudah diselamatkan penjaga gol.

Min-49: Leopold merembat dari luar kotak penalti tetapi berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol.

Min-50: Tandukan Ezaidy hasil daripada sepakan sudut lemah dan berjaya diselamatkan penjaga gol.

Min-65: DRB hampir-hampir berjaya menggandakan jaringan namun tandukan 'glancing' penyerang DRB terkena palang gol.

Min-66: Tandukan Hardy tinggi di atas palang hasil sepakan sudut.

Min-70: Gollll!!!! Azizzan memberi gol penyamaan selepas berjaya lepas ke dalam kotak penalti sebelum melakukan rembatan yang tertampan kaki pertahanan lawan sebelum masuk ke gawang. Sabah 2-2 DRB Hicom.

Min-74: Gollll!!! Shafuan berjaya meletakkan Sabah didepan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti yang sedikit tertampan oleh pemain DRB. Sabah 3-2 DRB Hicom.

Min-83: Kad merah! Pemain gantian DRB, Mohd. Farid Saibun dilayangkan kad merah selepas satu insiden 'off ball' dengan Shafuan Adli.

Min-86': Percubaan pemain DRB dari luar kotak penalti tersasar.

Min-90: Alto melakukan larian dari sebelah kanan dan melepasi tiga pemain DRB namun rembatannya dari dalam kotak penalti tidak menepati sasaran.

Min-93: Ezaidy berjaya lolos di sebelah kanan dan berjaya melepasi hadangan penjaga gol namun percubaannya dari sudut yang sukar terkena tiang gol.

Min-94: Tamat perlawanan. Sabah bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan DRB Hicom 3-2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...