27 Mac 2015

Joel Chianese pemain import baru Sabah FA

Joel Chianese - Pemain import baru Sabah 2015

Joel Chainese sertai Sabah FA
Joel Chianese sertai Sabah - gambar Sabah FA.
Sabah FA mengesahkan mengikat kontrak pemain import baru selepas jendela pendaftaran pemain baru dibuka April ini bagi melengkapkan kuota empat pemain asing. Joel Chianese, 25 tahun berasal dari Australia akan mengisi kuota pemain import benua Asia mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain kebangsaan Singapura, Fazrul Nawaz yang disingkirkan sebelum liga bermula awal tahun ini.

Chianese yang bermain di posisi penyerang dan sayap diikat dari pasukan Auckland City FC, pasukan dari Liga utama New Zealand. Pemain yang mempunyai pertalian darah Itali ini merupakan bekas pemain salah satu pasukan terbaik dari Liga Australia, Sydney FC.

Joel Chianese akan memakai jersi bernombor 6 dan berkemungkinan akan membuat penampilan pertama bersama pasukan Sabah dalam perlawanan menentang T-Team di tempat lawan pada 3 April ini.

Joel Chainese Sabah FA
Maklumat Pemain
Nama penuh: Joel Joseph Chianese
Tarikh lahir: 15 Feb 1990 (25 tahun)
Asal: Sydney, Australia
Tinggi: 1.81m
Posisi: Penyerang/Sayap
Gambar: Bharian Online

Pengalaman/Kelab terdahulu
Tahun Pasukan Pn (G)
2009-2010 Blacktown City Demons 19 (2)
2011-2014 Sydney FC 40 (11)
2014-2015 Sydney United 8 (3)
2015 Bonnyrigg White Eagles FC 1 (2)
2015 Auckland City FC
*Pn (G) - Penampilan (Gol)
Sumber: wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...