14 Mac 2015

Sabah FA vs Kuantan FA - Keputusan dan highlights

Keputusan penuh Sabah lwn Kuantan 13 Mac 2015 | Sabah 2-0 Kuantan| Highlights perlawanan | Liga Perdana Malaysia

Keputusan perlawanan:

SABAH FA (2)
Eamon Zayed 29', 60'

lwn

KUANTAN FA (0)

Statistik perlawanan (Sabah - Kuantan)
Penguasaan bola (%): 65 - 35
Percubaan (tepat): 12(6) - 9(2)
Tendangan sudut: 10 - 4
Offside: 2 - 1
Kad kuning: 3 - 1
Kad merah: 0 - 0

Highlights perlawanan:
1' - Sepak mula oleh pasukan Kuantan.
8' - Diouf dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Mohd. Hazuan Daud
9' - Sepakan penalti yang diambil Diouf berjaya ditepis keluar penjaga gol Kuantan, Judtana Eh Put.
11' - Percubaan jauh dari penyerang Kuantan, Mohd Kamal tinggi melepasi palang.
12' - Rosdin Wasli dilayangkan kad kuning
13' - Sepakan percuma Im Kyung-Hyun jauh tersasar
17' - Sepakan Zuraindey dalam kotak penalti susulan dari sepakan sudut melepasi palang.
19' - Percubaan Mohd Razren dari luar kotak penalti hanya sedikit melepasi palang gol Sabah.
22' - Tandukan Diouf hasil dari sepakan sudut terus ke dakapan penjaga gol
26' - Hantaran lintang dari Zuraindey gagal disambar oleh Zayed di depan gawang gol Kuantan.
28' - Tandukan Diouf yang tidak dikawal dalam kotak penalti hasil dari sepakan sudut sedikit melepasi palang.
29' - GOLLLL!!!!! Eamon Zayed!!! Leopold bijak membawa bola melepasi kawalan dua pemain dari sebelah kiri sebelum menghantar kepada Zayed yang sempat memperdaya seorang pertahanan sebelum mudah menolak masuk ke gawang. Sabah 1-0 Kuantan.
32' - Mohd Kamal melakukan tandukan hasil satu hantaran jauh namun sipi di sebelah kanan tiang gol Sabah
33' - Zuraindey melakukan hantaran lintang kepada Zayed namun percubaannya sedikit tertampan pemain lawan dan tersasar dari pintu gol.
36' - Pertukaran pemain Kuantan. Norfahmie Hadzrin keluar digantikan Mohd Norhizwan.
37' - Percubaan 'first timer' Zayed dalam kotak penalti susulan dari sepakan percuma sedikit terkeluar dari tiang sebelah kanan.
42' - Shahrul Aizat berjaya meloloskan diri dari sebelah kanan namun rembatannya tinggi melepasi palang.
44' - Leopold berjaya melepaskan diri di sebelah kiri namun percubaannya ditepis keluar penjaga gol.
45' - Tandukan Rosdin Wasli hasil dari sepakan sudut tinggi melepasi palang.
45+2' - Tandukan kapten Kuantan, Khairul Azman hasil sepakan percuma tersasar
45+2' - Tamat separuh masa pertama. Sabah 1-0 Kuantan.

45' - Sepak mula separuh masa kedua oleh pasukan Sabah.
51' - Zayed mendapat hantaran 'trough pass' cantik namun penjaga gol keluar untuk menghadang gerakan Zayed.
59' - Pertukaran Kuantan. Muhd Razren keluar digantikan Hazwan Fakrullah.
60' - GOLLLL!!!! Eamon Zayed!!!. Diouf bijak melorong bola kepada Leopold di dalam kotak penalti sebelum menghantar ke hadapan gawang dan mudah ditolak ke dalam gawang yang ternganga oleh Zayed. Sabah 2-0 Kuantan.
62' - Kad kuning kepada pemain Kuantan, Shahrul Aizat.
66' - Pertukaran Sabah. Leopold keluar digantikan Izuan Salahuddin.
68' - Percubaan Muhd Hazuan mengenai palang gol Sabah.
70' - Tandukan Zayed hasil hantaran jauh Diouf melepasi palang.
71' - Pertukaran Sabah. Shafuan Adli keluar digantikan Ezaidy Khadar.
72' - Azzizan Nordin dilayangkan kad kuning.
77' - Pertukaran Kuantan. Muhd Hazuan keluar digantikan Mohd. Afif Asyraf.
80' - Pertukaran Sabah. Zayed keluar digantikan Shafiq Jamal.
81' - Rembatan Im Kyung-hyun dalam kotak penalti terus ke dakapan penjaga gol Sabah
82' - Kad kuning kepada Julamri Muhd
85' - Kad kuning kepada Alto Linus.
86' - Percubaan terus dari sepakan percuma oleh Tarik El Janaby terus kepada penjaga gol Sabah.
90+2' - Rembatan Zuraindey selepas mendapat tolakan ke belakang oleh Shafiq melepasi palang gol.
90+4' - Tamat perlawanan. Sabah 2-0 Kuantan.

Eamon Zayed jaringkan gol
Zayed menjaringkan gol pertama. Gambar kredit kepada Sabah Football Azzociation.
Kesebelasan pemain
Sabah FA
Fazli Paat (GK), Rawilson Batuil, Rosdin Wasli, Alto Linus, Julamri Muhd, Zuraindey Jumai, Leopold Alfonso Otong (66'-Izuan Salahuddin), Azzizan Nordin, Shafuan Adli Shaari (70'-Ezaidy Khadar), Eamon Zayed (80'-Shafiq Jamal), El Hadji Diouf (Capt)

Kuantan FA
Judtanna Eh Put (GK), Khairul Azman Ag Long (Capt), Lee Kwang Hyeon, Mohd Hazuan Daud (77'-Mohd Afif Asyraf), Shahrul Aizat Zulkifli, Tarik El Janaby, Kamal Rodiarjat Md Ali, Im Kyung Hyun, Norfahmie Hadzrin Nordin (36'-Mohd Norhizwan Hassan), Muhd Razren Jesni (59'-Hazwan Fakrullah), Muhd Firdaus Paris

Man of the match pilihan Sabah Football: 
Leopold Alfonso Otong - 2 asissts, 1 percubaan tepat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...