9 Apr 2015

PKNS FC 2015 - Preview pasukan

PKNS FC 2015

PKNS FC 2015
PKNS FC tersingkir ke Liga Perdana musim ini selepas menduduki tangga terbawah Liga Super musim 2014. Kelab yang juga dikenali sebagai 'Semut Merah' ini dibimbing oleh jurulatih berkaliber, E. Elavarasan yang kita tahu memang memiliki reputasi hebat sebagai jurulatih dengan beberapa rekod baik sebelum ini. Pasukan ini membuat rombakan ke atas barisan pemain bagi musim 2015 dengan membawa masuk beberapa pemain baru termasuk pemain berpengalaman seperti G. Jeevanathan, Farderin Kadir, Munir Amran, M. Sivakumar dan Liew Kit Kong. Farderin Kadir merupakan penjaring terbanyak dalam pasukan PKNS setakat ini dengan jumlah empat gol iaitu masing-masing dua gol dalam Liga Perdana dan Piala FA. PKNS juga menampilkan empat pemain import baru iaitu Keisuke Ogawa, Gonzalo Soto, Gabriel Guerra serta penampilan semula Patrick Wleh ke dalam pasukan ini.

Pengurus Pasukan: Mahfizul Rusydin Abdul Rashid
Jurulatih: E. Elavarasan
Ketua Pasukan: Shahrul Azhar Ture
Pemain Import:
1. Keisuke Ogawa, 28 tahun - Pertahanan kiri (Jepun)
2. Gonzalo Soto, 25 tahun - Pertahanan tengah (Argentina)
3. Gabriel Guerra, 21 tahun - Penyerang (Argentina)
4. Patrick Wleh, 24 tahun - Penyerang (Liberia)

Senarai pemain PKSN FC 2015
Penjaga Gol
(1) G. Jeevananthan
(25) Mohd Nor Haziq Aris
(22) Norhadi Ubaidillah

Pertahanan
(2) Keisuke Ogawa
(3) Mohd Arip Amiruddin
(12) Gonzalo Soto
(14) Ahmad Khuzaimie Piee
(15) P. Gunalan
(16) Mohd Zulharis Mohd Noor
(17) Abdul Ghani Rahman
(20) Mohd Aminuddin Mohd Noor
(24) Mohd Nizam Abu Bakar

Tengah
(5) Shahrul Azhar Ture
(6) Munir Amran
(7) Mohd Faiz Isa
(8) Muhd Khairu Azrin Khazali
(10) Liew Kit Kong
(11) Mohd Nazrin Syamsul Bahri
(13) Mohd Fazli Baharuddin
(18) M. Sivakumar

Penyerang
(4) Patrick Wleh
(9) Farderin Kadir
(19) Mohd Yusri Abas
(21) Muhd Nor Ubaidullah Abd Rahman
(23) Gabriel Guerra

Rekod musim lalu (2014)
Liga Super: 12/12 (tersingkir)
Piala FA: Suku Akhir
Piala Malaysia: Tewas Playoff

Rekod perlawanan musim 2015
Playoff Piala FA:  DRB-Hicom 0-2 PKNS
Pusingan 1 Piala FA: JDT II 2-1 PKNS
LP 1: PKNS 2-0 T-Team
LP 2: K. Lumpur 2-1 PKNS
LP 3: P. Pinang 1-0 PKNS
LP 4: PKNS 2-1 Kedah
LP 5: JDT II 2-2 PKNS
LP 6: PKNS 1-1 N. Sembilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...