18 Apr 2015

Sabah FA lwn Pulau Pinang FA - Keputusan dan highlights perlawanan

Sabah 1-0 Pulau Pinang | Keputusan, statistik dan highlights perlawanan

Keputusan Sabah vs Pulau Pinang
Keputusan penuh:
SABAH FA (1)
Eamon Zayed 27'

PULAU PINANG (0)

Statistik perlawanan:
Sabah vs P. Pinang
Gol: 1 - 0
Penguasaan bola (%): 55 - 45
Percubaan: 10 - 5
Tepat/Tersasar: 4/6 - 1/4
Percubaan diselamatkan GK: 1 - 3
Tendangan sudut: 8 - 0
Offside: 2 - 3
Kad Kuning: 5 - 3
Kad merah: 0 - 0
Jumlah penonton: 20,000*
*anggaran

** Statistik tidak rasmi

Highlights perlawanan:
1' - Sepak mula oleh pasukan Pulau Pinang.
10' - Berpunca dari sepakan percuma dari sebelah kiri gawang Sabah, bola yang ditampan pemain P.Pinang terkena tiang. Rembatan susulan dalam kotak penalti tersasar keluar.
19' -  Susulan dari sepakan percuma Diouf, Faye mendapat bola dalam kotak penalti namun percubaannya terbias pemain lawan dan hanya sedikit keluar dari tiang sebelah kanan.
25' - Percubaan terus dari sepakan percuma oleh Diouf ditumbuk keluar oleh Remezey.
27' - GOLLL!!! Zayed meletakkan Sabah di depan. Zuraindey bijak melorongkan bola kepada Chianese disebelah kanan sebelum melakukan hantaran silang buat Zayed yang mudah menolak ke gawang P. Pinang. Sabah 1-0 P. Pinang.
32' - Shafuan mendapat bola yang dikeluarkan dari kotak penalti sebelum meluru masuk ke kotak penalti namun rembatannya tinggi melepasi palang.
38' - Alto melakukan hantaran silang tinggi yang cantik dan menemui Chianese dalam kotak penalti namun percubaannya sedikit tinggi melepasi palang.
41' - Hantaran pendek Diouf dari sepakan sudut kepada Zuraindey yang kemudiannya melakukan percubaan ke gawang gol tetapi ditampan pertahanan lawan. Bola melantun ke arah Zayed yang cuba menolak bola namun sempat ditepis penjaga gol Pulau Pinang, Remezey.
42' - Shafuan melakukan percubaan dari luar kotak penalti susulan dari sepakan sudut namun tinggi di atas palang.
44' - Chianese yang mendapat hantaran cantik dari Zuraindey hanya berhadapan dengan penjaga gol, namun rembatannya tinggi.
45+1' - Tamat perlawanan. Sabah 1-0 P. Pinang

45' - Sabah melakukan sepak mula. Pertukaran pemain P. Pinang. Azinee Taib masuk menggantikan Lee Gil Hoon.
52' - Percubaan jauh Redzuan Nawi jauh tersasar.
56' - Percubaan terus Diouf dari sepakan percuma ditangkap kemas penjaga gol P. Pinang.
59' - Zayed sedikit terlambat menyambung tandukan Faye di depan gawang gol. Mafry Balang keluar digantikan oleh Zharif Hasna.
60' - Beto Goncalves berjaya melepasi perangkap offside untuk menyambut hantaran jauh dari rakan namun Fazli Paat cemerlang keluar untuk menghalang percubaan Beto dalam situasi satu lawan satu.
70' - Pertukaran pemain Sabah. Zayed dikeluarkan dan digantikan oleh Leopold Alfonso.
75' - Percubaan terus Rafiuddin Rodin dari sepakan percuma tinggi melepasi palang.
77' - Pertukaran pemain Sabah. Chianese keluar digantikan Ezaidy Khadar.
79' - Pertukaran pemain P. Pinang. Mohd. Azrul digantikan oleh Elias Sulaiman.
88' - Menerusi satu serangan balas, Ezaidy yang mendapat lorongan dari Leopold dalam kotak penalti melepaskan rembatan leret namun sipi di tiang sebelah kanan P. Pinang.
89' - Beto melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun tinggi melepas palang gol Sabah.
90+1 - Pertukaran pemain Sabah. Azzizan Nordin masuk menggantikan Shafuan.
90+3' - Tamat perlawanan. Sabah 1-0 Pulau Pinang.

Kesebelasan pemain:
Sabah: Fazli Paat (GK), Rawilson Batuil, Hardy Charles Parsi, Julamri Muhd, Alto Linus, Abdoulaye Faye, Shafuan Adli Shaari (90+1' Azzizan Nordin), Zuraindey Jumai, Joel Chianese (77' Ezaidy Khadar), Eamon Zayed (70' Leopold Alfonso), El Hadji Diouf (Kapten)

P. Pinang: Remezey Che Ros (GK), Reinaldo Lobo, Mat Saiful Mohd, Yong Kuan Yong, Mohd Azrul Ahmad (79' Elias Sulaiman), Mafry Balang (59' Zharif Hasna), Redzuan Nawi (Kapten), Lee Gil-Hoon (45' Azinee Taib), Syukur Saidin, Rafiuddin Rodin, Alberto Goncalves

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...