Apr 25, 2015

Sabah vs Kedah - Keputusan, Statistik dan Highlights perlawanan

Sabah vs Kedah 24 April 2015 - Keputusan, Statistik dan Highlights perlawanan

Keputusan Penuh:

SABAH (1)
Joel Chianese 1'

KEDAH (2)
Chidi Edeh 47', Mohd. Syafiq Ahmad 90+2'

Statistik perlawanan: Sabah - Kedah
% Penguasaan bola: 40 - 60
Percubaan: 7 - 14
Tepat/Tersasar: 3/4 - 4/10

Tendangan sudut: 6 - 2
Offside: 0 - 6
Kad Kuning: 2 - 2
Kad merah: 0 - 0
Penggantian pemain: 3 - 2
Jumlah penonton*: 25000

*anggaran admin; angka rasmi adalah 19000

Highlights perlawanan:
1'- Sepak mula oleh Kedah.
1'- GOLLL!!! Joel Chianese. Gol berpunca dari kesilapan pertahanan Kedah yang kurang kemas melakukan hantaran. Bola yang ditampan oleh Chianese menuju kepada Zayed yang mengumpan kepada Chianese yang melarikan bola ke kotak penalti sebelum mudah menewaskan Abd Hadi dalam situasi satu lawan satu. Sabah 1-0 Kedah.
2'- Percubaan lemah dari Sandro terus ke dakapan Fazli.
3'- Zuraindey membuat tandukan dari hantaran lintang Leopold namun sipi.
5- Kad kuning kepada Hardy Parsi.
7'- Chidi melakukan rembatan namun tersasar sedikit.
19'- Chidi melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun tinggi melepasi palang.
20'- Kad kuning kepada Faye.
21'- Liridon mendapat hantaran dari Chidi namun tolakannya tersasar walaupun hanya berdepan dengan Fazli.
24'- Chidi melakukan percubaan tetapi tinggi melepasi palang
25'- Kuisan dari Sandro tersasar.
28'- Leopold bijak melepasi dua pertahanan namun rembatannya dihadang pertahanan Kedah.
30'- Chidi membuat percubaan tetapi tersasar.
33'- Sepakan percuma yang diambil oleh Sandro dari luar kotak penalti sedikit terkeluar di sudut gawang Sabah.
36'- Zayed berjaya melepasi perangkap offside untuk menyambut hantaran cantik Zuraindey namun tolakkanya berjaya ditampan keluar Abd hadi dalam situasi satu lawan satu.
37'- Faye melakukan tandukan dari sepakan sudut Leopold namun berjaya diselamatkan penjaga gol.
42'- Kad kuning kepada Bang Seung-Hwan.
43'- Tandukan Faye hasil dari sepakan sudut berjaya menewaskan Abd Hadi namun berjaya dikeluarkan oleh pertahanan di atas garis gol.
45+2'- Tamat separuh masa pertama. Sabah 1-0 Kedah.

45'- Sepak mula separuh masa kedua oleh Sabah.
46'- Sandro melakukan percubaan kurang sempurna dengan bola melambung tinggi.
47'- GOLLL!!! Chidi Edeh. Bermula dari gerakan menarik Syazwan Zainon sebelum bola diumpan kepada Chidi yang berjaya mengatasi kawalan Rawilson sebelum merembat kencang menewaskan Fazli. Sabah 1-1 Kedah.
48'- Rembatan Azzizan dari luar kotak penalti tersasar.
54'- Syazwan membuat larian cantik dari tepi melepasi kawalan dua pertahanan namun percubaannya diselamatkan Fazli.
57'- Sandro melakukan percubaan luar kotak penalti namun tersasar.
69'- Rajesh melakukan percubaan jauh yang tinggi melepasi palang.
70'- Kad kuning Rajesh.
71'- Penggantian pemain Sabah. Leopold dan Azzizan keluar digantikan Ezaidy dan Surendran. Penggantian Kedah. Farhan Roslan keluar, Syafiq Ahmad masuk.
73'- Alto bijak membawa bola ke kawasan Kedah sebelum melepaskan rembatan namun tersasar keluar.
86'- Penggantian pemain Sabah. Chianese keluar, Rozaimi masuk. Penggantian pemain Kedah. Syazwan Zainon keluar, Mohd Shazuan masuk.
90+2'- GOLLL!!! Mohd. Syafiq Ahmad. Syafiq yang mendapat umpanan bijak dari Chidi sebelum masuk ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan cantik menuju ke penjuru gawang Sabah menewaskan Fazli. Sabah 1-2 Kedah.
90+3'- Tamat perlawanan. Keputusan penuh, Sabah 1-2 Kedah.

Kesebelasan Sabah:
Fazli Paat (GK), Rawilson Batuil, Hardy Parsi, Julamri Muhd, Alto Linus, Zuraindey Jumai, Azzizan Nordin (D. Surendran), Abdoulaye Faye (capt.), Leopold Alfonso (Ezaidy Khadar), Joel Chianese (Rozaimi Abd Rahman) dan Eamon Zayed

Kesebelasan Kedah:
Abd Hadi Ahmad (GK), Khairul Helmi Johari (capt), Bang Seung Hwan, Mohd Rizal Ghazali, P Rajesh, Mohd Syazwan Tajuddin, Mohd Farhan Roslan (Syafiq Ahmad), Mohd Syazwan Zainon (Mohd Shazuan Ashraff), Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva dan Chidi Edeh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...