Jun 23, 2015

Keputusan penuh Sabah lwn NS Matrix 22/06/2015

Keputusan penuh Sabah vs Negeri Sembilan 2-2 | Liga Perdana Malaysia 2015

Liga Perdana perlawanan ke-12:
Stadium Likas, Kota Kinabalu
9.15 malam

Keputusan Penuh:

SABAH (2)
Eamon Zayed 23', El Hadji Diouf 78'

NEGERI SEMBILAN MATRIX (2)
Azizi Mat Rose 33', Bruno Sebastian Martelotto 63'

Sabah gagal memanfaatkan sepenuhnya kelebihan bermain di tempat sendiri apabila diikat pasukan pelawat, Negeri Sembilan 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas sebentar tadi.

Sabah yang mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas lawan yang sama di gelanggang lawan Jumaat lalu gagal untuk mengulangi pencapaian tersebut walaupun dilihat lebih banyak menguasai permainan.

Jurulatih Sabah, Mike Mulvey mengekalkan hampir kesemua barisan pemain yang menang minggu lalu dengan hanya Rawilson Batuil yang diketepikan akibat penggantungan. Azizan Nordin kembali ke kesebelasan utama bersama Julamri Muhd yang mengambil tempat Khairi Kiman.

20 minit pertama perlawanan agak perlahan dengan kedua-dua pasukan sekali sekala melakukan serangan ke gawang lawan masing-masing. Peluang terbaik pasukan NS Matrix hadir di minit ke 21 menerusi percuban separa voli G. Puaneswaran mengegar palang gol Sabah.

Eamon Zayed meletakkan Sabah dihadapan diminit ke 23 menerusi umpanan Joel Chianese sebelum bijak melepasi kawalan dua pemain dan menyepak masuk gol pendahuluan. Selang dua minit selepas itu, Zayed hampir-hampir menggandakan jaringan Sabah namun percubaan dari luar kotak penaltinya sekadar singgah di palang gol lawan.

NS Matrix menyamakan kedudukan di minit ke 33 menerusi pemain pertahanan, Azizi Mat Rose yang menanduk masuk hantaran lintang Forkey Doe. Sabah memperoleh dua peluang keemasan di penghujung babak pertama menerusi Alto Linus diminit ke 40 dan Joel Chianese di minit ke-45 namun digagalkan oleh penjaga gol NS Matrix, Helmi Elias. Tamat separuh masa pertama, Sabah terikat 1-1 dengan NS Matrix.

Perlawanan bersambung di babak kedua dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. NS Matrix berada di hadapan pada minit ke 63 menerusi gerakan solo menarik dari Sebastian Bruno Martelotto dari luar kotak penalti sebelum melakukan rembatan menewaskan Fazli Paat. 

Sabah melakukan dua pertukaran selepas itu dengan Zurandey Jumai masuk menggantikan Faizol Nazlin (min 65) dan Shafuan Adli menggantikan Azzizan Nordin (min 69).

Asakan demi asakan yang dilakukan oleh pasukan Sabah akhirnya membuahkan hasil diminit ke 78 apabila ketua pasukan, El Hadji Diouf menjaringkan gol penyamaan apabila menyudahkan umpanan cantik dari Eamon Zayed.

Sabah terus membuat asakan ke arah pintu gol lawan untuk mencari gol kemenangan namun buntu sehingga tiupan wisel penamat. Tamat perlawanan, Sabah diikat oleh NS Matrix 2-2.

Tamat perlawanan ke-12 Liga Perdana malam ini menyaksikan Sabah turun ke tangga ke-4 liga dipintas pasukan Pulau Pinang dan Kedah yang menang. T-Team unggul di persada liga dengan 29 mata, diikuti Pulau Pinang dan Kedah (25 mata) dan Sabah di tangga keempat dengan 23 mata.

Perlawanan Sabah seterusnya adalah pada 26 Jun (Jumaat) menentang Kuala Lumpur di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Lain-lain keputusan Liga Perdana 22/06/2015:
Kedah 3-1 UiTM
Pulau Pinang 4-1 SPA
T-Team 4-1 Kuala Lumpur
JDT II 2-2 DRB Hicom
PKNS 3-2 Kuantan

Kedudukan Carta (5 teratas):
1. 29 mata - T-Team
2. 25 mata - Pulau Pinang
3. 25 mata - Kedah
4. 23 mata - Sabah
5. 20 mata - PKNS

Jun 20, 2015

Keputusan perlawanan Negeri Sembilan lwn Sabah 19 Jun 2015

Keputusan penuh NS Matrix vs Sabah 19/6/15 | Liga Perdana Malaysia 2015

Keputusan:
Std. Tunku Abd. Rahman, Paroi
10.00 malam.

NEGERI SEMBILAN (1)
Forkey Doe 85'

SABAH (3)
Alto Linus 3'
Joel Chianese 35'
Abdoulaye Faye 42'

Sabah menamatkan kempen pusingan pertama Liga Perdana musim 2015 dengan penuh bergaya apabila menang 3-1 ke atas pasukan Negeri Sembilan Matrix di gelanggang lawan lewat malam tadi.

Perlawanan yang dilangsungkan bermula jam 10 malam jelas tidak merencatkan corak permainan kedua-dua pasukan dengan Sabah dilihat lebih efektif dibahagian serangan dengan ledakan tiga gol di separuh masa pertama.

Sabah melakar gol awal di minit ke-3 menerusi pemain bek kanan, Alto Linus yang menanduk masuk sepakan percuma yang diambil oleh kapten pasukan, Hadji Diouf untuk Sabah mendahului 1-0.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...