31 Jan 2015

Keputusan Sabah vs Tampines Rovers 0-3

Keputusan penuh perlawanan persahabatan | Friendly match 30/1/2015

Sabah vs Tampines Rovers
Keputusan penuh:
SABAH (0)
vs
TAMPINES ROVERS (3)
22', 28' & 62'

*Perlawanan ditamatkan pada minit ke 80 akibat masalah lampu limpah.

Sabah mengakhiri siri persahabatan pra musim 2015 dengan kekalahan 0-3 kepada kelab dari Liga Singapura, Tampines Rovers FC dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung malam tadi di Std. Likas, Kota Kinabalu.

Walaupun mendapat sokongan kira-kira 6,000 penyokong, Sabah nampaknya gagal melakar kejutan ke atas pasukan pelawat yang dianggap pasukan gergasi di Liga Singapura. Tampines Rovers yang dilatih oleh legenda bolasepak Singapura, V. Sundram Moorthy dan dibantu oleh bekas penyerang negara tersebut, Alexander Duric merupakan juara 5 kali Liga Singapura.

Tampines yang membariskan enam pemain import termasuk dua bekas pemain import Sabah, Mitrovic dan Pocuca dalam kesebelasan utama memperagakan permainan yang lebih kemas dan tersusun berbanding pasukan Sabah yang dilihat lebih kepada serangan balas. 

Sabah terlebih dahulu berpeluang untuk membuka jaringan diminit ke 10 menerusi Eamon Zayed hasil hantaran silang Rozaimi namun kuisannya diselamatkan diatas garisan gol oleg penjaga gol. Tampines hampir mendahului diminit ke 16 namun berjaya diselamatkan oleh Irwan Jamil.

Tampines membuka jaringan di minit ke 22 hasil satu sepakan percuma dari jarak 25 meter yang mengelirukan Irwan Jamil untuk Tampines mendahului 1-0. Selang enam minit kemudian, gawang pasukan Sabah bocor lagi menerusi pemain import pasukan pelawat yang mudah merembat masuk selepas lolos dari pertahanan Sabah. Separuh masa pertama tamat dengan pelawat mendahului 2-0.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan dan Sabah menerusi Zayed dua kali digagalkan oleh penjaga gol walaupun berada dalam kedudukan yang baik untuk melakukan jaringan. Tampines Rovers mandapat gol ketiga mereka di minit ke 62 menerusi percubaan jarak jauh yang menewaskan Irwan yang sedikit terkeluar dari gawangnya.

Perlawanan bagaimanapun terhenti di minit ke 81 permainan selepas lampu limpah stadium mengalami masalah. Pengadil perlawanan memutuskan untuk menamatkan perlawanan dengan Sabah tewas 0-3 ditangan pasukan Tampines Rovers.

Sabah akan memulakan kempen Liga Perdana musim 2015 menentang Kuala Lumpur di tempat lawan pada 6 Feb 2015.

23 Jan 2015

Jadual Liga Perdana Malaysia 2015

Jadual perlawanan Liga Perdana 2015 | Jadual Liga Premier Malaysia 2015

Jadual penuh perlawanan Liga Perdana Malaysia musim 2015 untuk pusingan pertama:
Liga Perdana 2015

Pusingan pertama Liga Perdana 2015
Perlawanan 1: Jumaat, 6 Feb
Kuala Lumpur 0-2 Sabah
PKNS 2-0 T-Team
Pulau Pinang 1-0 Kuantan
Kedah 5-1 SPA Putrajaya
UiTM 1-2 JDT II
DRB Hicom 1-3 Negeri Sembilan
Perlawanan 2: Jumaat, 13 Feb
Sabah 3-2 DRB Hicom
T-Team 0-0 Pulau Pinang
Negeri Sembilan 2-0 UiTM
SPA Putrajaya 1-5 JDT II
Kuantan 2-2 Kedah
Kuala Lumpur 2-1 PKNS
Perlawanan 3: Jumaat, 20 Feb
UiTM 2-1 Sabah
Pulau Pinang 1-0 PKNS
Kedah 0-0 T-Team
SPA Putrajaya 1-1 Negeri Sembilan
JDT II 5-2 Kuantan
DRB Hicom 1-0 Kuala Lumpur
Perlawanan 4: Jumaat, 6 Mac
Sabah 4-1 SPA Putrajaya
PKNS 2-1 Kedah
UiTM 1-3 DRB Hicom
T-Team 3-1 JDT II
Kuantan 1-3 Negeri Sembilan
Pulau Pinang 1-0 Kuala Lumpur
Perlawanan 5: Jumaat, 13 Mac
Sabah 2-0 Kuantan
Pulau Pinang 3-3 Kedah
Negeri Sembilan 3-5 T-Team
JDT II 2-2 PKNS
SPA Putrajaya 0-4 DRB Hicom
Kuala Lumpur 0-1 UiTM
Perlawanan 6: Jumaat, 3 April
T-Team 4-3 Sabah
PKNS 1-1 Negeri Sembilan
Pulau Pinang 2-1 JDT II
UiTM 3-1 SPA Putrajaya
Kuantan 2-1 DRB Hicom
Kuala Lumpur 0-1 Kedah
Perlawanan 7: Jumaat, 10 April
Sabah 1-1 PKNS
Negeri Sembilan 2-2* Pulau Pinang
JDT II 1-2 Kedah
DRB Hicom 1-2 T-Team
UiTM 3-2 Kuantan
SPA Putrajaya 0-1 Kuala Lumpur
Perlawanan 8: Jumaat, 17 April
Sabah 1-0 Pulau Pinang
T-Team 2-0 UiTM
PKNS 0-0 DRB Hicom
Kedah 2-1 Negeri Sembilan
Kuantan 1-0 SPA Putrajaya
Kuala Lumpur 1-1 JDT II
Perlawanan 9: Jumaat, 24 April
Sabah 1-2 Kedah
Negeri Sembilan 2-1 JDT II
DRB Hicom 1-1 Pulau Pinang
UiTM 1-4 PKNS
SPA Putrajaya 0-2 T-Team
Kuantan 3-3 Kuala Lumpur
Perlawanan 10: Jumaat, 1 Mei
JDT II 2-4 Sabah
PKNS 0-0 SPA Putrajaya
Pulau Pinang 3-0 UiTM
Kedah 2-1 DRB Hicom
T-Team 5-0 Kuantan
Kuala Lumpur 1-0 Negeri Sembilan
Perlawanan 11: Jumaat, 19 Jun
Negeri Sembilan 1-3 Sabah
DRB Hicom 0-1 JDT II
UiTM 2-2 Kedah
SPA Putrajaya 1-3 Pulau Pinang
Kuantan 1-3 PKNS
Kuala Lumpur 1-2 T-Team
Perlawanan 12: Isnin, 22 Jun

Sabah
2-2 Negeri Sembilan

JDT II
2-2 DRB Hicom

Kedah
3-1 UiTM

Pulau Pinang
4-1 SPA Putrajaya

PKNS
3-2 Kuantan
T-Team 4-1 Kuala Lumpur

Jadual Liga Perdana 2015. Tertakluk kepada perubahan. Jadual perlawanan pusingan kedua akan dikemaskini kemudian.

Preview pasukan Kuala Lumpur 2015

Preview pasukan Liga Perdana 2015 | Liga Premier Malaysia 2015

Kuala Lumpur FA 2015


Selepas tersingkir dari Liga Perdana untuk musim 2013, pasukan dari Lembah Klang ini membuat kemunculan semula selepas setahun beraksi di Liga FAM musim 2014. Mereka menduduki tangga ke-2 di belakang juara Liga FAM 2014, Kuantan FA untuk kembali ke Liga Perdana musim ini. Menariknya, pasukan ini turut dibarisi oleh seorang bekas pemain kelahiran Sabah yang beraksi untuk pasukan JDT II musim lalu, Shahrudin Yakup yang gagal mendapat tempat dalam skuad Sabah musim ini. Kuala Lumpur menyasarkan untuk menduduki tangga ke-2 Liga Perdana musim ini dan seterusnya layak ke Liga Super musim depan.

Stadium: Std. Merdeka, Kuala Lumpur
Pengurus: Datuk Paduka Izudin Ishak
Jurulatih: Ricardo Formoshino (Portugal)
Ketua Pasukan: Muhd Syazwan Mohd Rani
Pemain import: Kalle Sone, 33 (Cameroon), Martin Ekoule, 31 (Cameroon) Ogunboye Iyanu Ezekiel, 23 (Nigeria), Choi Hyun-Yeon, 31 (Korea Selatan)

Barisan pemain Kuala Lumpur 2015
Penjaga gol: Badrol Hanapi Ali, Mohd Muhaimin Mohamad.
Pertahanan: Martin Ekoule, Ahmad Jihad Ismail, Benedict Martin, Muhammad Zameer Zainun,Mohd Fairuz Abd Aziz, Muhammad Syazwan Mohamed Rani (kapten), Mohd Fariss AzlanMat Isa.
Pemain Tengah: Choi Hyun Yeon, Muhammad Fitri Kamal, Mohamad Shamirul Mohamed Rani, Mohd Fazilidin Khalid, Mohamad Lukhman Noor Hakim Jaafar, Nicholas Chan Meng-Jin, Shahrudin Yakup, Muhammad Naufal Na'im Tony Rosdin, Hattaphon Bunan, Farouk Hashim, Pritam Singh a/l Charun Singh, J Mughilan Kartik, Khairil Amri Borhan
Penyerang: Iyanul Ezekiel Ogunboye, Kalle Sone Masue, Romdhizat Jamian, Mohd Saufi Mohd Ibrahim

Pemain tumpuan:

Ogunboye Iyanu Ezekiel, Mohd Saufi Ibrahim, Shahrudin Yakup

Pencapaian musim 2014
Liga FAM: Tempat ke-2
Liga FA: Pusingan pertama
Piala Malaysia:  Tidak layak

Rekod pertemuan Sabah vs Kuala Lumpur
21/05/13: LP Sabah 3 - 1 Kuala Lumpur
18/01/13: LP Kuala Lumpur 3 - 2 Sabah
30/06/12: LS Kuala Lumpur 2 - 4 Sabah (*berlangsung di Std. Likas, Kuala Lumpur adalah pasukan tuan rumah)
14/02/12: LS Sabah 2 - 0 Kuala Lumpur
08/06/11: LS Sabah 3 - 0 Kuala Lumpur
01/02/11: LS Kuala Lumpur 1 - 0 Sabah
03/10/10: PM Sabah 3 - 2 Kuala Lumpur
14/09/10: PM Kuala Lumpur 0 - 0 Sabah
20/07/09: LP Kuala Lumpur 2 - 0 Sabah
08/05/09: LP Sabah 0 - 3 Kuala Lumpur
03/02/09: FA Sabah 0 - 1 Kuala Lumpur
31/01/09: FA Kuala Lumpur 1 - 1 Sabah
09/07/08: PM Sabah 1 - 2 Kuala Lumpur
24/06/08: PM Kuala Lumpur 3 - 2 Sabah
(LP: Liga Perdana, LS: Liga Super, PM: Piala Malaysia, FA: Piala FA)

Sabah menang 8, seri 5, kalah 8

Fakta menarik:
Sabah tidak pernah menang menentang Kuala Lumpur di gelanggang lawan sejak tahun 2002.

Sumber info: wikipedia, soccerway & bharian

Preview pasukan DRB-Hicom 2015

Preview pasukan Liga Perdana 2015 | Liga Premier Malaysia 2015

DRB-HICOM FC (Pos Malaysia)

logo drb hicom
Pasukan ini ditubuhkan pada 2008 dengan nama asalnya Pos Malaysia FC dan bermain dalam Liga Premier KLFA. Menyertai Liga FAM pada 2009 dan menjuarai liga tersebut pada penampilan pertama. Naik ke Liga Perdana pada musim 2010 dan kekal sehingga kini. Bertukar nama kepada DRB Hicom bermula musim 2014.

Stadium: Std. Bandar Proton, Tanjung Malim, Perak
Jurulatih: Marshall Soper
Pemain import: Godwin Antwi, 25 (Ghana),  Ivan Babic, 31 (Croatia), Terukazu Tanaka, 29 (Jepun)

Pemain tumpuan:
Pemain import dari Ghana, Godwin Antwi merupakan bekas pemain remaja kelab EPL, Liverpool  yang beraksi dalam Liga Simpanan pada musim 2005-2007.

Pencapaian musim 2014
Liga Perdana: Tempat ke-8
Liga FA: Pusingan pertama
Piala Malaysia:  Tidak layak

Rekod pertemuan Sabah vs DRB Hicom
20/06/14: LP Sabah 1 - 0 DRB-Hicom
17/03/14: LP DRB-Hicom 1 - 1 Sabah
17/05/13: LP Pos Malaysia 1 - 0 Sabah
18/02/13: LP Sabah 1 - 2 Pos Malaysia
23/07/10: LP Pos Malaysia 0 - 1 Sabah
16/04/10: LP Sabah 1 - 0 Pos Malaysia

Sabah - menang 3, seri 1, kalah 2

Sumber maklumat: wikipedia & soccerway

Jadual perlawanan Liga Perdana 2015 bagi Sabah FA

Jadual Perlawanan Liga Perdana Malaysia bagi Sabah FA 2015 | Jadual penuh Liga Premier 2015

Jadual penuh perlawanan Liga Perdana musim 2015 untuk pasukan Sabah.


Pusingan Pertama
1. Jumaat, 06 Feb | 4.45 pm Kuala Lumpur vs Sabah
2. Jumaat, 13 Feb | 8.15 pm Sabah vs DRB-Hicom
3. Jumaat, 20 Feb | 4.45 pm UiTM vs Sabah
4. Jumaat, 06 Mac | 8.15 pm Sabah vs KL SPA
5. Jumaat, 13 Mac | 8.15 pm Sabah vs Kuantan FA
6. Jumaat, 03 Apr | 8.45 pm T-Team vs Sabah
7. Jumaat, 10 Apr | 8.15 pm Sabah vs PKNS
8. Jumaat, 17 Apr | 8.15 pm Sabah vs Pulau Pinang
9. Jumaat, 24 Apr | 8.15 pm Sabah vs Kedah
10. Jumaat, 01 May | 8.45 pm JDT II vs Sabah
11. Jumaat, 19 Jun | 9.45 pm Negeri Sembilan vs Sabah
Pusingan Kedua
12. Isnin, 22 Jun | 9.15 pm Sabah vs Negeri Sembilan
13. Jumaat, 26 Jun | 9.15 pm Sabah vs Kuala Lumpur
14. Jumaat, 03 Jul | 9.45 pm DRB-Hicom vs Sabah
15. Selasa, 07 Jul | 9.15 pm Sabah vs UiTM
16. Jumaat, 31 Jul | 4.45 pm KL SPA vs Sabah
17. Selasa, 04 Ogos | 8.45 pm Kuantan FA vs Sabah
18. Jumaat, 07 Ogos | 8.15 pm Sabah vs T-Team
19. Selasa, 11 Ogos | 4.45 pm PKNS vs Sabah
20. Jumaat, 14 Ogos | 8.45 pm Pulau Pinang vs Sabah
21. Selasa, 18 Ogos | 8.45 pm Kedah vs Sabah
22. Jumaat, 21 Ogos | 8.15 pm Sabah vs JDT II

* Jadual terkini selepas pindaan 23 April 2015
* Jadual bukan rasmi dan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
Sumber: Soccerway

6 Jan 2015

Jersi Sabah FA 2015

Jersi baru pasukan Sabah FA musim 2015 | Sabah FA 2015 Jersey

Gambar jersi pasukan Sabah bagi Liga Perdana musim 2015

Jenama: Adidas
Syarikat pengeluar/penaja: Graceone
Warna merah: Jersi sebagai tuan rumah
Warna biru: Jersi sebagai pelawat
Warna biru/putih: Jersi ke-3

Jersi Sabah FA 2015

Jersi Sabah FA 2015

Sumber: Sabahfa.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...