15 Feb 2016

Badak tersungkur lagi!!!

Liga Premier Malaysia
Keputusan penuh perlawanan Kuantan FA 4-1 Sabah 15/2/16
Std. Darul Makmur, Kuantan

KUANTAN FA (4)
Dao Bakary 65' penalti, 89'
Abdul Malik Mat Arif 81', 87'

SABAH (1)
Maxsius Musa 37'

Badak tersungkur lagi!!!
Skripnya hampir sama ketika menentang UiTM FC dengan giliran sebuah lagi pasukan berstatus kelab, Kuantan FA 'memalukan' pasukan Sabah dengan kemenangan selesa 4-1 dalam perlawanan kedua Liga Perdana di Std. Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi. 

Kekalahan besar ini memberikan Sabah permulaan terburuk dalam sejarah penyertaan dalam Liga Malaysia apabila tewas dua perlawanan dengan jaringan yang besar. 

Walaupun mendahului tuan rumah menerusi jaringan Maxsius Musa di separuh masa pertama, Sabah gagal mempertahankan kedudukan apabila melepaskan empat gol di separuh masa kedua termasuk tiga jaringan dalam sepuluh minit terakhir.

Awalnya, Sabah dilihat seakan-akan berada di landasan untuk memperoleh keputusan yang positif di Kuantan dengan jaringan Maxius di minit ke-37 untuk memisahkan dua pasukan ini sehingga wisel separuh masa pertama tamat.

Kelebihan satu gol Sabah hanya bertahan sehingga minit ke 65 apabila Dao Bakary menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan.

Abd Malik Mat Arif memulakan mimpi ngeri buat Sabah dengan jaringan pendahuluan pasukannya diminit ke 81 sebelum menggandakan jaringan selang enam minit kemudian.

Dao Bakary melengkapkan malam bergaya buat pasukan tuan rumah dengan jaringan  di minit ke 89 permainan untuk menjadikan kedudukan 4-1 memihak kepada tuan rumah sehingga wisel penamat.

Kekalahan besar kedua ini cukup untuk 'membenam' Sabah ke tangga tercorot kedudukan Liga Perdana selepas dua perlawanan mengambil tempat ATM yang hanya akan beraksi esok menentang Sime Darby.

Perlawanan seterusnya bagi pasukan Sabah dalam kempen Liga Perdana ialah pada Jumaat, 26 Februari menentang DRB Hicom di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Lain-lain keputusan Liga Perdana Malaysia 15/2/16:
DRB Hicom 1-3 NS Matrix
Perlis 0-1 UiTM FC
Melaka United 2-1 PKNS FC
Kuala Lumpur 1-1 JDT II

Perlawanan akan datang:
Piala FA: Sabtu, 20 Feb 2016 - Sabah vs KL MOF FC (8.15 malam, Std Likas, Kota Kinabalu)
Liga Perdana: Jumaat, 26 Feb 2016 - Sabah vs DRB Hicom (8.15 malam, Std Likas, Kota Kinabalu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...