27 Feb 2016

Highlights perlawanan Sabah 0-2 DRB Hicom

Highlights perlawanan Sabah 0 - 2 DRB Hicom

Keputusan penuh:
Keputusan Penuh
SABAH 0 - 2 DRB HICOM

0 - 1
38' Muhd Fakrul Aiman

0 - 2
71' Mohd Nazri Kamal

Statistik perlawanan: Sabah - DRB Hicom
Penguasaan Bola: 50 - 50
Percubaan (tepat): 9(3) - 9(4)
Sepakan Sudut: 4 - 5
Offside: 2 - 1
Kad (Kuning/Merah): 1/0 - 2/0

Highlights perlawanan:
1' - Sepak mula oleh DRB Hicom
17' - Percubaan leret dari luar kotak penalti oleh Marco Tulio mudah diselamatkan GK
21' - Peluang terbaik untuk Sabah menghasilkan gol. Dedi Kusnadar bijak melepasi perangkap offside untuk menyambut hantaran lambung ke kotak penalti oleh Tulio. Dedi yang hanya berhadapan dengan GK menyepak bola leret terkena tiang sebelum berjaya dikeluarkan pemain pertahanan.
23' - Ivan Babic melepaskan rembatan voli tetapi tinggi di atas palang
27' - Percubaan jauh Fakrul Aiman tinggi di atas palang
30' - Sepakan percuma dari jarak 30 meter Fakrul Aiman tersasar
36' - Ivan Babic melakukan percubaan terus dari sepakan percuma dari luar kotak penalti namun GK Sabah, Rozaime Rohim cemerlang melayangkan badan untuk menepis keluar bola.
38' - GOLLL!!!! DRB Hicom didepan menerusi Fakrul Aiman. Bermula dengan kesilapan Tulio mengawal kemas bola, Kim Jin Ryong melakukan hantaran cantik ke kotak penalti mencari Fakrul yang tidak dikawal. Fakrul melepaskan rembatan kencang gagal di selamatkan oleh Rozaimie. Sabah 0-1 Hicom.
41' - Philip Lund mendapat umpanan di dalam kotak penalti dan melakukan 'chip' tetapi sedikit melepasi palang gol.
44' - Leopold Alfonso melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun sepakannya tinggi di sudut palang gol.
45'+2' - Tamat perlawanan separuh masa pertama.

46' - Prince Nnake berjaya lepas dari sebelah kanan di dalam kotak penalti dan melakukan percubaan dari sudut sukar tetapi berjaya ditampan oleh GK DRB. Maxsius Musa lambat untuk menyambar bola muntah dari tampanan GK.
52' - Philip Lund berjaya lepas ke dalam kotak penalti sebelum membuat sepakan rendah yng berjaya ditampan dan dikeluarkan oleh GK, Rozaimie.
62' - Ivan Babic yang tidak dikawal melakukan tandukan namun sedikit tersasar.
69' - Leopold melakukan percubaan jauh yang tersasar.
71' - GOLLL!!!! DRB Hicom menambah gol. GK Sabah, Rozimie terpedaya dengan sepakan jauh oleh Nazri Kamal yang dilihat lebih kepada satu hantaran ke kotak penalti untuk Ivan Babic. Bola terus melantun menerjah jaring selepas Rozaimie terpedaya dengan acahan yang dibuat oleh Babic. Sabah 0-2 DRB Hicom.
72' - Percubaan luar kotak penalti Prince tersasar jauh
83' - Dedi melakukan percubaan jauh namun tersasar.
84' - Tandukan Rawilson Batuil hasil daripada sepakan sudut berjaya ditangkap kemas GK DRB
89' - Igor Cerina mendapat peluang di dalam kotak penalti tetapi bola yang disungkitnya tidak menepati sasaran.
90'+4' - Masisus Musa melakukan rembatan lemah yang mudah diselamatkan oleh GK. Tamat perlawanan dengan DRB Hicom menang 2-0 ke atas Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...