Mar 5, 2016

Cerita Admin : Pastikan ATM Out Of Sevice!!!

Pedas!!! Panas!!!
Terubatkah kita? Kiranya malam ini kita bertuah lagi. Lembutkah hati kita? Kiranya suku akhir digapai dikala di Liga terkapai-kapai. Lupakah kita? Top 4 liga tatkala masih berkabung 4 kekalahan liga.  

Kembali kita dalam segmen Cerita Admin yang sekian lama menyepi...

Pertembungan sedarjat!!!
Siapa sangka satu daripada dua pasukan tercorot Liga Perdana ketika ini bakal ke saingan suku akhir Piala FA musim ini. Tak terduga dek akal fikiran jika melihat kepada situasi prestasi semasa dua pasukan ini, Sabah dan ATM. Tuah dan nasib baik mempertemukan dua pasukan 'sedarjat' dari Liga Perdana ini selepas masing masing melepasi pusingan sebelumnya menentang pasukan dari liga terbawah, yakni Liga FAM. Sad but true! Ramai yang mungkin tidak peduli, tidak berminat sehinggakan perlawanan Sabah ATM seolah-olah hanya pelengkap kepada pusingan ke-3. Dan menjadikan ianya lebih tragis, pasukan-pasukan lain yang bakal mengisi tempat di suku akhir 'tersangatlah berbesar hati' diundi menentang pemenang perlawanan ini. Sedih dan perit untuk diterima tetapi itulah realitinya yang harus ditelan.

Suku akhir untuk Sabah??
Ramai memilih Sabah ke suku akhir berbanding ATM termasuklah Fanpage FB HarimauMalaya dan akhbar2 tempatan. Alasannya mudah, selain kelebihan bermain di 'kandang' sendiri, Sabah punyai khidmat pemain import yang tidak ada pada ATM. Malah, ATM seperti yang kita tahu bukanlah pasukan yang kita kenali seperti musim lalu kerana team ini hampir 100% dibarisi oleh 'orang2 tentera'. Venice Elphi mungkin hanya satu-satunya nama yang biasa dengar di ATM. Maka, bolehlah diibaratkan perlawanan pemain2 pro vs pemain2 part time. Tersangat sinis bunyinya tetapi itulah hakikatnya!! Atas kertas, orang tidak berani bertaruh untuk ATM. Tidak susah untuk kita memilih mana team pilih mana favourite, mana underdog. Budak darjah satu pun tahu. Agak-agaknya, jikalau Sabah kalah (palis-palis) malam ini, seolah-olah sebiji bom atom telah jatuh di bumi Sabah. Tak terkata kerosakannya. 

Maruah! Maruah!
Seawal minit pertama Liga Perdana bermula, maruah kita sudah dicalar. Macam sayur kita dikerjakan budak-budak universiti, tim daerah dan tim kilang kereta. Dengan tim pejabat (MOF FC) pun terkapus-kapus kita mau menang. Yang datang menonton malam itu tahu sangat bagaiamana Sabah 'struggle' dalam game itu. Seolah-olah menonton perlawanan dalam liga FAM. Itu realitinya yang admin lihat dengan mata admin sendiri. Maruah!!! Itu yang menjadi keutamaan malam ini. Kemenangan yang sekurang-kurangnya menimbulkan kembali rasa 'hormat' pasukan lain terhadap pasukan kita. Kemenangan yang setidak-tidaknya mampu mengembalikan rasa 'gentar' pihak lawan. Kemenangan yang akan menjadi titik kepada menoktahkan kekalahan demi kekalahan dan akan menjadi titik kepada permulaan baru kepada perjalanan yang masih panjang. Malaysia Cup rasanya goodbye sudah...promotion kini misi mustahil..top 4 masih dalam radar...dan malam ini...road to FA CUP!!!!! Ndak mustahil bah!!

Come on Rhinos!!! Walaupun dengan tandukmu yang patah, kau tatappp meraduuu!!!
Pastikan ATM malam ini OUT OF SERVICE!!! Padassss bah!!

Cerita Admin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...