9 Apr 2016

Laporan penuh perlawanan Sabah vs Sime Darby

Laporan dan sorotan penuh perlawanan Sabah vs Sime Darby 8/4/2016

Keputusan Perlawanan:

SABAH (1)
Dedi Kusnandar 76'

SIME DARBY (0)

Analisis Perlawanan:
Sabah - Sime Darby
Penguasaan bola: 48% - 52%
Jumlah percubaan: 5 - 4
Percubaan tepat / tersasar: 4/1 - 1/3
Tendangan sudut: 8 - 2
Offsaid: 4 - 0
Kad Kuning: 2 - 3

Sorotan perlawanan:
1' - Sepak mula oleh pasukan Sime Darby. Asakan awal pasukan Sabah menghasilkan dua tendangan sudut.
2' - Percubaan Syed Sobri dari luar kotak penalti tersasar tinggi dari gawang Sabah.
19' - Ummareng Bacok berjaya lepas dari sebelah kiri dan membuat hantaran silang namun Alto sedikit lambat membuat tampanan.
30' - Percubaan terus Syed Sobri dari sepakan percuma luar kotak penalti terus ke dakapan Rozaimie Rohim.
34' - Lorongan trough pass cantik dari Marco Tulio untuk Ummareng ke dalam kotak penalti. Ummareng bagaimanapun terjatuh walaupun berpeluang untuk melakukan percubaan ke arah pintu gol.
45+2 - Tamat separuh masa pertama. Sabah 0 - Sime Darby.

45' - Sepak mula separuh masa kedua oleh Sabah.
48' - Sepakan percuma yang diambil oleh Dedi Kusnandar dari hujung sudut kotak penalti hanya sedikit sipi melepasi tiang gol Sime Darby.
50' - Mohd Rafizi yang berjaya lolos di sebelah kanan dan melepaskan rembatan dari luar kotak penalti namun tersasar.
55' - Igor Cerina melakukan tandukan hasil dari sepakan percuma Marco Tulio namun berjaya ditepis Mohd Redzuan.
59' - Mohd Faizal Aziz melakukan percubaan dari dalam kotak penalti tetapi tersasar.
66' - Percubaan kurang sempurna dari luar kotak penalti oleh Azzizan Nordin hampir memerangkap Mohd Redzuan yang menepis bola lambung tersebut di atas palang.
76' - GOLLLLL Sabah!!!! Dedi Kusnandar bijak mencari ruang sebelum menanduk masuk bola dari sepakan sudut oleh Marco Tulio. Sabah 1-0 Sime Darby.
90+2' - Leopold Alfonso yang bijak mengambil peluang hasil dari kesilapan pertahanan Sime Darby sebelum melakukan satu rembatan voli yang kencang namun hanya menggegar palang.
90+4' - Perlawanan tamat. Sabah 1- 0 Sime Darby.

5 Apr 2016

Kemenangan pertama!!!

Liga Perdana Malaysia: Keputusan perlawanan ATM vs Sabah 4 April 2016

Keputusan penuh:
Isnin, 04/04/2016
Std. Tunku Abd Razak, Jengka

ATM (1)
Venice Delphi Kaya pen. 45'

SABAH (3)
Marco Tulio Lopes 35'
Leopold Alfonso Otong 57'
Dedi Kusnandar 78'

Sabah mencatat kemenangan pertama dalam kempen Liga Perdana musim ini selepas membenam Angkatan Tentera Malaysia 3-1 di Std Tun Abd Razak, Jengka, Pahang kelmarin. Kemenangan tersebut juga mengakhiri rentetan 14 perlawanan tanpa kemenangan dalam saingan Liga Perdana sejak dari musim lalu.

Walaupun bermain tanpa empat pemain utama akibat kecederaan dan penggantungan, Sabah tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan pasukan tercorot liga, ATM buat kali kedua selepas menewaskan pasukan sama 2-1 dalam saingan Piala FA lalu.

Marco Tulio yang kembali ke kesebelasan utama selepas tersisih beberapa perlawanan sebelum ini akibat kecederaan memberi Sabah pendahuluan di minit ke 35. Namun, ATM berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat perlawanan separuh masa pertama menerusi kapten pasukan, Venice Danny Kaya yang menyempurnakan sepakan penalti.

Bersambung di separuh masa kedua, Leopold Alfonso Otong kembali meletakkan Sabah di depan di minit ke 57 menerusi gerakan solo yang menarik menewaskan tiga pemain lawan. Dedi Kusnandar mengukuhkan kedudukan Sabah dengan gol ketiga di minit ke 78 selepas menyudahkan hantaran Marco Tulio dalam kotak penalti.

Walaupun berjaya mengutip tiga mata penuh, kedudukan Sabah di tempat ke-11 dalam carta liga tidak berubah selepas enam perlawanan dengan mengumpul 4 mata dari satu kemenangan, seri sekali dan empat kekalahan.

Sabah akan meneruskan aksi Liga Perdana dalam perlawanan ketujuh menentang satu lagi pasukan dikelompok bawahan liga Sime Darby di Stadium Likas pada Jumaat, 8 April depan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...