24 Jun 2013

Keputusan penuh Johor vs Sabah 24 Jun 2013

Liga Premier Malaysia: Johor vs Sabah | Keputusan penuh Johor vs Sabah 24/6/13

Keputusan penuh:

JOHOR (6)
Andrian Gallegos 5', 64'
Izzuan Jarudin 37'
Khairul Azhar Eidros 45'
Ashadi Mohd Yusof 81'
Rashid Aya 90+2'

VS

SABAH (1)
Koh Traore 24'

Sabah melakar kekalahan terbesar musim ini selepas diaibkan 1-6 di Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang ditangan pasukan Johor malam tadi. 

Menempuh perjalanan jauh selepas menang 5-3 keatas pasukan PDRM Jumaat lalu, Sabah bagaikan 'longlai' menahan asakan dari pasukan tuan rumah yang garang melakar tiga gol dalam setiap babak.

Pemain import, Andrian Gellagos meletakkan pasukan tuan rumah seawal minit ke-5 menewaskan penjaga gol Sabah, Syamsuri Mustafa. 

Sabah menyamakan kedudukan di minit ke-24 menerusi Koh Traore yang bijak menyambar bola hantaran ke belakang oleh Izzuan Jarudin kepada penjaga gol sebelum melepaskan sepakan ke dalam gawang gol.

Izzuan bagaimanapun menebus kesilapannya apabila menjaringkan gol pada minit ke 37 untuk meletakkan Johor kembali didepan.

Ketika perlawanan menuju wisel penamat separuh masa kedua, Khairul Azhar Eidros menyumbat gol ketiga Johor selepas mendapat umpanan dari Rashid Aya untuk Johor selesa mendahului 3-1 di babak pertama.

Pasukan Sabah terus tenggelam di separuh masa kedua dengan Johor terus menambah jaringan menerusi Gellagos yang membuat sepakan susulan selepas sepakan penaltinya ditampan Syamsuri Mustafa di minit ke 64.

Pemain gantian, Ashadi Mohd Yusof menambah gol ke-5 pasukan Johor menerusi sepakan lencong di minit ke-81 sebelum Rashid Aya melengkapkan pesta gol Johor di masa kecederaan.

Walaupun tewas, Sabah kekal di tangga ke-5 liga dengan 30 mata hasil 9 kemenangan, 3 seri dan kalah 9 kali. Kekalahan pasukan PDRM 2-3 ditangan pasukan Perlis pada perlawanan yang berlangsung disebelah petang tadi membolehkan Sabah menempah satu dari dua slot playoff Piala Malaysia. Satu slot lagi akan menjadi rebutan antara KL Pos (27 mata) dan PDRM (25 mata).

Dengan baki satu perlawanan sebelum tirai Liga Perdana 2013 berlabuh, Sarawak sudahpun bergelar juara selepas membenam Kuala Lumpur 4-0 untuk mengungguli carta liga dengan 55 mata, 4 mata di depan pasukan tangga kedua Sime Darby.

Pasukan Kuala Lumpur dan NS Betaria pula sudah pasti tersingkir ke Liga FAM musim depan selepas menghuni dua tangga tercorot liga.

Sabah akan menamatkan liga musim ini bertemu dengan juara liga, Sarawak di Stadium Likas pada 5 Julai depan.

Sumber info:
Laman Facebook - JohorFC.com

21 Jun 2013

Keputusan Liga Premier: Sabah vs PDRM 21 Jun 2013

Keputusan penuh Sabah vs PDRM | Sabah vs PDRM 5-3

Keputusan:

SABAH (5)
Koh Traore 11', 32', 36', 57',81'

VS

PDRM (3)
Kaye Edrisar 21'
Khairul Izuan 41'
Khairul Amar 60'


Walaupun tanpa khidmat jurulatih David McCreery, rentak permainan Sabah nampaknya tidak terjejas dengan lakaran kemenangan 5-3 ke atas PDRM petang tadi di Stadium Likas.

Penyerang import, Koh Traore meneruskan aksi luarbiasanya dengan meledak kesemua lima gol  buat pasukan Sabah dengan melakar hatrik di separuh masa pertama sebelum menambah dua lagi gol di separuh masa kedua.

Traore memulakan pesta golnya di minit ke 11 apabila mudah menolak masuk hantaran lintang Zainizam Marjan. Bagimanapun PDRM menyamakan kedudukan menerusi gerakan solo Kaye Edrisar di minit ke 21.

Traore kembali meletakkan Sabah di depan pada minit ke 32 menerusi umpanan Alto Linus sebelum menyempurna hatriknya selang empat minit kemudian untuk Sabah selesa mendahului 3-1. Namun, PDRM merapatkan jurang empat minit sebelum separuh masa pertama berakhir menerusi Khairul Izuan yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol Sabah, Sharil Shari.

Gerakan dari pemain sayap lincah, Alto Linus sekali lagi membuah hasil apabila umpanannya mudah ditolak masuk oleh Traore untuk gol ke-empat di minit ke 57 namun PDRM kembali merapatkan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Khairul Amar.

Traore kemudiannya memastikan kemenangan mutlak buat Sabah apabila menjaringkan gol ke-lima pada minit ke 81 untuk menutup terus peluang PDRM untuk sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri.

Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan Sabah di tangga ke-5 liga dengan 30 mata hasil 9 kemenangan, tiga seri dan kalah 8 kali.

Dengan liga berbaki dua perlawanan lagi, peluang Sabah untuk menempah satu dari dua slot playoff Piala Malaysia semakin cerah walaupun dua pasukan pesaing, Pos Malaysia (26 mata) dan PDRM (25 mata) masih mampu mengejar.

Perlawanan Sabah seterusnya adalah menentang Johor pada Isnin, 24 Jun di tempat lawan.
STRIKER Koh Traore starred for Sabah as his goals beat Police 5-3 in the Premier League match at the Likas Stadium today.
The foreign import grabbed a first half hattrick – his fourth of a remarkable debut season – before two more goals secured the much needed three points for the Sabahawks.
The Malian forward started the goals galore in the 11th minute when he slotted home from a Zainizam Marjan’s cross.
Police’s Kaye Edrisar equalised with a fine individual goal in the 21st minute but Traore restored the lead in the 32nd minute with an assist from Alto Linus.
Traore made it 3-1 when he completed his hattrick four minutes later, but Khairul Izuan gave the Cops hope by pulling a goal back four minutes before the break.
Sabah continued to dominate in the second half and the Traore-Alto combination worked to perfection again in the 57th minute when Traore tucked home from close range from the winger’s pass.
The visitors fought back with goal from Khairul Amar in the 60th minute but a fifth from Traore on 80th minutes killed off any hope for Police to at least snatch a draw.
The victory moved Sabah to 30 points and remained fifth in the 12-team table.
Sabah are closer to the Malaysia Cup play-off slot, although KL Pos Malaysia (26 points) and Police (25 points) are still in with a chance with two games remaining.
The Sabahawks will take on Johor away in their next game on June 24.
- See more at: http://www.sports247.my/2013/06/traore-is-sabahs-shining-star/#sthash.ywbvUtlE.dpuf

Keputusan dan carta Liga Perdana Malaysia 2013 terkini

Carta Liga Perdana Malaysia | Keputusan semua perlawanan Liga Perdana Malaysia | Malaysia Premier League 2013

Carta Liga Perdana 2013 terkini
Sumber: futbol24.com
Jadual dan keputusan semua perlawanan Liga Perdana 2013 terkini
KEPUTUSAN PERLAWANAN
LIGA PERDANA 2013
Perlawanan 20: 21/6/13 -Jumaat
SABAH 5-3 PDRM
SIME DARBY 2-1 KEDAH
KL SPA 0-1 UiTM FC
PERLIS 1-3 KL POS
NS BETARIA 3-2 KUALA LUMPUR
JOHOR 1-2 SARAWAK
Perlawanan 19: 21/5/13 -Selasa
SABAH 3-1 KUALA LUMPUR
PERLIS 4-0 NS BETARIA
JOHOR 1-0 KEDAH
PDRM 0-0 UiTM FC
KL SPA 1-0 SIME DARBY
KL POS 0-3 SARAWAK
Perlawanan 18: 17/5/13 -Jumaat
KL POS 1-0 SABAH
UiTM FC 2-0 PERLIS
KEDAH 2-1 KL SPA
KUALA LUMPUR 0-5 SIME DARBY
PDRM 2-3 JOHOR
SARAWAK 7-0 NS BETARIA
Perlawanan 17: 13/5/13 - Isnin
SABAH 3-1 UiTM FC
PERLIS 0-1 KEDAH
JOHOR 1-1 KL POS
SIME DARBY 2-0 NS BETARIA
KL SPA 1-3 KUALA LUMPUR
PDRM 1-3 SARAWAK
Perlawanan 16: 10/5/13 - Jumaat
KEDAH 3-2 SABAH
KL POS 0-1 PDRM
UiTM FC 2-2 JOHOR
KUALA LUMPUR 0-2 PERLIS
NS BETARIA 0-2 KL SPA
SARAWAK 1-0 SIME DARBY
Perlawanan 15: 3/5/13 - Jumaat
NS BETARIA 1-4 SABAH
UiTM FC 1-1 KL POS
KEDAH post PDRM
KUALA LUMPUR 1-3 JOHOR
SIME DARBY 4-1 PERLIS
SARAWAK 2-1 KL SPA
Perlawanan 14: 26/4/13 - Jumaat
SABAH 1-5 SIME DARBY
JOHOR 5-0 NS BETARIA
PDRM 4-1 KUALA LUMPURP
PERLIS 1-1 KL SPA
KL POS 1-5 KEDAH
UiTM FC 3-5 SARAWAK
Perlawanan 13: 19/4/13 - Jumaat
KL SPA 2-4 SABAH
KEDAH 1-1 UiTM FC
NS BETARIA 1-3 PDRM
KUALA LUMPUR 0-3 KL POS
SIME DARBY 1-0 JOHOR
SARAWAK 2-0 PERLIS
Perlawanan 12: 12/4/13 - Jumaat
SABAH 3-2 PERLIS
KEDAH 1-1 SARAWAK
JOHOR 5-1 KL SPA
UiTM FC 3-1 KUALA LUMPUR
KL POS 4-0 NS BETARIA
PDRM 0-2 SIME DARBY
Perlawanan 11: 29/3/13 - Jumaat
PERLIS 1-1 SABAH
SARAWAK 1-0 KEDAH
KUALA LUMPUR 2-1 UiTM FC
NS BETARIA 1-1 KL POS
KL SPA 1-3 JOHOR
SIME DARBY 3-2 PDRM
Perlawanan 10: 8/3/13 - Jumaat
SARAWAK 0-0 SABAH
JOHOR 6-1 PERLIS
PDRM 3-3 KL SPA
KL POS 1-1 SIME DARBY
UiTM FC 2-1 NS BETARIA
KEDAH 3-0 KUALA LUMPUR
Perlawanan 9: 1/3/13 - Jumaat
SABAH 3-2 JOHOR
NS BETARIA 0-0 KEDAH
SIME DARBY 2-0 UiTM FC
KL SPA 1-0 KL POS
PERLIS 3-1 PDRM
KUALA LUMPUR 0-1 SARAWAK
Perlawanan 8: 22/2/13 - Jumaat
PDRM 3-3 SABAH
SARAWAK 3-2 JOHOR
KL POS 0-1 PERLIS
UiTM FC 1-2 KL SPA
KEDAH 1-2 SIME DARBY
KUALA LUMPUR 2-2 NS BETARIA
Perlawanan 7: 18/2/13 - Isnin
SABAH 1-2 KL POS
PERLIS 1-1 UiTM FC
KL SPA 1-2 KEDAH
JOHOR 2-1 PDRM
SIME DARBY 5-1 KUALA LUMPUR
NS BETARIA 0-1 SARAWAK
Perlawanan 6: 15/2/13 - Jumaat
UiTM FC 2-0 SABAH
SARAWAK 1-0 PDRM
KL POS 0-2 JOHOR
KEDAH 1-2 PERLIS
KUALA LUMPUR 0-0 KL SPA
NS BETARIA 0-6 SIME DARBY
Perlawanan 5: 21/1/13 - Isnin
SABAH 0-2 KEDAH
JOHOR 2-0 UiTM FC
PDRM 1-1 KL POS
KL SPA 2-3 NS BETARIA
SIME DARBY 0-0 SARAWAK
PERLIS 0-1 KUALA LUMPUR
Perlawanan 4: 18/1/13 - Jumaat
KUALA LUMPUR 3-2 SABAH
NS BETARIA 1-1 PERLIS
SARAWAK 2-0 KL POS
KEDAH 2-1 JOHOR
SIME DARBY 2-1 KL SPA
UiTM FC 0-2 PDRM
Perlawanan 3: 14/1/13 - Isnin
SABAH 2-0 NS BETARIA
PDRM 2-0 KEDAH
PERLIS 0-2 SIME DARBY
KL SPA 1-1 SARAWAK
JOHOR 5-1 KUALA LUMPUR
KL POS 1-0 UiTM FC
Perlawanan 2: 11/1/13 - Jumaat
SIME DARBY 3-1 SABAH
NS BETARIA 0-2 JOHOR
KEDAH 1-0 KL POS
KUALA LUMPUR 0-4 PDRM
KL SPA 4-2 PERLIS
SARAWAK 5-0 UiTM FC
Perlawanan 1: 7/1/13 - Isnin
SABAH 2-1 KL SPA
JOHOR 0-0 SIME DARBY
KL POS 3-2 KUALA LUMPUR
PDRM 5-0 NS BETARIA
UiTM FC 0-2 KEDAH
PERLIS 1-2 SARAWAK

21 Mei 2013

Liga Premier Sabah vs Kuala Lumpur 21 Mei 2013

Keputusan penuh Liga Perdana Sabah vs Kuala Lumpur 21/5/13

Keputusan penuh:

Sabah (3)
Koh Traore 22', 84', 90'

VS

Kuala Lumpur (1)
Khairul Anuar Shafie 30'


Koh Traore meledakkan hatrik dalam perlawanan Liga Premier untuk membantu Sabah menewaskan pasukan Kuala Lumpur 3-1 petang tadi di Std Likas, Kota Kinabalu. Ini adalah hatrik ketiga Traore musim ini selepas melakukannya ketika menentang pasukan PDRM dan NS Betaria sebelum ini.

Traore membuka jaringan melalui tandukan pada minit ke 22 namun Kuala Lumpur membalas menerusi Khairul Anuar Shafie diminit ke 30.

Traore yang memiliki sekurang-kurangnya lima peluang untuk meletakkan Sabah didepan termasuk dua dari jarak dekat. Lebih malang, jaringan Traore pada minit ke 83 dibatalkan selepas bola dikesan terkena tangan. Namun Traore menebus kegagalannya seminit kemudian dengan menolak masuk bola selepas berlaku kekalutan didepan gawang.

Traore melengkapkan hatriknya di minit ke 90 untuk menghadiahkan kemenangan selesa buat pasukan Sabah ke atas Kuala Lumpur.

Kemenangan ini melonjakkan kedudukan Sabah ke tangga ke 5 liga mengatasi pasukan PDRM yang hanya seri menentang UiTM petang tadi. Sabah kini mengumpul 27 mata hasil dari lapan kemenangan, tiga seri dan lapan kekalahan iaitu dua mata mengatasi pasukan PDRM. Namun, pasukan PDRM memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding pasukan Sabah.

Aksi Liga Premier akan berehat selama sebulan dan akan bersambung pada 21 Jun depan dimana Sabah akan melayan kunjungan pasukan PDRM di Likas.

Sementara itu, pasukan Sarawak mengutip tiga mata penuh petang tadi menewaskan KL Pos 3-0 sekaligus mengesahkan tempat ke Liga Super musim depan walaupun perlawanan berbaki tiga perlawanan untuk ditamatkan.

Lain-lain keputusan Liga Premier 21 Mei 2013:
KL Pos 0-3 Sarawak
Johor 1-0 Kedah
PDRM 0-0 UITM
Perlis 4-0 NS Betaria
KL SPA 1-0 Sime Darby

14 Mei 2013

Safi stars in Sabah win

Highlights Sabah vs UiTM FC
Third goal...Safi

MIDFIELD maestro Safi Abdul Fatah scored for the third successive game as Sabah beat UiTM FC 3-1 at the Likas Stadium today.

Safi made the game save when he netted Sabah’s third just before the break after Zainizam Marjan had set him up nicely inside the box.

The goal was Safi’s third in four starts since signing for Sabah during the second transfer window. Earlier, the French-born Moroccan also started the move that led to Sabah’s first goal after just 32 seconds on the clock.

Mohd Fazilidin Khalid hammered the ball into the net with Zainizam applying the final pass in a breathtaking team move.

Sabah’s bright start to the match were further rewarded when Shahruddin Yakup made it 2-0 with a screamer after receiving a short pass from team captain Shahrul Azhar Ture in the 25th minutes.

Hopes were high that the Sabah could add to their tally, but UiTM had other ideas as they showed greater determination in the second half.

The visitors looked dangerous with three chances but only one went in courtesy of Afiff Ashraf’s shot from tight angle in the 77th minute.

The victory saw Sabah collect 24 points to remain in sixth position with seven wins, three draws and seven defeats.

With promotion a lost battle, Sabah’s only realistic target is to secure a place in the Malaysia Cup.

Sabah will be away to KL Pos Malaysia on May 17.

News & pic source:
sports247.my

13 Mei 2013

Keputusan Liga Premier: Sabah vs UiTM FC 13 Mei 2013

Keputusan penuh Sabah vs UiTM FC 3-1 /5/13

Keputusan penuh:

SABAH (3)
Fazilidin Khalid 1'
Shahrudin Yakup 25'
Safi Abdelfatah 45'

VS

UiTM FC (1)
Afiff Ashraf 77'


11 Mei 2013

Keputusan Liga Premier: Kedah vs Sabah 3-2 10 Mei 2013

Liga Premier 2013: Keputusan penuh Kedah vs Sabah 10/5/13

Keputusan penuh:

Kedah (3)
Alen Guc 8', pen. 80', Akhmal Rizal Rakhli 37'

vs

Sabah (2)
Koh Traore 57', Safi Abdelfatah 59'

Pengadil 'rampas' satu mata Sabah...


Sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil perlawanan pada penghujung perlawanan menafikan satu mata buat Sabah dalam perlawanan Liga Premier menentang Kedah malam tadi di Stadium Darulaman, Alor Setar. 

Ketinggalan 2-0 selepas babak pertama, Sabah bangkit dengan dua gol pantas di separuh masa kedua untuk membuka semula perlawanan sebelum pengadil dilihat 'kurang bijak' menghadiahkan sepakan penalti di minit ke 80 perlawanan untuk disudahkan oleh Alen Guc sekaligus menafikan satu mata buat pasukan Sabah.
Aksi Safi Abdelfatah - gambar oleh Hijaukuning.Com
Dalam perlawanan itu, Kedah membuka jaringan pembukaan pada minit ke 8 menerusi Alen Guc yang mudah menolak masuk menewaskan Sharil Saari dalam situasi satu lawan satu selepas mendapat umpanan cantik dari Baddrol Bakhtiar.

Akmal Rizal kemudiannya menggandakan jaringan pasukan tuan rumah pada minit ke 37 menerusi satu gerakan solo dari kawasan tengah padang menewaskan empat pemain Sabah dan juga penjaga gol sebelum mudah menolak masuk ke gawang yang terbuka.

Separuh masa pertama tamat dengan Kedah selesa mendahului 2-0.

Bersambung di babak kedua, Kedah dilihat memperlahankan rentak permainan mereka dan Sabah pula dilihat semakin agresif dalam melakukan serangan. 

Sabah merapatkan kedudukan menerusi Koh Traore yang berjaya melepasi perangkap offside untuk menyudahkan hantaran Safi Abdelfatah di minit ke 57. Selang dua minit kemudian, Sabah memperoleh gol kedua menerusi satu gerakan menarik dari pemain-pemain Sabah. Bermula dari Alto Linus yang bijak melarikan bola dari bahagian kiri sebelum melakukan hantaran silang tepat kepada Traore yang kemudiannya mengumpan bola kepada Safi yang mudah merembat masuk ke gawang gol.

Nasib tidak memihak buat pasukan Sabah apabila pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti yang dilihat 'meragukan' selepas Hardy Charles Parsi dipersalahkan membentes Khyril Muhymeen dalam kotak penalti. Pengadil dilihat tidak berada pada kedudukan yang baik untuk melihat insiden itu yang mana Hardy jelas berjaya menyentuh bola terlebih dahulu sebelum Khyril terjatuh.

Alen Guc yang mengambil sepakan penalti itu mudah menewaskan Sharil untuk gol ketiga yang juga gol kemenangan pasukan Kedah diminit ke 80.

Walaupun tewas, Sabah kekal ditangga ke-6 liga dengan mengumpul 21 mata hasil dari 6 kemenangan, 3 kali seri dan tewas 7 perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah pada Isnin, 13 Mei dimana Sabah akan bertemu dengan pasukan UiTM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

-sabahawkians-

26 Apr 2013

Sabah vs KL Sime Darby 1-5 26 April 2013

Liga Premier: Keputusan penuh Sabah vs KL Sime Darby 26/4/13

Keputusan:

SABAH (1)
Alto Linus 85'

VS

KL SIME DARBY (5)
Karlo Primorac 20', 28', 41', 90+2'
Razid Gapar g.s 87'



Statistik perlawanan (Sabah / Sime Darby):
Penguasaan bola (%): 52/48
Jumlah percubaan (tepat): 10(3)/13(5)
Sepakan sudut: 3/6
Offside: 0/5
Kad kuning: 2/2

Highlights perlawanan:
7'- Shahrudin melakukan percubaan dari luar kotak penalti tetapi sedikit keluar di sebelah kiri gawang
9'- Tandukan Fahrul Razi hasil hantaran jauh Fazrul Hazli dalam kotak penalti sedikit melewati palang
12'- Fahrul Razi melakukan percubaan rendah dari luar kotak penalti yang tersasar di sebelah kanan
20'- Gol!!! Karlo Primorac mudah menewaskan Sharil selepas menerima hantaran dari Fazrul Hazli. Sabah 0-1 Sime Darby
22'- Zainizam berjaya melepaskan diri di sebelah kiri namun hantaran dari jarak dekat berjaya dibaca penjaga gol
26'- Tandukan Alto Linus dari sepakan percuma Shahrul tinggi melepasi palang gol
28'- Gol!!! Karlo bijak membawa bola ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Sharil. Sabah 0-2 Sime Darby
32'- Koh Traore melakukan percubaan betul-betul di luar kotak penalti namun sedikit tinggi diatas palang gol
34'- Zainizam berjaya mengelecek dua pemain pertahanan dalam kotak penalti namun percubaannya tidak cukup padu berjaya ditampan penjaga gol sebelum dikeluarkan oleh pertahanan lawan
36'- Traore mencuba lagi dari luar kotak penalti dengan kaki kiri tetapi sekali lagi sedikit tinggi melepasi palang
41'- Gol!!! Hafizulldin gagal menampan bola hantaran jauh Mohd Firdaus dalam kotak penalti sebelum Karlo mencuri bola dan melepaskan sepakan leret menewaskan Sharil. Sabah 0-3 Sime Darby
45'- Percubaan jauh Traore tersasar.
45+1'- Percubaan pemain Sime Darby hasil dari gerakan sepakan sudut tersasar
Tamat separuh masa pertama.

46'- Tandukan Fazrul Hazli dari sepakan sudut mengenai palang sebelum keluar
50'- Koh Traore gagal melakukan sepakan yang kemas dihadapan pintu gol selepas menerima hantaran Alto di sebelah kiri
52'- Tandukan pemain Sime Darby dari sepakan sudut tertampan pemain sendiri walaupun Sharil sudah tertewas
53'- Kapten Sime Darby, Mohd Arif melakukan percubaan rendah di dalam kotak penalti tetapi terkena tiang sebelum keluar
55'- Traore mendapat hantaran jauh dari Shahrul sebelum melepaskan sepakan namun tinggi diatas palang
58'- Zainizam membuat umpanan cantik buat Traore yang melepaskan rembatan voli kencang dalam kotak penalti yang berjaya ditepis penjaga gol
63'- Penyerang Sime Darby berjaya melepasi perangkap off side namun Sharil berjaya menampan bola keluar dari percubaan lemah pemain itu
64'- Karlo mudah mendapat ruang dalam kotak penalti sebelum melepaskan percubaan rendah yang sedikit ditepis Sharil sebelum bola terkena tiang dan keluar
70'- Percubaan leret Azmirul Azmi dari luar mudah diselamatkan Sharil
76'- Percubaan Karlo dari luar kotak penalti diselamatkan Sharil
85'- Gol!!! Alto Linus yang menerima umpanan Traore melakukan sepakan rendah dari sebelah kiri menewaskan penjaga gol lawan. Sabah 1-3 Sime Darby
87'- Gol!!! Karlo melepasi perangkap offside sebelum berdepan dengan Sharil. Percubaan pertamanya ditampan Sharil namun percubaan keduanya dari sudut sukar terkena tiang sebelum Razid tertolak bola masuk ke gawang. Sabah 1-4 Sime Darby
90+2'- Gol!!! Bermula dari kesilapan Hardy yang gagal menghantar bola dengan kemas, Syukur Saidin melarikan bola sebelum menghantar kepada Karlo yang tidak dikawal dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan yang mudah menewaskan Sharil. Sabah 1-5 Sime Darby
90+3'- Tamat perlawanan. Sabah 1-5 Sime Darby

Kesebelasan Sabah:
Sharil Sa'ari (GK), Hardy Charles Parsi (capt), Mohd. Hafizulldin (Razid Gapar 73'), Julamri Muhd, Shahrul Azhar Ture, Radzi Husin, Abdelfatah Safi, Shahrudin Yakup (Khairul Izwan 88'), Alto Linus, Zainizam Marjan dan Koh Traore

Kad kuning: Shahrudin Yakup 51', Zainizam Marjan 54'

Menjelang perlawanan Sabah vs Sime Darby - Misi besar Sabah di Likas

Liga Premier: Sabah vs KL Sime Darby 26 April 2013

Misi besar Sabah di Likas

Misi besar menanti Sabah di Stadium Likas petang ini apabila bertemu dengan pasukan pendahulu liga, KL Sime Darby. Selepas mencatat dua kemenangan 'back-to-back' ke atas Perlis dan KL SPA dalam dua perlawanan terakhir, Sabah pastinya ingin meneruskan rentak kemenangan bagi terus mengukuhkan kedudukan mereka di carta liga.

Lawan mereka petang ini adalah pasukan yang bukan calang-calang kerana belum lagi tewas selepas 13 perlawanan liga musim ini. Prestasi pasukan lawan dilihat 'menggerunkan' dengan 10 kemenangan, 3 seri, tanpa kekalahan dan berada 15 mata mendahului pasukan Sabah. Mereka juga mencatatkan 29 jaringan dan hanya bolos 7, ternyata satu jurang kelebihan yang besar berbanding Sabah. Namun, itu bukanlah ukuran sebenar kepada peluang kedua-dua pasukan di atas padang pada petang ini kerana pasukan Sabah juga tidak kurang hebatnya selepas melakar 6 perlawanan berturut-turut tanpa kalah.

Misi utama pasukan Sabah pastinya untuk memungut tiga mata penuh sekaligus menebus dendam tewas kepada pasukan sama 1-3 di pusingan pertama di tempat lawan. Namun, ianya akan menjadi lebih manis lagi kiranya Sabah akan menjadi pasukan yang meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu liga ini.
 
Pemain import baru....Abdelfatah Safi
Skuad Sabah pastinya dalam 'mood' yang terbaik selepas menerima kehadiran pemain baru dalam skuad mereka iaitu pemain import baru, Abdelfatah Safi yang menggantikan Rhys David Weston. Dikhabarkan bahawa Safi akan melakukan penampilan pertama dalam perlawanan petang ini. Jika benar, bekas pemain Kedah musim 2012 ini akan memperkuatkan bahagian tengah pasukan Sabah yang dilihat bahagian yang paling bermasalah musim ini.

Koh Traore pastinya akan terus menjadi tumpuan lagi selepas melakar 10 jaringan dalam 6 perlawanan terakhir. Pertembungan dua penyerang import yang kini bersaing sebagai penjaring terbanyak liga iaitu Traore dan Karlo Primorac akan menjadikan perlawanan ini menarik untuk disaksikan.

Kepada para peminat dan penyokong Sabah...ayuh kita gegarkan Likas petang ini!!!
Semoga berjaya Sabah!!!

20 Apr 2013

Keputusan penuh KL SPA vs Sabah 19 April 2013

Liga Premier: Keputusan penuh KL SPA vs Sabah 2-4 19/4/13

Keputusan:

KL SPA (2)
Mohd. Norhafizzuan 23'
Mohd. Asyidi Asyar 75'

VS

SABAH (4)
Koh Traore 3', 73'
Shahrudin Yakup 36'
Zainizam Marjan 52'

Sabah catat kemenangan berganda

Sabah meneruskan rentak cemerlang mereka dalam kempen Liga Premier dengan mencatat kemenangan ke-5 mereka selepas menewaskan pasukan KL SPA Putrajaya 4-2 di Stadium UiTM, Shah Alam petang kelmarin. Lebih manis, ini adalah kemenangan pertama Sabah di tempat lawan musim ini dan juga yang pertama selepas kali terakhir melakukannya ketika menewaskan Johor dalam saingan Piala Malaysia musim 2011.

Penyerang berbisa Sabah, Koh Traore meneruskan ledakan berbisanya apabila menyumbat dua gol dalam perlawanan ini dengan pemain sayap, Shahrudin Yakup dan penyerang veteran, Zainizam Marjan masing-masing menyumbang satu gol.

Traore yang dikritik hebat di awal musim kini mengumpul 12 gol dalam semua pertandingan dengan 10 daripada gol tersebut dihasilkan dalam 6 perlawanan terakhir.

Sabah bermula garang apabila mendahului seawal minit ke 3 menerusi Traore sebelum SPA menyamakan kedudukan diminit ke 23. Shahrudin bagaimanapun kembali meletakkan Sabah di depan pada minit ke 36 untuk Sabah mendahului 2-1 di separuh masa pertama.

Bersambung di babak kedua, Sabah tidak menunggu lama untuk menggandakan jaringan dan kali ini menerusi Zainizam Marjan pada minit ke 52 yang juga gol pertamanya musim ini.

Traore menambah derita pasukan tuan rumah dengan gol keempat di minit ke 73 sebelum SPA merapatkan jurang dua minit kemudian menerusi Asyidi Asyar.

Aksi hebat Sabah bagaimanapun dicacatkan dengan layangan kad merah ke atas pemain pertahanan, Shahril Faizal diminit ke 77 selepas mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan itu. Walaupun bermain 10 pemain, Sabah kebal menyerap serangan pasukan lawan hingga ke wisel penamat untuk menang dengan jaringan 4-2.

Kemenangan ini bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Sabah dalam carta liga di tangga ke 7 selepas dua lagi pesaing terdekat KL Pos dan PDRM masing-masing menang untuk mengatasi Sabah menerusi perbezaan jurang gol.

Sabah kini mengutip 18 mata hasil dari 5 kemenangan, 3 seri dan 5 kekalahan. Sabah akan menentang pendahulu liga, Sime Darby dalam perlawanan seterusnya pada 26 April di Stadium Likas.

-sabahawkians.blogspot.com-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...