Feb 11, 2014

Tiga mata berharga buat Sabah

Keputusan Liga Premier: Sabah 2-1 Negeri Sembilan 10 Feb 2014

Keputusan penuh:
SABAH (2)
Mohd Ezaidy Khadar 15'
Mohd Farid Ideris 21'

NEGERI SEMBILAN (1)
Jean Effa Owona 11'

Likas, Kota Kinabalu: Sabah mengutip 3 mata berharga dalam saingan Liga Premier dengan kemenangan 2-1 menewaskan pasuka pelawat, Negeri Sembilan di Std. Likas sebentar tadi. Kemenangan ini sekaligus menamatkan rentetan empat kekalahan sebelum ini dan seterusnya membawa keluar pasukan Sabah dari kedudukan terbawah liga.

Bermain di hadapan kira-kira 4,000 penyokong, Sabah dilihat lebih menguasai permainan dengan gerakan-gerakan yang kemas di kawasan padukan pelawat. Namun, Negeri Sembilan terlebih dahulu menguji pintu hol Sabah menerusi tandukan Owona namun tersasar. 

Sabah beberapa kali membuat ancaman di depan pintu gol pelawat melalui hantaran-hantaran silang menarik namun berjaya dipatahkan pertahanan padukan lawan yang dikemudikan pemain berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah.

Negeri Sembilan terlebih dahulu memhuka jaringan di minit ke 11 menerusi Effa Owona yang mendapat umpanan dari sebelah kanan tiang gol Sabah sebelum mudah menolak masuk selepas bijak memperdayakan dua pemain Sabah dalam kotak penalti.

Sabah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila pemain sayap, Mohd Ezaidy Khadar menyambut hantaran silang Isma Alif dengan sepakan leret menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan di minit ke 15.

Gol itu bagaikan menyemarakkan lagi serangan pasukan Sabah dan hasilnya di minit ke 21,Sabah di depan menerusi jaringan Farid Ideris. Gol berpunca dari gerakan menarik oleh Marwan Sayedeh yang bijak melepasi perangkap offside untuk menyambut hantaran trough pass menarik dari Mitrovic sebelum membuat hantaran silang yang disudahkan dengan baik oleh Farid Ideris.

Mendahului 2-1, Sabah terus menguasai permainan dengan hantaran-hantaran kemas dengan pasukan pelawat sekali sekala mengancam kubu Sabah melalui serangan balas. Tamat separuh masa pertama, Sabah di depan dengan jaringan 2-1.

Bersambung di babak kedua, permainan dilihat lebih seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Peluang terbaik pasukan Negeri Sembilan hadir di pertengahan babak kedua menerusi rembatan Kim Jin Ryong namun diselamatkam oleh Irwan Jamil.

Penyerang import, Marwan Sayedeh hampir menambah jaringan buat Sabah di minit ke 65 apabila bijak melambungkan bola melepasi penjaga gol yang keluar dari posisinya namun sempat dikeluarkan oleh pertahanan lawan sebelum bola masuk ke gawang.

Penghujung permainan memperlihatkan penguasaan oleh pasukan pelawat namun benteng pertahanan Sabah kebal menyerap serangan tersebut. Marwan sekali lagi dihidangkan peluang di minit terakhir perlawanan namun rembatannya sedikit melepasi palang gol.

Tamat perlawanan, Sabah menang 2-1 mengatasi Negeri Sembilan. Kemenangan ini membawa Sabah naik satu tangga ke kedudukan ke-10 dengan 3 mata selepas 4 perlawanan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...