8 Mac 2020

Statistik perlawanan Sabah vs Felda United CIMB Liga Super 2020

Statistik perlawanan Sabah vs Felda United | Cimb Liga Super Malaysia

Keputusan Penuh Perlawanan #Minggu ke-2:

Sabtu, 7 Mac 2020, 8.15 malam
Stadium Likas, Kota Kinabalu

SABAH (3)
Rodoljub Paunovic 12'
Park Tae Su 39'
Maxsius Musa 78'

VS

FELDA UNITED (1)
Khairul Amri 74'



Statistik perlawanan

Sabah : Felda United
Penguasaan Bola : 44% - 56%
Percubaan (tepat) : 8(5) - 5(3)
Sepakan Penjuru : 8 - 1
Offside : 3 - 2
Kekasaran : 18 - 14
Kad Kuning : 3 - 2
Kad Merah : 0 - 0

Senarai Kesebelasan Pemain

Sabah :
1-Wan Azraie (GK), 3-Rawilson Batuil (Kapten), 6-Park Tae Su, 15-Randy Baruh, 16-Zubir Azmi, 19-Ummareng Bacok, 8-Azzizan Nordin, 10-Petrus Shitembi, 9-Kassy Gnabouyou, 20-Rodoljub Paunovic

Simpanan:
30-Rozaimie Rohim, 2-Mafry Balang, 11-Alto Linus, 13-Hamran Peter, 14-Jenius Karib, 21-Maxsius Musa, 25-Evan Wensley

Felda United :
1-Muhaimin Mohd (GK), 2-Azarul Nazarith, 6-Faiz Mazlan, 20-Ezanie Mat Salleh, 30-Haziq Fuad, 21-Jasazrin Jamaluddin, 27-Ariff Farhan, 7-Frederic Bulot, 9-Ryutari Megumi, 10-Nicolas Velez, 19-Khairul Amri

Simpanan:
24-Syah Fadil, 3-Tasnim Fitri, 4-Fadhil Idris, 13-Zul Fahmi Awang, 17-Azmizi Azmi, 23-Haiqal Azahar, 33-Nikola Raspopovic

#Sumber statistik perlawanan: www.stadiumastro.com

2 Mac 2020

Keputusan penuh perlawanan PDRM vs Sabah Liga Super Malaysia

Keputusan penuh perlawanan PDRM vs Sabah 1 Mac 2020 | Liga Super Malaysia minggu #1

PDRM (0)
vs
SABAH (0)

9.00 malam, 1 Mac 2020
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras

Sabah memulakan saingan Liga Super 2020 dengan satu catatan yang boleh dianggap sebagai positif dengan mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang satu lagi pasukan pendatang baru Liga Super iaitu PDRM di Stadium Bola Sepak Cheras malam tadi.

Petrus Shitembi dalam aksi menentang PDRM. Foto dari FB PDRM FA.

Perlawanan antara dua pasukan 'underdog' dalam saingan Liga Super musim ini menyaksikan pasukan pelawat, Sabah lebih banyak menguasai bola hasil gandingan mantap pemain tengah, Petrus Shitembi dan Azizzan Nordin. Sabah terlebih dahulu mengancam gawang lawan di minit ke-11 menerusi percubaan Alto Linus dari luar kotak penalti hasil umpanan ke belakang dari Petrus, namun sepakannya tersasar.

PDRM hampir didepan pada minit ke-27 menerusi satu tandukan hasil daripada sepakan sudut, namun sedikit tersasar di sebelah kanan tiang gol Sabah. Selang lima minit kemudian, PDRM sekali lagi mengancam gawang Sabah menerusi satu rembatan dari luar kotak penalti oleh penyerang import, German Antonio namun berjaya ditangkap kemas penjaga gol Sabah, Wan Azraie.

Sabah diminit ke-35 memiliki peluang terbaik untuk berada di depan menerusi Alto Linus yang mendapat umpanan menarik dari Hector Ramos namun rembatan leret Alto dari sebelah kanan dalam kotak penalti berjaya dihalang penjaga gol PDRM untuk memberikan sepakan sudut.

Di babak kedua, Sabah sekali lagi terlepas peluang keemasan untuk mendapatkan gol pada minit ke-63 menerusi satu hantaran lintang cantik dari Petrus Shitembi tetapi gagal disambar oleh Rodoljub Paunovic. Percubaan susulan dari Alto Linus berjaya dihalang oleh penjaga gol walaupun berada dalam kedudukan terbaik untuk melakukan jaringan.

Minit ke-78, PDRM mengancam gawang Sabah menerusi satu percubaan terus dari sepakan percuma kapten, Mohd. Safiee Ahmad dari jarak 25 meter namun melewati palang. Di penghujung permainan, pemain gantian Sabah, Mohd Azwan Fattah melakukan satu voley dari luar kotak penalti namun sedikit tinggi di atas palang. Tamat perlawanan, PDRM dan Sabah sekadar seri tanpa jaringan.

Kesebelasan Sabah:
Wan Azraie (GK), Randy Baruh, Rawilson Batuil (Kapten), Park Tae Su, Zubir Azmi, Dennis Buschening, Alto Linus, Azizzan Nordin, Petrus Shitembi, Rodoljub Paunovic, Hector Ramos.

Simpanan:
Rozaimie Rohim, Dendy Lowa, Jenius Karib, Ummareng Bacok, Evan Wensley, Mohd Azwan Fattah, Hamran Peter.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...