22 Okt 2013

Piala Musa Aman 2013

Kejohanan Bolasepak Antara Daerah | Musa Aman Cup

Piala Datuk Seri Musa Haji Aman yang dijadualkan akan bermula pada awal November ini akan menampilkan sebanyak 17 pasukan yang mewakili daerah-daerah diseluruh Sabah. Pasukan-pasukan ini telah dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan perlawanan pusingan kelayakan akan bermula pada 1-3 November ini. Pemenang dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Kota Kinabalu bermula 11 hingga 16 November.

Piala Musa Aman akan menjadi satu platform buat pengurusan SAFA untuk mendapatkan bakat-bakat baru yang mungkin boleh diserapkan dalam skuad utama (Liga Perdana) dan skuad liga simpanan (Piala Presiden) bagi musim 2014. Menurut sumber, setiap pasukan diminta mendaftarkan 5 pemain berumur bawah 27 tahun manakala selebihnya 20 pemain berumur diantara 17-21 tahun.

Dikhabarkan beberapa daerah gagal mengemukakan penyertaan mereka sehingga tarikh akhir penutupan penyertaan. Tawau merupakan satu-satunya pasukan yang telah layak ke pusingan akhir selepas dua daerah dalam kumpulan tidak menghantar penyertaan.

Senarai kumpulan untuk pusingan kelayakan:

Kumpulan 1
Tawau - Layak
*Semporna - Tidak menyertai
*Kunak - Tidak menyertai

Kumpulan 2
Lahad Datu
Kinabatangan

Kumpulan 3
Sandakan 
Beluran
*Ranau - Tidak menyertai

Kumpulan 4
Pitas
Kota Marudu
*Kudat - Tidak menyertai

Kumpulan 5
Kota Kinabalu
Kota Belud
*Tuaran - Tidak menyertai

Kumpulan 6
Papar
Putatan
*Penampang - Tidak menyertai

Kumpulan 7
Sipitang
Beaufort
Kuala Penyu

Kumpulan 8
Keningau
Tambunan
Nabawan
*Tenom - Tidak menyertai

16 Okt 2013

Senarai pemain Sabah musim 2013 yang dilepaskan

Senarai pemain Sabah musim 2013 yang dilepaskan | digugurkan | tidak disambung kontrak untuk musim 2014

Dilepaskan...Koh Traore
SAFA dalam kenyataan akhbar telah mengumumkan nama beberapa pemain musim 2013 yang kontrak mereka tidak akan disambung untuk saingan musim 2014. Kontrak pemain sepatutnya tamat pada November ini namun khabarnya beberapa pemain telahpun dimaklumkan lebih awal oleh majikan mereka dan secara tidak rasminya telah dilepaskan daripada skuad Sabah yang kini dibawah kendalian jurulatih baru, Seslija Milomir.

Senarai pemain yang dilepaskan ialah:
1. Mohd. Syamsuri Mustafa - Penjaga gol (import tempatan)
2. Mohd. Hafizulldin Mohd Noor - Pertahanan (import tempatan)
3. Wan Azwari Wan Noor - Pertahanan/Sayap (import tempatan)
4. Wan Mohd Aliff Wan Jasmi - Penyerang (import tempatan)
5. Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin - Pertahanan (import tempatan)
6. Mohd. Fazilidin Khalid - Tengah (import tempatan)
7. Khairul Izwan Khalid - Penyerang (import tempatan)
8. Koh Traore - Penyerang (import)
9. Safi Abdelfateh - Tengah (import)
10. Mohd Farid Saibun -  Pertahanan/Sayap
11. Sumardi Hajalan - Pertahanan
12. Juffrey Omopor - Penyerang
13. Leopold Alfonso Otong - Penyerang
14. Shahrudin Yakup - Sayap
15. Razid Gafar - Pertahanan
16. Mohd Ibnu Kasim - Tengah

Sumber:
New Sabah Times - 15/10/2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...