31 Mac 2012

Sabah possible line-up against Selangor

Adakah ini kesebelasan utama Sabahawks yang akan Justin Ganai turunkan pada malam ini untuk menumbangkan Red Giant???

Kesebelasan pilihan Sabahawkians
Kehadiran semula pemain pertahanan kental dan ketua pasukan Sabah, Reithuddin Awang Emran dalam kesebelasan utama Sabah pada malam ini pasti memberi semangat baru kepada semua pemain. Hanya pemain pertahanan, Rosdin Wasli tidak akan dapat digunakan pada malam ini kerana kecederaan. Lain-lain pemain tidak ada halangan untuk diturunkan malam ini termasuk Michael dan Brendan yang sudah sembuh dari kecederaan. Namun, para peminat Sabahawks belum boleh menarik nafas lega kerana Michael Baird belum 100% pasti dapat diturunkan. Menurut sumber berita, Michael tidak menjalani latihan selama 2 hari sebelum perlawanan kerana baru menyambut kelahiran anak beliau. Apapun, kita harapkan malam ini, Justin akan melakukan satu percaturan yang terbaik untuk memastikan 3 mata milik Sabahawks. Sabah Tatappp!!!

Admin: Leave your comment or like this post...thanksss....

30 Mac 2012

Cerita Admin: Kesebelasan pemain pasukan Selangor Liga Super 2012

Pemain kesebelasan utama pasukan Selangor 2012
Berdiri dari kiri: Ramez Jamal Dayoub, Bunyamin Umar, Nasriq Baharom, Mohd. Amirulhadi Zainal, Norazlan Razali (GK), Bosko Balaban
Duduk dari kiri: Mohd. Asrarudin Putra, Safiq Rahim, Mohd. Fitri Shazwan, Azidan Sarudin, Mohd. Amri Yahyah

Adakah ini kesebelasan utama Selangor menentang Sabah pada Sabtu ini???

Memang sedikit meremangkan bulu roma melihat kesebelasan utama Selangor ini. Apa tidak, hampir separuh daripada pemain mereka ini pernah atau kini menyarung jersi kebangsaan. Tumpuan pastinya ke arah pemain import mereka, Bosko Balaban yang kita semua ketahui memang tidak asing dalam dunia bolasepak kerana pernah bermain untuk pasukan Aston Villa. Walaupun kini usia beliau sudah menjangkau umur 33 tahun dan mungkin prestasinya tidak sehebat ketika bersama Aston Villa dulu, harus diingat agar pertahanan Sabah tidak mengambil mudah terhadap beliau. Safiq Rahim, pemain tengah berpengaruh Selangor juga harus "dipagar" oleh para pemain Sabah malam Sabtu ini bagi melumpuhkan jentera Selangor. Kalau diimbas perlawanan Sabah menentang Malaysia tempoh hari, Safiq kelihatan sangat selesa menggerakkan bahagian tengah Selangor. Kawal Safiq...dan kita akan mengawal Selangor. 

Justin dan semua pemain Sabahawks....GOOD LUCK!!!!!

Admin: Leave your comment or like this post...thanksss.

Liga Presiden 2012: Sabahawks Junior (3) vs (1) PDRM

Sabahawks Junior memulakan pusingan kedua Liga Presiden dengan mengekalkan rentak kemenangan dan kali ini menundukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan keputusan 3 - 1 di Stadium Likas petang kelmarin.

Dendy Lowa, Jetko Romedius dan Zul Mansah masing-masing menyumbangkan satu gol untuk Sabah manakala gol tunggal PDRM dijaringkan oleh Shahnaz Adha.

Leopold melakukan percubaan.
Sabah memulakan separuh masa pertama dengan Dendy Lowa membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi tandukan hasil sepakan sudut oleh Leopold. Sejurus selepas itu, Leopold hampir-hampir memberi gol kedua Sabah namun percubaannya melencongnya sedikit diatas palang. Sabah menambah gol kedua mereka pada minit ke-37 menerusi Jetko Romedius yang mudah menolak masuk bola hasil umpanan Leopold. Selepas itu, Leopold yang seringkali mengucar-kacirkan pertahanan lawan hampir menambah jaringan namun bola sungkitan Leo sedikit melepasi palang walaupun penjaga gol sudah terkeluar dari gawangnya. 
Sabri Sahar...mengemudi tengah Sabahawks.

PDRM bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan seminit sebelum babak pertama tamat menerusi sepakan penalti selepas penjaga gol Sabah, Robson Rendy melakukan profesional foul di dalam kotak penalti. Shahnaz menyempurnakan penalti untuk keduduka 2-1 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Sabah terus menguasai perlawanan dan dua peluang terhidang gagal disempurnakan oleh pemain gantian Zul Mansah masing-masing pada minit ke 69 dan 70. Namun, peluang ketiga yang beliau perolehi pada masa kecederaan tidak disia-siakan untuk gol ke-3 Sabah apabila mudah menolak masuk hantaran lintang Aldrine Agus untuk kemenangan mutlak pasukan Sabah 3-1 pada petang itu.

Kemenangan terbaru Sabahawks Junior ini adalah yang ke-11 dalam liga yang membawa Sabah terus kekal di tangga teratas dengan 35 mata dari 13 pasukan. Tahniah Sabahawks Junior!!!!

Perlawanan Sabahawks akan datang adalah menentang Johor di tempat lawan pada Isnin depan (2/04/12).

Sumber berita dan gambar: New Sabah Times

Admin: Leave your comment or like this post...thanksss....

27 Mac 2012

Cerita Admin - Sabahawks : Mampukah 5 teratas Liga Super 2012 dicapai?


"Mau cerita, bikin takut....nda mau cerita, lagi bikin takut....bagus kasi cerita la..."
Sebelum kita mula cerita, mungkin anda ingat lagi dengan kenyataan dari SAFA yang memberi sasaran kedudukan 5 teratas dalam Liga Super sebelum liga bermula. Satu sasaran yang agak realistik melihat kepada perkembangan positif pasukan Sabahawks ketika itu. Para peminat memberikan reaksi yang berbeza terhadap sasaran tersebut, namun rata-rata menganggap ianya sebagai satu sasaran yang mampu dicapai. Jadi, disinilah cerita ini bermula...

24 Mac 2012

Perlawanan Liga Super 2012: Sabahawks vs Selangor

Perlawanan Liga Super 2012: Sabahawks vs Selangor 31 Mac
Sabahawks vs Selangor
Kepada semua penyokong Sabahawks,
Kita lupakan kekalahan Sabahawks yang lalu dan kita tumpukan pada tarikh ini, 31 Mac (Sabtu). Ingat lagi ka kawan2, kita ada temujanji di Std Likas pada hari tersebut, kerana pasukan kita, Sabahawks akan turun padang menentang satu lagi pasukan gergasi Liga Super iaitu Selangor. Satu lagi perlawanan yang dijangka aramaiii tii kerana Selangor adalah pasukan yang memang bukan mudah dikalahkan.

Kita menjangkakan Std. Likas akan banjir lagi dengan penyokong-penyokong tatappp Sabahawks pada malam itu nanti. Sesiapa yang ada kesempatan untuk datang, jangan pigi sorang-sorang, tapi bawa sekali geng2 kamurang. Kalau buli kita kasi penuh itu stadium...biar tercabut lutut itu pemain Selangor dengar kita bersorak. Pesanan dari kami, datang awal untuk mengelakkan kesesakan di jalanraya, parking dan kaunter tiket. Yang penting, kita gagarrrr itu stadium....Sabah Tatappp!!!

Keputusan dan ulasan perlawanan

Admin: Please leave your comment or like this post. Thanksss....

18 Mac 2012

Video Liga Super: Terengganu vs Sabah 17 Mac 2012

Video highlights perlawanan Terengganu vs Sabah 17 Mac 2012 | Terengganu 6 - 3 Sabah


Kartun Sabahawks: Apa kau rasa kana 6 biji


Sekadar gurauan...apa pun Sabahawks pasti bangkit dari kekalahan selepas ini...Go..Go Sabahawks!!!!!

Liga Super 2012: Keputusan penuh Terengganu vs Sabah 17 Mac 2012

Liga Super 2012: Keputusan penuh Terengganu vs Sabah 17 Mac 2012

Terengganu berjaya mengutip 3 mata penuh berharga, dan terus menghambat Kelantan di persada Liga Super 2012 selepas terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya mencatat kemenangan 6-3 keatas Sabah, di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Kuala Terengganu, malam tadi. Perlawanan tersebut juga ditonton juga oleh, Juara Liga Hong Kong 2011 iaitu Pasukan Kitchee Fc yang akan turun menentang Pasukan Terengganu dalam aksi saingan Kumpulan F Piala AFC, yang akan berlangsung pada hari Selasa petang.

Fariss dan Alto cuba menghalang pergerakan penyerang Terengganu, Forkey Doe.
Bermula sepak mula separuh masa pertama, pasukan pelawat terlebih dahulu mengatur serangan demi serangan.Namun serangan tersebut berjaya dipatahkan dengan mudah oleh benteng pertahanan pasukan Terengganu yang diketuai oleh Muslim Ahmad dan Faizal Muhammad. Dalam kelekaan pasukan Sabah menyerang, pasukan Terengganu berjaya membuat serangan balas dan berjaya mendapat tendangan sudut di sebelah kiri pintu gol pasukan Sabah. Sepakan sudut tersebut diambil oleh pemain tengah yang memakai jersi no 10, Ismail Faruqi Ashaari yang terus melakukan sepakan ke dalam kotak penalti, berjaya di keluarkan oleh benteng pertahana pasukan Sabah. Namun begitu bola tersebut singgah betul-betul kepada Ashaari Samsudin yang terus melakukan satu sepakan kencang dan terbias salah seorang pemain pasukan Sabah sebelum bola terus menerjah ke sebelah kiri gawang gol pasukan Sabah bagi membolehkan pasukan Terengganu mendahului pasukan Sabah 1-0 pada minit ke 5 permainan.

Belum sempat  Pasukan Sabah memperkemaskan benteng pertahanan, sekali gawang mereka di bocori pada minit ke 13. Francis Doe berjaya mengelecek pertahanan Pasukan Sabah sebelum melepaskan satu rembatan kencang dan berjaya menewaskan penjaga gol pasukan Sabah, Syed Adney Syed Hussain buat kali ke 2. 

Selang 2 minit kemudian, Francis Doe sekali lagi menujukkan taring beliau. Beliau bijak menyempurnakan peluang yang terhidang di depan pintu gol, apabila mudah menolak bola ke dalam gawang gol, setelah menerima umpanan yang cantik di sebelah kiri pintu gol pasukan sabah oleh Erison Da Silva atau pun lebih dikenali sebagai Biano.

Tersentak dengan 3 jaringan dalam tempoh 15 minit, pasukan Sabah pantas memperkemas mutu permainan mereka.Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke 25, apabila Brenda Gan hampir merapatkan kedudukan, namun ketangkasan penjaga gol ke 2 pasukan Terengganu, Mohd Sharmiza Yusoff menjadi penyelamat. Pasukan Terengganu seolah-olah berpuas hati dengan 3 jaringan awal tersebut, mula memperlahan rentak permainan. Banyak hantaran- hantaran dilakukan tersasar dan sia-sia. Peluang itu pantas di ambil kesempatan pasukan Sabah yang terus melakukan serangan bertubi-tubi. 

Akhirnya, pasukan Sabah berjaya merapatkan kedudukan apabila, penyerang veteran mereka Zainaizam Marjan berjaya menyambut hantaran lintang disebelah kanan pintu gol pasukan Terengganu dan tenang menyempurnakan peluang yang terbuka luas pada minit ke 35 itu.

Gol tersebut berjaya membuat  para pemain pasukan Terengganu bangkit dari mimpi yang lena. Gol ke 4 pasukan Terengganu hadir pada minit ke 44, apabila dimana Francis Doe berjaya menggelecek pertahanan sebelah kiri pintu gol sabah sebelum masuk dalam kotak penalti, dan terus melepaskan rembatan, namun berjaya ditepis oleh Syed Adney, sebelum bola itu melantun ke udara, dan Abdul Manaf Mamat pantas menyempurnakan peluang tersebut, dengam mudah menanduk bola itu ke dalam pintu gol pasukan Sabah.

Ketika para pemain pasukan Terengganu masih lagi segar dengan jaringan ke 4 itu, Brendan Gan pantas menghukum kelalaian benteng pertahanan pasukan Terengganu, apabila mudah menolak masuk bola ke dalam gawang gol pada minit ke 45. Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan Pasukan Terengganu berjaya mendahului pasukan Sabah dengan 4 -2.

Terengganu melakukan sepak mula di separuh masa ke 2, pantas melakukan serangan demi serangan ke kubu pasukan Sabah. Namun benteng pertahanan pasukan Sabah yang dikemudi oleh bekas pemain Terengganu, Ronny Harun tetap ampuh bertahan. Sebaliknya pasukan Sabah berjaya melakukan serangan pantas dan hasilnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke 66   menerusi pemain sayap mereka, Md Rozaimi Abd Rahman yang bijak menyempurnakan peluang terhidang di saat benteng pasukan Terengganu berkerja keras untuk mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya.

Gol tersebut ternyata membimbangkan penyokong setia pasukan Terengganu yang dianggarkan dalam 9000 ribu orang yang hadir pada perlawanan malam ini. Francis Doe nyaris menjaringkan gol ke 5 pasukan Terengganu, namu sayang percubaan beliau ketika berhadapan dengan Syed Adney mengenai tiang gol sebelah kanan pintu gol pasukan Sabah. 

Setelah melihat para pemain keletihan, Jurulatih pasukan Terengganu pantas membuat percaturan, dengan mengeluarkan Ismail Faruqi Ashaari dan memasukan Joseph Kallang Tie. Percaturan tersebut berhasil, apabila Joseph Kallang Tie berjaya melakuan satu hantaran silang yang cantik kedalam kotak penalti pasukan Sabah, sebelum Francis Doe berjaya menyudahkan hantaran silang tersebut dengan mudah, bagi membolehkan pasukan Terengganu mendahului dengan 5-3 pada minit ke 78 permainan.Gol tersebut membolehkan juga Francis Doe melakarkan hatrik pertamanya bersama-sama pasukan Terengganu.
 
Selang 2 minit kemudian, Joseph Kallang Tie berjaya melepasi pertahanan pasukan Sabah, Sebelum menggelecek Syed Adney dan melakukan sepakan leret ke dalam pintu gol pasukan sabah dan terus meletakan anak buah Justin Ganai semakin tertekan. Gol Tersebut juga adalah gol pertama Joseph Kallang Tie dalam saingan Liga Super 2012 musim ini. Tamat permainan dengan pasukan Terengganu berjaya mengatasi pasukan Sabah dengan jaringan 6-3. 

Sumber berita: Ganusoccer.net
Sumber gambar: Kosmo

17 Mac 2012

Preview Liga Super 2012: Kesebelasan utama skuad Sabah vs Terengganu

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
8.45 Malam.

Adakah ini kesebelasan utama Sabah yang akan diturunkan oleh Justin Ganai malam ini???
Kesebelasan pilihan Sabahawkians
Inilah kesebelasan utama Sabahawks yang menjadi pilihan kami pada kali ini untuk perlawanan menentang Terengganu. Dengan ketiadaan dua tonggak utama pasukan Sabah iaitu Michael Baird dan ketua pasukan, Rethuddin Ag. Emran, kemungkinan Justin Ganai akan membuat sedikit rombakan pada kesebelasan utama malam ini. Namun, dari pengamatan kami para penyokong Sabahawks...Kesebelasan di gambar atas adalah pilihan yang terbaik dan tatappp....

GK: Syed Adney
Menjadi pilihan utama Justin dalam beberapa perlawanan terakhir dan sememang prestasi beliau pada tahap yang terbaik pada masa ini. Azizon...macam berat badan. Irwan...second choice.

Pertahanan: Rosdin, Fariss, Alto, Mafry
Pastinya yang menjadi tumpuan adalah bek kanan, Alto Linus yang mendapat panggilan dari K.Rajagobal. Moral Alto semestinya dalam tahap yang tinggi dan sedikit memberi kegentaran kepada pasukan lawan dengan statusnya. Di pertahanan tengah, gandingan Mafry dan Fariss akan membentuk kombinasi yang terbaik. Mafry memiliki halangan yang lebih agresif serta pantas untuk mengekang pergerakan Forkey Doe. Di bahagian kiri, Ronny menjadi pilihan terbaik kerana kelebihan fizikal beliau amat diperlukan untuk menyekat penyerang Terengganu.

Tengah: Brendan, Sumardi, Rozaimi, Shahrudin
Gandingan Brendan dan Sumardi nampaknya berjaya dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan lebih ketara peningkatan yang ditunjukkan oleh Brendan. Kedua-dua sayap kita, Rozaimi dan Shahrudin tidak perlu dipertikaikan pemilihan mereka dalam kesebelasan kami kerana sememangnya mereka yang terbaik. Rozaimi pastinya akan menjadi pemain tumpuan lagi malam ini.

Penyerang: Zainizam, Leopold
Zainizam lebih sesuai untuk tugasan di Kuala Terengganu kerana kelincahan dan kebijakan beliau mencari ruang di kawasan lawan. Selain itu keupayaan Zai melakukan percubaan adalah satu kelebihan beliau. Leopold menjadi pilihan dan bukan Bobby kerana dia dilihat lebih tajam dalam penyudah. Selain itu, Leopold ada instinct untuk membuat percubaan setiap kali bola singgah di kaki beliau.

Apapun, siapa yang akan berada di atas padang...kami penyokong Sabahawks tatappp melihat ianya adalah yang terbaik...yang penting main berabis...bukan main main-main....kalah biar bermaruah...kita sambar itu penyu, bawa balik Sabah bikin pusassss...Tatapppp!!!!!!

Baca juga......Head-to-Head Terengganu vs Sabah

16 Mac 2012

Liga Presiden: Sabahawks Junior menang lagi (Sabah 3 - 0 T-Team)

Liga Presiden Kumpulan B 2012: Sabah (3) vs (0) T-Team

Sabahawks Junior mengekalkan rentak kemenangan mereka dalam Liga Presiden 2012 apabila menjadikan T-Team sebagai mangsa terbaru dengan kemenangan selesa 3 - 0 pada perlawanan malam tadi di Std. Likas. 

Kemenangan ini membolehkan Sabah kekal pendahulu liga bagi Kumpulan A dengan mengutip 29 mata dari 11 perlawanan, jauh meninggalkan pasukan di tempat kedua Sime Darby dengan kelebihan 6 mata.

Keputusan dan Kedudukan Liga Presiden Kump. B terkini
Gol-gol pasukan Sabah Junior pada malam tadi dijaringkan oleh penyerang, Eyo Matthew pada minit ke 20 dan 27 pada separuh masa pertama. Gol ketiga Sabah dijaringkan oleh Maxsius Musa pada minit ke 80 pada separuh masa kedua. 

Sabah mungkin menamatkan perlawanan semalam dengan jaringan yang lebih besar kalau bukan kerana kecekapan penjaga gol lawan yang cemerlang menafikan beberapa peluang dari pemain Sabahawks Junior. Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada semua pemain Sabahawks Junior atas kemenangan yang dicapai dan lebih manis lagi tanpa bantuan pemain tonggak seperti Rozaimi, Sabri dan Leopold. Tahniah Sabahawks Junior!!!

Keputusan Liga Presiden Kumpulan B:

Pahang 3 - 1 Sarawak
Negeri Sembilan 4 - 1 Johor FC
Selangor 1 - 1 Kuala Lumpur
Perak 0 - 0 PKNS
MP Muar 0 - 2 NS Betaria
Terengganu 3 - 0 ATM
Pulau Pinang 1 - 2 Perlis

15 Mac 2012

K. Rajagobal panggil Alto Linus dan Syed Adney

Haaa...akhirnya, dua lagi pemain Sabahawks iaitu Alto Linus dan Syed Adney Syed Hussein dipanggil oleh jurulatih kebangsaan, Dato K. Rajagobal untuk latihan pusat. Satu lagi perkembangan positif bolasepak negeri kita selepas sekian lama Sabah terpinggir dari skuad kebangsaan. Mereka akan menyertai 22 pemain yang lain dalam latihan yang akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya sebagai persiapan untuk perlawanan persahabatan menentang Sarawak pada 24 Mac ini.

Senarai pelatih skuad kebangsaan:

Mohd Nasril Nourdin (Perak)
Muhammad Afiq Azmi (Kuala Lumpur)
Azamuddin Mohd Akil (Pahang)
Mohd Bunyamin Umar, Safiq Rahim, Mohd Asraruddin Putra Omar, Gurusamy Govandar Kandasamy (Selangor)
Ahmad Shakir Md Ali, Mohd Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah, Kunalan Subrmaniam, Mahathevan Gengatharan (Negeri Sembilan)
SHAHRUDIN YAKUP, SYED ADNEY SYED HUSSEIN, ALTO LINUS (SABAH)
Mohamad Zaquan Adha Abdul Razak, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak, Amiridzwan Taj Tajudin, Venice Delphi Ak Danny Kaya, Mohd Azmi Muslim (ATM)
Mohd Fauzan Dzulkifli, Helmi Remeli, Mohd Zulharis Mohd Nor (Selangor PKNS)
Ahmad Fakri Saarani (Felda United FC)


Keputusan perlawanan kelayakan Olimpik: Syria vs Malaysia 2012

Kelayakan bolasepak Olimpik London: Keputusan penuh perlawanan antara Syria vs Malaysia 2012


Kalah lagi...ni kali kana 3 - 0 dengan Syria. Sayangnya, Malaysia terpaksa bermain 10 pemain sejurus selepas Syria menjaringkan gol pertama pada minit ke 48 apabila pemain pertahanan negara, Fadhli Shas kena kad merah pada minit 54. Syria meledak 2 lagi gol pada minit 68 dan 79 untuk menghadiahkan Ong Kim Swee kekalahan ke-6 dari 6 perlawanan.

Yang tidak syok, Rozaimi hanya diberi peluang pada minit-minit akhir perlawanan di kala moral para pemain sudah down...

Lepas ni apa jadi???
Haaa...palis-palis....


14 Mac 2012

Brendan Gan dan Michael Baird kekal dengan Sabahawks : Hj. Shahriman Abdullah


Thumbs down,
Micheal Baird dan Brendan Gan akan dilepaskan oleh SAFA.

Thumbs up,
Michael Baird dan Brendan Gan kekal bersama Sabahawks.




Akhirnya SAFA buka mulut dan memberi kenyataan menerusi Pengurus Sabahawks, Hj. Shahriman Abdullah bahawa Brendan Gan dan Michael Baird tidak akan dilepaskan dari skuad Sabahawks. Kenyataan ini sekaligus menepis khabar angin yang sememangnya sedikit mengganggu emosi peminat Sabahawks sebelum ini. Mari kita baca kenyataan Hj. Shahriman menerusi akhbar The News Sabah Times hari ini....
Sumber: roy2lips.blogspot.com

KOTA KINABALU: Haji Shahriman Abdullah has strongly denied that they are contemplating on replacing their foreign signing duo of Michael William Baird and Brendan Gan when the transfer window opens next month.

The Sabah team manager insisted there is no truth in the rumours before hitting back at the claims, which he said is someone’s attempt in trying to destabilise the squad.

Shahriman said he was happy with the effort, commitment and spirit shown by both their import players, who have been working really hard for the team, and sees no reason for any change of personnel.

Furthermore, Shahriman, who is also the FA’s Treasurer, pointed out that the team is starting to get better with each game.

“We are not the type of people who just take people here and there and get rid of them … whether it is local or foreign players because what we want to do is to get them to be one big unit.

“To do that, we must give them time because it cannot be done overnight,” he said.

I think there is someone out there who is trying to disturb our momentum,” said Shahriman, who then questioned why it (rumours) emerges when they are currently in a decent sixth placing in the 14-team standings.

“When we were in 10th placing, this matter was never brought up … maybe because they are happy to see the team not doing well.

Shahriman also revealed that even national head coach Datuk K. Rajagopal commended both Brendan and Michael’s abilities.

“After the game against the national squad recently, I met with the national coach, and both our foreign players received plaudits from him. He (Rajagopal) said Sabah was lucky to have among the best foreign players in the League.

He also urged local players to emulate the efforts shown by the Australian duo.

Jelas dari kenyataan Tn. Hj. Shahriman memberitahu kita bahawa Michael dan Brendan adalah antara tunjang kepada kekuatan skuad Sabahawks pada musim ini. Satu persoalan di sini adalah, beliau menyatakan bahawa ada someone yang ingin merosakkan atau mensabotaj skuad kita. Mungkinkah? Atau hanya kerana keceluparan mulut orang yang suka cakap main lepas saja. Mari kita lihat laporan dari laman duniasukan.com.

http://duniasukan.com/2012/03/12/brendan-gan-michael-baird-bakal-ditamatkan-kontrak/

Antara kandungan laporan tersebut:
"Perkhabaran yang kurang menyenangkan ini mengundang rasa tidak puas hati peminat lalu menghubungi Dunia Sukan untuk meluahkan perasaan."

"Peminat ini berpendapat kedua-dua import ini terutamanya Brendan telah beraksi dengan sangat baik terutama dalam perlawanan persahabatan menentang Harimau Malaya baru-baru ini."

Mengikut kata peminat tersebut, “Kenapa keputusan drastik ini diambil tanpa mengeluarkan amaran bertulis kepada mereka berdua terlebih dahulu? Ternyata ada konspirasi yg terselindung dalam keputusan Jawatankuasa tersebut. Sekarang pasukan Sabah sedang meningkat, kenapa harus bertindak sebegini?”.  

Persoalannya, siapakah peminat ini? Dari mana dia dapat cerita tersebut? Atau benarkah wujudnya peminat ini dengan ceritanya? 

Apapun, yang penting kita sudah mendengar kenyataan dari pihak SAFA sendiri berhubung dengan khabar tersebut. Apa lagi mau cakap kann...yang penting kita tatap sukung Sabahawks....tatapppp bahhh!!!

Sumber berita: The News Sabah Times dan duniasukan.com
Sumber gambar: roy2lips.blogspot.com

SAFA tamatkan kontrak Michael Baird: Benarkah???

Michael Baird akan disingkirkan dari skuad Sabahawks???


Benarkah penyerang Sabahawks, Michael Baird akan dilepaskan oleh SAFA??? 
Menurut dari beberapa sumber yang rasa-rasanya belum dapat dipastikan kesahihannya, Michael akan dilepaskan dan akan digantikan kerana masalah kecederaan lutut yang agak serius. Samaada cerita ini benar atau tidak...hanya SAFA saja yang tahu.

Walau apapun, kami sebagai Fan Sabahawks mengharapkan sesuatu yang terbaik sekiranya perkara tersebut adalah benar. Pastinya sukar bagi skuad Sabahawks untuk mengekalkan prestasi mereka tanpa kelibat seorang pemain import yang berkualiti seperti Michael Baird.

Apapun keputusan SAFA, kami mengharapkan yang terbaik. Dan yang lebih penting, Sabahawks terus maju...bukan mundur pula k....kita tunggu dan lihat...M. Baird di hati kami.
Tatappp!!!Peace no War....

12 Mac 2012

Prebiu Liga Super 2012: Head-to-Head - Terengganu vs Sabah

Preview Perlawanan Liga Super 17 Mac 2012: Terengganu vs Sabah
Terengganu vs Sabahawks

Perlawanan 10
8.45 p.m - 17 Mac 2012
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu


Head-to-Head:Terengganu vs Sabah


 Head to Head: Terengganu vs Sabah

 Statistik pasukan Terengganu 2012

Sumber: Soccerway.com

4 Mac 2012

Rozaimi Abd Rahman vs Shahrudin Yakup: Hero Sabahawks

Rozaimi dan Shahrudin dalam aksi perlawanan persahabatan Sabah vs Malaysia

Dua pemain kita pada musim ini yang menjadi kebanggaan semua peminat Sabahawks musim ini. Rozaimi Abd Rahman telah berjaya memikat hati jurulatih Bawah 23 Malaysia, Ong Kim Swee untuk disenaraikan dalam skuad negara menentang Syria dalam kelayakan Olimpik 2012. Ini adalah bukan kali pertama beliau dipanggil kerana pernah sekali menyertai kem latihan pusat skuad olimpik negara pada tahun lalu namun gagal menempatkan diri dalam skuad utama.

Shahrudin Yakup, pemain sayap Sabahawks musim ini berjaya menempatkan diri dalam skuad senior kebangsaan kendalian K. Rajagobal. Beberapa aksi menarik yang beliau tunjukkan dalam perlawanan Liga Super termasuk dua gol ketika Sabah mengikat Kedah tempoh hari. Syabas Shahrudin...

Rozaimi dan Shahrudin.....korang memang TATAPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Video: Gol-gol ketika perlawanan Sabah (2) vs (1) Johor FC

Liga Super Malaysia 2012: Gol-gol ketika perlawanan Sabah (2) vs (1) Johor FC


Video: Gol tunggal Johor FC vs Sabah 2012 - Kesilapan Ronny???

Gol pertama oleh pemain import Johor FC, Arthur pada minit ke-28. Ronny 'ball watching'?????

Memang terang-terang Ronny punya mistake...Rethaudin sibuk menyalahkan GK, Syed Adney. Pemain yang patut bertanggungjawab atas kesilapan tersebut adalah Ronny kerana hanya memerhatikan bola tersebut tanpa cuba untuk membuat sesuatu untuk mengeluarkan bola. Ronny juga tidak aware yang pemain JFC ada dibelakang beliau dan hanya menunggu bola itu sampai kepada beliau. Tu la yang dikatakan BALL WATCHING....

 So, Ronny...kami sebagai peminat setia pasukan Sabah amat2 mengharapkan agar kesilapan seperti ini tidak akan menjadi kebiasaan. Bukan sekadar kritik kosong dan tidak berasas, tapi kesilapan seperti ini adalah sukar diterima oleh para penyokong Sabahawks. Apatah lagi yang anda adalah seorang pemain berpengalaman dan sudah ada beberapa cap untuk negara. Ramai peminat yang sakit jantung tingu gol JFC semalam. Anyway...we all Sabahawkians keep our trust in you Ronny..!!
Kurangkan kesilapan, tingkatkan prestasi...Peace no war!!!

Keputusan Penuh Liga Super 2012: Sabah (2) vs (1) Johor FC

Keputusan Penuh Liga Super 2012: Sabah (2) vs (1) Johor FC | Sabahawks 2 - 1 Johor FC


Full Time: Sabah (2) vs Johor FC (1)
Sabah : Rozaimi Abd. Rahman (32), Sharudin Yakup (81)
Johor FC : Arthur (29)

Highlights perlawanan:
Min-8: Percubaan pemain import Johor FC, Arthur tersasar.
Min-21: Percubaan Arthur mengegar tiang gol Sabah.
Min-25: Alto Linus mencuba dari jarak jauh. GK Johor FC menepis bola keluar.
Min-29: Gollllll Johor FC menerusi tandukan Arthur akibat kesilapan Ronny Harun.
Min-32: Gollllll Sabah. Rozaimi melepaskan volley kaki kiri hasil hantaran Zainizam.
Min-37: Sepakan percuma Arthur betul2 diluar petak penalti menggegar palang.
Min-40: Rembatan Ronny Harun di dalam kotak penalti berjaya diselamatkan.
Min-45: Rozaimi lolos di sebelah kiri namun rembatannya hanya menggegar jaring luar di sebelah kiri.
Min-45+2: Tamat masa pertama. Sabah (1) - (1) Johor FC
Min-50: Percubaan Farid Ideris tinggi melepasi palang.
Min-55: Tandukan Fernando sipi di sebelah kiri gawang Sabah.
Min-58: Brendan melepaskan diri di dalam kotak penalti tetapi gagal melakukan penyudah.
Min-60: Percubaan Farid Ideris tersasar.
Min-67: Rembatan pemain Johor FC tinggi di atas palang.
Min-69: Percubaan Shahrudin pula melepasi palang.
Min-72: Hantaran Fauzi Shaari yang lolos dari sebelah kiri gagal dikuis oleh penyerang Johor FC betul2 di depan gawang Sabah.
Min-73: Rembatan Brendan di dalam kotak penalti hasil hantaran Zainizam diselamatkan oleh GK.
Min-77: Zainizam yang berjaya melepaskan diri ke dalam kotak penalti merembat kencang bola namun terkena kaki pertahanan Johor FC.
Min-81: Golllllll!!!!!! Shahrudin melakukan sentuhan hasil dari rembatan Rozaimi semasa keadaan kucar-kacir didepan gawang Johor FC.
Min-85: Rembatan dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan oleh Syed Adney.
Min-88: Percubaan dari pemain Johor FC sipi di sebelah kanan tiang gol Sabah.
Min-90+3: Perlawanan tamat. Sabah (2) - (1) Johor FC.



2 Mac 2012

Prebiu Liga Super Malaysia: Sabah vs Johor FC | Sabahawks vs Johor FC

Prebiu Liga Super Malaysia: Sabah vs Johor FC | Sabahawks vs Johor FC


3 Mac 2012
Std. Likas, Kota Kinabalu
8.15 malam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...