Liga Super 2012: Keputusan penuh Terengganu vs Sabah 17 Mac 2012
Terengganu berjaya mengutip 3 mata penuh berharga, dan terus
menghambat Kelantan di persada Liga Super 2012 selepas terpaksa
berhempas pulas sebelum berjaya mencatat kemenangan 6-3 keatas Sabah, di
Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Kuala Terengganu, malam tadi.
Perlawanan tersebut juga ditonton juga oleh, Juara Liga Hong Kong 2011
iaitu Pasukan Kitchee Fc yang akan turun menentang Pasukan Terengganu
dalam aksi saingan Kumpulan F Piala AFC, yang akan berlangsung pada hari
Selasa petang.
Fariss dan Alto cuba menghalang pergerakan penyerang Terengganu, Forkey Doe. |
Bermula sepak mula separuh masa pertama, pasukan pelawat terlebih
dahulu mengatur serangan demi serangan.Namun serangan tersebut berjaya
dipatahkan dengan mudah oleh benteng pertahanan pasukan Terengganu yang
diketuai oleh Muslim Ahmad dan Faizal Muhammad. Dalam kelekaan pasukan
Sabah menyerang, pasukan Terengganu berjaya membuat serangan balas dan
berjaya mendapat tendangan sudut di sebelah kiri pintu gol pasukan
Sabah. Sepakan sudut tersebut diambil oleh pemain tengah yang memakai
jersi no 10, Ismail Faruqi Ashaari yang terus melakukan sepakan ke dalam
kotak penalti, berjaya di keluarkan oleh benteng pertahana pasukan
Sabah. Namun begitu bola tersebut singgah betul-betul kepada Ashaari
Samsudin yang terus melakukan satu sepakan kencang dan terbias salah
seorang pemain pasukan Sabah sebelum bola terus menerjah ke sebelah kiri
gawang gol pasukan Sabah bagi membolehkan pasukan Terengganu mendahului
pasukan Sabah 1-0 pada minit ke 5 permainan.
Belum sempat Pasukan Sabah memperkemaskan benteng pertahanan, sekali
gawang mereka di bocori pada minit ke 13. Francis Doe berjaya
mengelecek pertahanan Pasukan Sabah sebelum melepaskan satu rembatan
kencang dan berjaya menewaskan penjaga gol pasukan Sabah, Syed Adney
Syed Hussain buat kali ke 2.
Selang 2 minit kemudian, Francis Doe sekali
lagi menujukkan taring beliau. Beliau bijak menyempurnakan peluang yang
terhidang di depan pintu gol, apabila mudah menolak bola ke dalam
gawang gol, setelah menerima umpanan yang cantik di sebelah kiri pintu
gol pasukan sabah oleh Erison Da Silva atau pun lebih dikenali sebagai
Biano.
Tersentak dengan 3 jaringan dalam tempoh 15 minit, pasukan Sabah
pantas memperkemas mutu permainan mereka.Peluang terbaik mereka hadir
pada minit ke 25, apabila Brenda Gan hampir merapatkan kedudukan, namun
ketangkasan penjaga gol ke 2 pasukan Terengganu, Mohd Sharmiza Yusoff
menjadi penyelamat. Pasukan Terengganu seolah-olah berpuas hati dengan 3
jaringan awal tersebut, mula memperlahan rentak permainan. Banyak
hantaran- hantaran dilakukan tersasar dan sia-sia. Peluang itu pantas di
ambil kesempatan pasukan Sabah yang terus melakukan serangan
bertubi-tubi.
Akhirnya, pasukan Sabah berjaya merapatkan kedudukan
apabila, penyerang veteran mereka Zainaizam Marjan berjaya menyambut
hantaran lintang disebelah kanan pintu gol pasukan Terengganu dan tenang
menyempurnakan peluang yang terbuka luas pada minit ke 35 itu.
Gol tersebut berjaya membuat para pemain pasukan Terengganu bangkit
dari mimpi yang lena. Gol ke 4 pasukan Terengganu hadir pada minit ke
44, apabila dimana Francis Doe berjaya menggelecek pertahanan sebelah
kiri pintu gol sabah sebelum masuk dalam kotak penalti, dan terus
melepaskan rembatan, namun berjaya ditepis oleh Syed Adney, sebelum bola
itu melantun ke udara, dan Abdul Manaf Mamat pantas menyempurnakan
peluang tersebut, dengam mudah menanduk bola itu ke dalam pintu gol
pasukan Sabah.
Ketika para pemain pasukan Terengganu masih lagi segar
dengan jaringan ke 4 itu, Brendan Gan pantas menghukum kelalaian benteng
pertahanan pasukan Terengganu, apabila mudah menolak masuk bola ke
dalam gawang gol pada minit ke 45. Tamat separuh masa pertama dengan
kedudukan Pasukan Terengganu berjaya mendahului pasukan Sabah dengan 4
-2.
Terengganu melakukan sepak mula di separuh masa ke 2, pantas
melakukan serangan demi serangan ke kubu pasukan Sabah. Namun benteng
pertahanan pasukan Sabah yang dikemudi oleh bekas pemain Terengganu,
Ronny Harun tetap ampuh bertahan. Sebaliknya pasukan Sabah berjaya
melakukan serangan pantas dan hasilnya berjaya menjaringkan gol pada
minit ke 66 menerusi pemain sayap mereka, Md Rozaimi Abd Rahman yang
bijak menyempurnakan peluang terhidang di saat benteng pasukan
Terengganu berkerja keras untuk mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya.
Gol tersebut ternyata membimbangkan penyokong setia pasukan
Terengganu yang dianggarkan dalam 9000 ribu orang yang hadir pada
perlawanan malam ini. Francis Doe nyaris menjaringkan gol ke 5 pasukan
Terengganu, namu sayang percubaan beliau ketika berhadapan dengan Syed
Adney mengenai tiang gol sebelah kanan pintu gol pasukan Sabah.
Setelah
melihat para pemain keletihan, Jurulatih pasukan Terengganu pantas
membuat percaturan, dengan mengeluarkan Ismail Faruqi Ashaari dan
memasukan Joseph Kallang Tie. Percaturan tersebut berhasil, apabila
Joseph Kallang Tie berjaya melakuan satu hantaran silang yang cantik
kedalam kotak penalti pasukan Sabah, sebelum Francis Doe berjaya
menyudahkan hantaran silang tersebut dengan mudah, bagi membolehkan
pasukan Terengganu mendahului dengan 5-3 pada minit ke 78 permainan.Gol
tersebut membolehkan juga Francis Doe melakarkan hatrik pertamanya
bersama-sama pasukan Terengganu.
Selang 2 minit kemudian, Joseph Kallang Tie berjaya melepasi
pertahanan pasukan Sabah, Sebelum menggelecek Syed Adney dan melakukan
sepakan leret ke dalam pintu gol pasukan sabah dan terus meletakan anak
buah Justin Ganai semakin tertekan. Gol Tersebut juga adalah gol pertama
Joseph Kallang Tie dalam saingan Liga Super 2012 musim ini. Tamat
permainan dengan pasukan Terengganu berjaya mengatasi pasukan Sabah
dengan jaringan 6-3.
Sumber berita: Ganusoccer.net
Sumber gambar: Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan