30 Apr 2012

Keputusan penuh Liga Presiden Sabah vs Kelantan 30 April 2012


Liga Piala Presiden: Sabahawks Junior vs Kelantan 30 April 2012

Keputusan penuh perlawanan Liga Presiden antara Sabah menentang Kelantan 30 April 2012. Sabahawks Juniors mengekal rentak kemenangan mereka dengan menundukkan pasukan pelawat, Kelantan 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi. Penyerang berbisa Sabah, Leopold Alfonso Otong menjadi wira kepada pasukannya apabila menyumbat gol tunggal perlawanan pada minit ke 45 separuh masa pertama.

SABAH  (1)
Leopold Alfonso Otong (45')

vs

Kelantan  (0)

Menang lagi....detik-detik akhir sebelum perlawanan tamat.
Sumber gambar:
North Borneo Ultras

29 Apr 2012

Ahmad Hazwan Bakri tenggelamkan reputasi Safee Sali


Hatrik....Hazwan Bakri (20 tahun) meraikan gol pertama.
Ahmad Hazwan Bakri memahatkan namanya dalam buku sejarah bolasepak negara apabila menjadi pemain termuda negara pertama yang mencatat hatrik dalam penampilan sulung bersama skuad utama pasukan bolasepak negara kelmarin. Hazwan meledakkan tiga gol dalam tempoh 20 minit terakhir iaitu pada minit 71,82 dan 90 untuk membantu skuad kebangsaan menewaskan Sri Lanka 6-0 dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam.

Video highlights perlawanan persabahatan Malaysia vs Sri Lanka 6-0


Video highlights perlawanan persabahatan Malaysia vs Sri Lanka 6-0 | Malaysia vs Sri Lanka 28/4/2012


28 Apr 2012

Cerita Panas: 7 penyelewengan FAM...benarkah???


#1 Penyelewengan Pertama :

Jawatankuasa pasukan kebangsaan hanya bermesyuarat sekali sahaja. Dalam mesyuarat ini diutuskan bahawa setiap pasukan mempunyai timbalan, TS Annuar dilantik timbalan pasukan Senior. Selepas mesyuarat ini tiada lagi mesyuarat diadakan untuk bincang pasukan kebangsaan. Perlawanan persahabatan tidak dapat diatur, FIFA keluarkan jadual selama 4 tahun tetapi pasukan kebangsaan hanya setahun, itupun belum tentang ada pihak yg hendak berlawan memandangkan jadual FIFA 4 tahun?

#2 Penyelewengan Kedua :


Perlantikan jurulatih kebangsaan dikatakan kuasa EXCO tapi mesyuarat tidak buat, jadi bagaimanakah perlantikan dibuat?Adakah berlaku penyelewengan? Mesyuarat EXCO hanya dibuat 4 kali sahaja dalam masa 2 tahun?

27 Apr 2012

Keputusan Penuh Liga Presiden: Sabahawks Juniors tewaskan Johor Melodi Jaya 4-1

Liga Presiden 26 April 2012: Johor Melodi Jaya (1) vs (4) Sabah

Sabahawks Juniors pulang dari Johor dengan membawa 3 mata penuh hasil kemenangan ke atas pasukan berstatus kelab, Johor Melodi Jaya dengan jaringan 4-1 di Stadium Mini Kulai petang kelmarin.

Sabah mendahului pasukan tuan rumah 3-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Leopold Alfonso Otong, Umareng Bacok dan Zackalani Antanom. Bersambung babak kedua, tuan rumah terlebih dahulu merapatkan jaringan kepada 1-3 sebelum Zackalani menambah derita pasukan tuan rumah untuk gol keempat Sabahawks yang juga gol keduanya dalam perlawanan tersebut.

Kemenangan ini membolehkan Sabah mengutip 48 mata hasil 15 kemenangan, 3 seri dan tewas 1 kali, namun kekal di tangga ke-2 liga dibelakang Kedah menerusi perbezaan jaringan gol. Kedah menewaskan Melaka 5-0 untuk kekal di persada liga.

Perlawanan Sabahawks Junior adalah pada 30 April (Khamis) menentang Kelantan di Stadium Likas.


25 Apr 2012

7 kata-kata menarik dari Hendrik Helmke untuk Sabahawks

Hendrik Helmke Sabahawks
Hendrik Helmke
Pemain import baru Sabahawks, Hendrik Helmke bertekad untuk membantu majikan barunya, Sabah FA untuk kembali mengegar dalam Liga Super bagi menghidupkan semula impian Sabahawks memburu kedudukan 5 teratas liga musim ini.

Mari kita kongsi sama-sama 7 perkara menarik yang diperkatakan oleh Hendrik Helmke untuk kita semua...

24 Apr 2012

Cerita Dunia: Penyokong ultras Genoa memang power!!!

Ultras Genoa protes di padang


Liga Itali kecoh lagi. 
Baru-baru ini, kita digegarkan dengan berita kematian pemain liga serie B, Piermario Morosini di atas padang. Kali ini, penyokong pula membuat kecoh di padang yang menyebabkan permainan terhenti selama 45 minit ketika perlawanan Serie A Itali antara Genoa dan Siena.

Sabahawks win narrowly against Sabah U19 in friendly match

Kota Kinabalu: The Sabah Under-19 squad gave a spirited display as they lost 2-3 to the Sabah Super League team in the friendly match held at the Likas Sports complex field B on Monday.

The match according to chief coach Awang Sabtu was to give the players a stern test against the seasoned players.

"Obviously I do not expect them to win. The match was just to see how they will perform playing against the senior players.

It was generally a very good performance from the boys with barely a week of training sessions.

The main area we need to work on now is the defence, which was a bit suspect at the moment."

Meanwhile, new German import Hendrik Helmke and Sanjos Sundawat who was signed by Sabah FA to fill up the available local quota both saw action in the match.

Hendrik who was playing in the midfield department scored the second goal after an earlier strike by Bobby Gonzales in the first half while the third was netted by Leopold Alfonso in the second half.

Source: Daily Express

22 Apr 2012

Cerita Bangang: Carta Liga Super versi FAM yang bikin malu!!!

Memalukan!!!

Baru tadi penulis datang melawat web rasmi FAM untuk mencari carta liga super terkini disebabkan carta yang ada pada blog ini sedikit mengelirukan. (Lihat carta liga pada widget sidebar kanan). Sedikit kekeliruan berkenaan dengan kedudukan pasukan Kedah dan Sabah pada carta liga tersebut yang mana menunjukkan kedudukan Sabah di tangga ke-12 dengan jumlah 15 mata. Namun, menurut perkiraan penulis, jumlah mata terkini Sabah ialah 16 mata hasil 3 kemenangan, 7 seri dan 4 kekalahan dan sepatutnya berada di kedudukan ke-11 carta mengatasi Kedah atas perbezaan gol.

21 Apr 2012

12 fakta nombor: Analisis prestasi Sabahawks pada pusingan pertama Liga Super

12 fakta nombor mengenai analisis prestasi pasukan Sabahawks selepas tamat pusingan pertama. Analisis ini tidak menghambil kira perlawanan terakhir Sabahawks menentang Perak di Ipoh 17 April lalu kerana perlawanan tersebut adalah perlawanan pembukaan untuk pusingan kedua. Mari kita layan 10 fakta tersebut:

0. Kosong
- Tiada kemenangan yang Sabahawks perolehi di tempat lawan.

1. Satu
- 1 gol sendiri oleh Mafry Balang ketika Sabahawks tewas kepada Perak 1-3.
- 1 gol sendiri pasukan lawan untuk Sabahawks oleh Helmi Remeli (PKNS 2-2 Sabah).
- Hanya 1 gol dijaringkan oleh pemain import, Brendan Gan ketika Sabahawks tewas kepada Terengganu 3-6.

20 Apr 2012

Carta Liga Presiden terkini 20 April 2012: Sabahawks Junior di puncak liga

Carta Liga Presiden Kumpulan A 20/4/12 | Keputusan perlawanan Liga Presiden

Nota: Kelantan masih merayu keputusan FAM menolak 14 mata

Sumber carta:
FB-Info Dan Rangking Bola Sepak Malaysia

Liga Presiden 19 April 2012: Sabahawks Junior menewaskan Sime Darby 3-2

Keputusan Penuh Liga Presiden: Sabah (3) - (2) KL Sime Darby 19 April 2012

SABAH (3)
Zackalani Antanom (min-8)
Dendy Lowa (min-81)
Umareng Bacok (min-90)

vs

KL Sime Darby (2)
Razid Gapar (gs. min-45)
Abd. Muiz Abd. Talib (min-69)

Lolos.....Zackalani lolos dari pertahanan
Sime Darby
Umareng Bacok menjadi wira pasukan Sabahawks Junior apabila jaringannya pada masa kecederaan memusnahkan harapan KL Sime Darby mencuri satu mata di Stadium Likas petang kelmarin. Ketika perlawanan menuju ke wisel penamat dengan kedudukan seri 2-2, Umareng melonjak tinggi untuk menanduk bola hantaran lintang Jetko Romedius menerjah jaring pasukan pelawat untuk Sabah mencatat kemenangan 3-2.

18 Apr 2012

7 fakta menarik dalam perlawanan Perak menentang Sabahawks

7 fakta menarik dalam perlawanan Perak menentang Sabahawks

1. Sabah menurunkan 100% pemain tempatan berbanding Perak yang menurunkan dua pemain import iaitu Michel Kubala dan Albert Bodjongo.
2. Irwan Jamil melakukan penampilan pertama dalam kesebelasan utama Justin Ganai. Irwan melakukan satu 'supersave' untuk menyelamatkan percubaan membias dari Kubala ketika bola seakan-akan masuk ke gawang. Sayangnya, Irwan cedera di bahagian muka berlanggar dengan tiang dalam usahanya menyelamatkan bola tersebut.

Video highlights Perak vs Sabah 17 april 2012

Video highlights Perak (2) vs (2) Sabah 17 April 2012


Carta Liga Super terkini 17 April 2012

Carta Liga Super terkini 17 April 2012

Kedudukan Sabahawks dalam Liga Super jatuh lagi ke tangga ke-11 selepas perlawanan menentang Perak yang berkesudahan seri 2-2 di Stadium Ipoh, Perak. Felda United yang menang ke atas Kuala Lumpur 1-0 memintas kedudukan Sabah untuk berada di tangga ke-10. 


17 Apr 2012

Sabahawks News: Sabahawks berjaya mengikat Perak 2-2

Keputusan Penuh: Perak vs Sabah 17 April 2012 | Perak vs Sabahawks 17/4/12
 
PERAK  (2)
Micheal Kubala (35', 90+3')

vs


SABAH  (2)
Zainizam Marjan (45+1', 61')


Micheal Kubala meranapkan harapan Sabahawks untuk membawa pulang tiga mata penuh di Std. Ipoh, Perak apabila jaringannya pada minit-minit akhir masa kecederaan mengikat skuad kendalian Justin Ganai dengan jaringan 2-2.

Keputusan Penuh Liga Super Malaysia 17 April 2012

Keputusan Penuh Liga Super Malaysia 17 April 2012 | Keputusan Penuh Liga Super Malaysia 17/4/12


8:45:PM | Selangor (2) vs (0) Johor FC
8:45:PM | Negeri Sembilan (1) vs (1) Terengganu (Live Astro Arena 801)
8:45:PM | Perak (2) vs (2) Sabah (Live RTM TV1)
8:45:PM | Felda United FC (1) vs (0) Kuala Lumpur
8:15:PM | Sarawak (0) vs (2) Kedah
8:45:PM | Terengganu PBDKT T-Team (1) vs (2) Kelantan
7:45:PM | LION XII FC (5) vs (0) Selangor PKNS

Sabahawks News: Hendrik Helmke pemain import baru Sabahawks

hendrik helmke sabah | hendrik helmke sabahawks

Hendrik Helmke...import baru Sabahawks
Sabah memuktamadkan pencarian pemain import baru untuk menggantikan penyerang import, Micheal Baird yang mengalami kecederaan lutut serius dengan mengikat pemain kelahiran Jerman, Hendrik Helmke kelmarin.

Hendrik Helmke (24 tahun) berasal dari Jerman berjaya menarik perhatian pihak pengurusan SAFA serta jurulatih, Justin Ganai mengenepikan tiga lagi calon import yang telah hadir dalam ujian pemilihan SAFA Jumaat lalu.

Menjelang Perlawanan : Liga Super Malaysia Perak vs Sabahawks 17 April 2012

Menjelang Perlawanan : Liga Super Malaysia Perak vs Sabah 17 April 2012 | Perak vs Sabahawks 17/04/2012
Sabah bertandang ke Stadium Ipoh menentang Perak malam ini untuk perlawanan pembukaan dalam pusingan kedua dan yang ke-14 dalam Liga Super Malaysia musim ini. Perlawanan malam ini berlangsung selepas hanya tiga hari pertemuan kedua-dua pasukan ini di Std. Likas tempoh hari yang menyaksikan Sabah tewas 1-3 kepada pasukan pelawat.

15 Apr 2012

Video: highlights Sabah vs Perak 14 April 2012

Video: highlights Sabah vs Perak 14 April 2012 | video sabah vs perak liga super 2012


Video highlights semua jaringan semasa perlawanan Sabah menentang Perak di Stadium Likas pada 14 April 2012.

Admin: Tinggalkan komen anda di bawah atau klik 'like' untuk mengongsikan video ini di FB...thanks..

Analisis Perlawanan: Sabah vs Perak 14 April 2012

Analisis Perlawanan: Sabah vs Perak 14 April 2012

SABAH  (1)
Zainizam Marjan (min-1)

VS

PERAK  (3)
Akmal Rizal (min-65), Mafry Balang-gs (min-67), Lazar Popovic (min-90)

Ringkasan/Highlight perlawanan:

Separuh masa pertama:
min-1: Zainizam menjaringkan gol melalui tandukan lambung melepasi penjaga gol Perak yang keluar dari gawang hasil hantaran lintang Rozaimi. Sabah 1 - 0 Perak.

Berita Bolasepak Dunia: Tragedi bolasepak Itali

Italian football came together on Saturday to pay tribute to the Livorno player Piermario Morosini, who died after suffering a cardiac arrest during his team's Serie B match at Pescara. He was 25.

Morosini, who was on loan from Udinese, collapsed in the 31st minute of the match. He was treated on the pitch before being taken to Pescara's Santo Spirito hospital. The match was abandoned, with many players leaving the field in tears.

Carta Liga Super Malaysia 14 April 2012

Carta Liga Super Malaysia 14 April 2012
Carta Liga Super Malaysia
Sabah turun satu anak tangga ke kedudukan ke-10 carta Liga Super Malaysia dengan kekal 15 mata yang mana menyaksikan PKNS merampas kedudukan ke-9 dengan jumlah kutipan 17 mata hasil kemenangan 1-0 terhadap Singapore Lions XII. Perak melonjak ke tempat ke-4 liga mengambil alih tempat pasukan Selangor. Kedudukan tiga pasukan teratas tidak berubah dengan Singapore Lions masih unggul dengan 33 mata, diikuti Kelantan (28 mata) dan Terengganu (24 mata). Empat kedudukan terbawah liga juga tidak berubah dengan Felda United, Kedah, Johor FC dan Kuala Lumpur kekal di kedudukan masing-masing.

Keputusan penuh Liga Super Malaysia 14 April 2012

Admin: Tinggalkan komen anda atau klik 'like' untuk mengongsikan post ini ke FB...thanks...

Keputusan penuh Liga Super Malaysia 14 April 2012

Keputusan penuh Liga Super Malaysia 14 April 2012

SABAH  (1)     vs      (3)  PERAK
Zainizam 1'                 Akmal 65', Mafry-og 67', Popovic 90'

PKNS  (1)      vs      (0)  SINGAPORE LIONS XII
Nicoise 80'

KELANTAN  (1)    vs     (1)  T-TEAM
Nurul Azwan 45'              K. Izwan 74'

JOHOR FC  (1)    vs      (1)  SELANGOR
Riduan Maon 18'             Balaban 81'

TERENGGANU  (1)   vs   (0)  NEGERI SEMBILAN
S. Kunanlan-og

Carta Liga Super terkini...

Admin: Tinggalkan komen anda atau klik 'like' untuk mengongsikan post ini ke FB...thanks...

14 Apr 2012

Menjelang Perlawanan: Mampukah Sabahawks meranapkan cabaran Perak malam ini???

Menjelang perlawanan Sabahawks vs Perak 14 April 2012
100% local...Kesebelasan kemungkinan Sabah vs Perak
Malam ini merupakan perlawanan yang mencabar bagi pasukan Sabahawks menentang Perak jika dilihat pada situasi yang melanda pasukan kita ini. Seperti yang dikhabarkan, Sabah akan kehilangan skurang-kurangnya lima pemain tonggak utama pasukan dengan tidak mengira dua pemain yang mengalami long term injury iaitu Julamri dan Razlan.

Sabahawks News: Empat import cuba nasib bersama Sabah FA

Pemain import Sabahawks yang bakal menggantikan Michael Baird???
Bakal pengganti Baird...Dube Phiri (Zambia), Muogai Gilles (Ghana) dan Hendrik Helmke (Jerman).
Dengan kecederaan lutut yang melanda penyerang import Sabah, Michael Baird yang dijangka mengambil masa 3 bulan untuk sembuh, Sabah FA memulakan pencarian pemain import baru yang kemungkinan besar bakal mengambil tempat Michael.

Carta Liga Super terkini 14 April 2012

Carta Liga Super Malaysia terkini 14 April 2012



Keputusan penuh Liga Super 13 April 2012:
Kuala Lumpur (0) vs (4) Felda United
Kedah (0) vs (2) Sarawak

Rekod pertemuan Sabah vs Perak

Rekod pertemuan Sabah vs Perak 2004 - 2011

Rekod pertemuan Sabah vs Perak
SABAH
Win - 3
Draw - 4
Lost - 5

Admin: Tinggalkan komen anda atau klik 'like' untuk mengongsikan post ini ke FB...thanks...

13 Apr 2012

Preview Liga Super 2012: Sabah vs Perak 14 April 2012

Preview Liga Super 2012: Sabah vs Perak 14 April 2012 | Sabahawks vs Perak 12/04/2012

Stadium Likas bergegar lagi....
Salam para sabahawkians semua...kita bertemu lagi kali ini untuk membicarakan perlawanan Liga Super yang  antara pasukan tuan rumah, Sabah menentang pasukan Perak di Std Likas malam esok. Pastinya, para peminat bolasepak tempatan menanti-nantikan perlawanan ini yang mana merupakan perlawanan terakhir bagi Sabahawks dalam pusingan pertama untuk melihat sejauh manakah pencapaian pasukan ini selepas pertengahan musim liga.

Mari kita lihat sedikit preview Sabah vs Perak...

Carta Liga Presiden Malaysia terkini 13 April 2012

Carta Liga Presiden Malaysia terkini 13 April 2012 | Kedudukan Liga Piala Presiden 2012

Admin: Tinggalkan komen anda atau klik 'like' untuk mengongsikan post ini di FB...thanksss...

Keputusan Penuh: Liga Presiden 2012 Kedah vs Sabah

Keputusan Penuh Liga Presiden 12 April 2012 : Kedah vs Sabahawks Junior

Rekod tanpa kalah 16 perlawanan Sabahawks Junior akhirnya lebur di tangan pencabar terdekat, Kedah di Std. Darulaman, Alor Setar yang berlangsung petang kelmarin. Jaringan gol oleh pemain Kedah pada minit ke-30 separuh masa pertama kekal sehingga wisel penamat untuk 3 mata penuh buat tuan rumah.

Sabahawks News: Kedah end Sabah Juniors unbeaten run

KOTA KINABALU: Sabahawks Juniors were inflicted with their first defeat of the season after being edged 1-0 by Kedah in a President’s Cup Group A challenge at the Darul Aman Stadium in Alor Setar yesterday. The visiting Sabahawks Juniors conceded the goal at the half-hour mark.

Assistant coach Burhan Ajui when contacted said that it was a game that could have gone either way. He said some lapse of concentration at their backline saw them concede the solitary strike of the day, as the hapless custodian Nikyus Saiddatul could not do much in stopping the ball from going into the back of his net.

11 Apr 2012

Ranking FIFA: Malaysia jatuh ke kedudukan 156

Ranking FIFA terbaru Malaysia 11 April 2012
Rangking FIFA Malaysia di peringkat Zon Asia (AFC)
Inilah rangking FIFA bagi zon Asia terbaru yang dikeluarkan pada 11 April 2012 yang menunjukkan Malaysia jatuh 4 anak tangga ke kedudukan 156 berbanding 152 sebelumnya.

Satu lagi perkembangan yang kurang menyenangkan dikalangan peminat bolasepak Malaysia yang rata-ratanya tidak berpuashati dengan rangking terbaru negara kita. Komen-komen peminat di laman sosial lebih banyak menghentam pihak pengurusan atasan FAM berbanding menghentam prestasi pasukan negara.

Lebih memeritkan lagi, pasukan yang tidak mempunyai liga profesional seperti Bangladesh (#152), Nepal (#149) dan Filipina (#148) kini sudah boleh mengatasi Malaysia. Inilah senario bolasepak Malaysia yang semakin menghairankan seluruh peminat bolasepak Malaysia. Sungguh memalukan!!!



Admin: Tinggalkan komen atau klik 'like' untuk mengongsikan post in ke FB.

Liga Presiden 2012: Kedah vs Sabah 12 April 2012

Liga Presiden 2012: Kedah vs Sabah 12 April 2012 | Kedah vs Sabahawks Junior


Sabahawks Juniors akan bertandang ke Std. Darulaman, Alor Setar untuk misi mempertahankan rekod tanpa kalah yang kini sudah memasuki perlawanan ke-17 musim ini. Menariknya, pertembungan ini melibatkan dua pasukan teratas carta Liga Presiden kumpulan A iaitu Sabah di tangga teratas dan Kedah di tangga ke-2. 

Sabah kini memimpin carta liga dengan 42 mata hasil dari 13 kemenangan dan 3 seri meninggalkan pasukan Kedah dengan kelebihan 5 mata. Untuk rekod, Sabah memenangi perlawanan pada pusingan pertama di Std Likas pada 16 Februari 2012 dengan jaringan 2-1.

Lihat juga:

Admin: Tinggalkan komen atau klik 'like' untuk mengongsikan post ini di FB...thanksss...

Cerita Player Kita: Syed Adney bercinta dengan artis???

Syed Adney bercinta dengan artis???

Benarkah penjaga gol Sabahawks, Syed Adney Syed Husin ada sumandak di kalangan artis Malaysia?? Menurut sumber berita Kosmo, Syed dikatakan kekasih kepada pelakon, Siti Saleha iaitu adik kepada penyanyi kumpulan band terkenal Bunkface, Sam. 

Ikuti sedikit petikan cerita mereka...
JIKA sesetengah artis wanita popular mengambil langkah berdiam diri atau mengelak apabila disoal mengenai kekasih, tetapi tidak bagi pelakon wanita yang popular menerusi watak Nora Elena, Siti Saleha, 22.

Adik kepada penyanyi Sam (Bunkface) itu mengakui dia kini sedang intim dengan seseorang. Jejaka tersebut juga dikenali ramai. Dia yang dimaksudkan ialah penjaga gol negeri Sabah bernama Syed Adney Syed Hussein yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea.

Saleha turut memberitahu Adney merupakan bekas kekasihnya sebelum ini dan hubungan mereka putus di tengah jalan kerana salah faham. Masih sayang antara satu sama lain, hubungan mereka kembali bertaut dan kini sedang menuju ke arah satu hubungan yang lebih serius dan matang.

Untuk cerita penuh...korang klik link di bawah...
Adney kekasih Saleha 

Sumber cerita: Kosmo

Admin: Tinggalkan komen anda atau klik "like" untuk mengongsikan post ini di FB...thanks...

9 Apr 2012

Carta Liga Presiden Malaysia 2012: Sabah masih unggul di puncak liga

Carta Liga Presiden Malaysia 2012 : Kumpulan A


Walaupun hanya mampu seri dengan pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 2-2 petang tadi, Sabahawks Junior terus unggul di atas liga dengan mengutip 42 mata selepas mengharungi 16 perlawanan. Walau bagaimanapun, kelebihan mata pasukan Sabah berbanding pasukan di tangga kedua telah berkurang kepada 5 mata apabila Kedah menang mengalahkan Johor 4-0. Dengan saingan Liga Presiden yang berbaki 8 perlawanan lagi, peluang Sabah untuk layak ke suku akhir sememangnya sudah dalam genggaman berdasarkan kedudukan pasukan di tangga ke-5 iaitu Kelantan yang ketinggalan 14 mata di belakang Sabah. Untuk pengetahuan, hanya empat pasukan teratas di Kumpulan A dan B layak ke peringkat suku akhir.

Sumber gambar:
RedsfcNews.Gegar.my

Admin: Tinggalkan komen anda dibawah atau klik "like" untuk mengongsikan post ini di Facebook.

Liga Presiden 2012: Keputusan semua perlawanan Liga Presiden 9 April 2012

Liga Presiden 2012: Keputusan semua perlawanan Liga Presiden 9 April 2012

SABAH 2-2 SSBJ
PAHANG 5-0 PERAK
SSTMI 2-2 JOHOR MBJB
PDRM 0-2 SIME DARBY
JOHOR FA 0-4 KEDAH

Liga Piala Presiden 2012: Sabahawks Junior vs Sukan Sekolah Bukit Jalil (SSBJ) 9 April 2012

Liga Piala Presiden 2012: Sabahawks Junior vs Sukan Sekolah Bukit Jalil (SSBJ) 9 April 2012 | Sabah vs SSBJ


Keputusan Penuh:

SABAH (2)
Leopold Alfonso Otong (21')
Maxsius Musa (36')

vs

SSBJ (2)

Admin: Tinggalkan komen anda dibawah atau klik "like" untuk mengongsikan post ini di Facebook.
 

Video: Semua gol Negeri Sembilan (2) vs (2) Sabah

Video semua gol perlawanan Negeri Sembilan vs Sabah 2-2 7 April 2012 | Negeri Sembilan vs Sabahawks


Admin: Tinggalkan komen anda atau klik 'like' untuk mengongsikan post ini di Facebook.

Sabahawks News: Well-deserved one point

KOTA KINABALU: Sabah head coach Justin Ganai has mixed feelings after seeing his side steal a point in the 2-2 draw against Negeri Sembilan in an away tie of the Super League at the Tuanku Abdul Rahman Stadium on Saturday.

Justin was proud to see his charges fight their hearts out after trailing 2-0 at the hour mark and ended with the well-deserved draw, which he insisted was not an easy task.

7 Apr 2012

Keputusan Penuh Liga Super 2012: Negeri Sembilan vs Sabah 7 April 2012

Keputusan Penuh Liga Super 2012: Negeri Sembilan vs Sabah 7 April 2012


Negeri Sembilan (2)
Jeff Owona (52')
Shukor Adan (57')

vs

Sabah (2)
Shahrudin Yakup (74')
Ronny Harun (77')

Sabah berjaya mengikat Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abd. Rahman, Paroi 2-2 sebentar tadi. Tahniah kepada Sabahawks!!!! Sabah Tatappp...

Admin: Leave your comment or like this post...thanksss...

Keputusan Perlawanan Liga Super 2012: 7 April 2012

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 7 APRIL 2012

Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia 7 April 2012
Selangor (6) vs (1) Terengganu
Negeri Sembilan (2) vs Sabah (2)
Perak (2) vs (1) Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Felda United FC (2) vs (0) Kedah
Sarawak (1) vs (1) Kelantan
Johor FC (0) vs (1) LION XII FC

Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia 6 April 2012
Terengganu PBDKT T-Team (1) vs (4) Selangor PKNS

Pilihan Sabahawkians: Kesebelasan Sabahawks bertemu Negeri Sembilan 7/4/12

Pilihan Sabahawkians: Kesebelasan Sabahawks bertemu Negeri Sembilan Liga Super 7/4/12

Adakah ini kesebelasan utama Sabahawks menentang Negeri Sembilan malam ini???

Kesebelasan pilihan Sabahawkians Sabahawks vs Negeri Sembilan 7/4/12

Leave your comment below or like this post...thanks.
 

Cerita Admin: Kejutan Sabahawks di Paroi?

Headlines surat khabar besok...

"Sabah Lakar Kejutan di Paroi"


Adakah keputusan di Paroi malam ini akan memberi kita kejutan???

Apa-apapun....kita layan dulu cerita admin...

Pastinya ramai dari antara kita sebagai peminat Sabahawks mengharapkan kemenangan akan dibawa pulang dari Std. Tuanku Abd. Rahman, Paroi malam ini. Namun, jika ditanya mengenai peluang Sabahawks, rata-rata peminat memberi peluang 50-50. Nah...terserlah betapa keyakinan kita terhadap kemampuan pasukan kita untuk mencuri 3 mata dari N9. Dan kiranya Sabahawks melakarkan kemenangan malam ini, ianya pasti satu kejutan bagi kita...bukankah begitu??? Apa-apapun...taapun dulu....

Kalau kita ambil prestasi players Sabah semasa menentang Selangor Sabtu lalu sebagai ukuran untuk game malam ini, rasa-rasanya kempunan la kita merasa 3 points. Lihat juga statistik prestasi game Sabahawks di tempat lawan...3 seri dan kalah 2 kali...terbaru kita tewas kepada Terengganu 6-3...sorry kasi mention balik...apa yang menakutkan kita, pasukan N9 pasti turun bermain habis-habisan malam ini untuk menebus kekalahan mereka di tangan pasukan Singapore Lions Isnin lalu.

Kalaul setakat mengharapkan sentuhan magis dari jurulatih, Mr.Justin Ganai, belum ada jaminan Sabahawks boleh mencipta kejutan malam ini. Apa yang menjadi harapan kita malam ini ialah: NASIB...ada 'Ong' bilang orang cina...Terus terang kita akui Sabah adalah pasukan underdog menentang N9 malam ini, tapi...kalau ong@nasib menyebelahi Sabahawks, sudah pasti 3 mata boleh kita curi di kandang rusa...hehehe... Main cantik tapi kalau tiada nasib, hasilnya tatap tidak cantik. Buruk mainan tapi kalau nasib bagus, manang juga...ingat lagi kah kamurang game Sabah vs Singapore Lions tu ari...Sabah control game tapi tiada nasip, last-last kalah juga. Tu malam memang Singapore punya 'ong'...1 shot on target dan dapat 1 gol...bikin panasssss...

Bukan menidakkan kemampuan Justin & Company, tapi kita akuilah bahawa mainan Sabah masih belum cukup meyakinkan kita 100%. Apa yang kita harapkan kepada players kita, lakukan terbaik malam ini dan main biar all out...harap-harap ONG di tempat kita...dan harap-harap ada kejutan ni malam...maksud kami, kejutan yang buli buat kita gembira. Jangan ja kejutan bikin sakit jantung macam di Kuala Terengganu...palis-palis....

Sabah Tatappp!!!
Admin: Leave your comment below or like this post...thanks.

6 Apr 2012

Keputusan Liga Perdana Malaysia 6 April 2012

Keputusan Penuh Liga Perdana Malaysia 6/4/2012

MP Muar (3) vs (2) USM Staf

Pos Malaysia (0) vs (3) Johor
 
NS Betaria (0) vs (4) Pahang 

MBJB FC (0) vs (3) Sime Darby
Perlis (0) vs (1) Harimau Muda B
PDRM (0) vs (2) ATM

Sabahawks Junior 13th win of the season

Kota Kinabalu: The Sabah President Cup squad turned on the power in the second half to thrash Melaka 4-0 at the Likas Stadium on Thursday evening.

The rain-interrupted match which was twice abandoned in the first 27 minutes saw the home team managing to score only a goal in the first half. 

It was difficult for both sets of players as the slippery pitch failed to generate any swift movement from both teams. It was not until the second restart that Sabah managed to test the Melaka keeper with several long range shots and it was Zackalani Antanom who unlocked the deadlock with a strike in the 37th minute. 

The second half was barely a minute on the clock when a corner taken by Sabri Sahar evaded all the Melaka players allowing Dendy Lowa the easiest of task to tap in from close range. 

Sabah missed several sitters after the goal and it was not until the introduction of top scorer Zulmansyah Aling that they finally added another goal. 

The Sandakan lad who was only called in to replace Eyo Mathew few minutes earlier unleashed a beauty with his first touch that hit the crossbar and crossed the line with the keeper well beaten in the 59th minute.
Maxsius Musa added another identical goal in the 80th minute to score Sabah's biggest winning margin in the competition so far. 

Team Manager Juil Nuatim who was a bit worried in the first half was delighted with the win at the end.
"We could have gone two up before the match was stopped for the first time. With the slippery condition, I was a bit worried that our players may not be able to play their best. Luckily they passed the test with flying colours and I am very happy for them." 

"I expected our boys to win the match comfortably after the 4-1 result in the earlier round but I was also surprised that Melaka fielded a different set of players altogether and I was made to understand that these are their Sukma squad players." 

Coach Johnny Dominicus was also pleased with the final outcome and the three points earned.
"It wasn't easy to play in that condition especially with the match twice abandoned and the strong wind condition. So to win by four goals was a very good result under the circumstances although it could have been more." 

The victory was Sabah's 13th in the campaign so far and they are currently top of Group A with 41 points.
Their next match will be another home tie against the Bukit Jalil Sports School next Monday (April 9). 

Sumber Berita:
Daily Express - 6 April 2012

Admin: Leave your comment below or like this post...thanksss...

5 Apr 2012

Keputusan Penuh Liga Presiden: Sabah vs Melaka 5/4/12

Keputusan penuh Liga Presiden 2012: Sabahawks Junior vs Melaka 5/4/12

Keputusan Penuh:

Sabah (4)
Zackalani Antanom (37')
Dendy Lowa (46')
Zulmanshah Aling (60')
Maxsius Musa (81')

VS

Melaka (0)


Keputusan Lain:
Perak (2) - (1) Sarawak,
Sime Darby (1) - (0) T Team,
N.Sembilan (1) - (0) Pulau Pinang,
Terengganu (1) - (1) NS Betaria,
Selangor (3) - (1) Pahang,
MP Muar (4) - (3) Johor FC,
SSBJ (2) - (0) Johor FA.
Kedah (2) - (1) PDRM,
Kelantan (0) - (1) SSTMI
Melodi Jaya (1) - (3) SDM Kepala Batas
ATM (1) - (0) Kuala Lumpur
Perlis (0) - (2) PKNS

Preview Liga Presiden 2012: Sabah vs Melaka 5/4/12

Liga Presiden 2012: Sabahawks Junior vs Melaka 5/4/12

Sabahawks Junior turun padang hari ini  bagi meneruskan misi memburu kemenangan ke-13 dalam saingan Liga Presiden dengan melayan kunjungan Melaka di Stadium Likas pada 4.15 petang ini. Ini merupakan perlawanan ke-15 Sabahawks Junior dalam liga yang mana menyaksikan pasukan ini terus mengungguli takhta liga dengan kutipan 38 mata hasil dari 12 kemenangan, 2 kali seri dan masih belum tewas musim ini. 

Yang pastinya, pemain-pemain Sabahawks Junior akan bermain dengan moral yang tinggi setelah melakar kemenangan 9 kali berturut-turut termasuk kemenangan 1-0 ke atas Johor Isnin lalu. Dan lebih manis lagi, mereka tidak melepaskan sebarang gol dalam 7 perlawanan terakhir mereka.

Sabahawks Junior dijangkan menurunkan kesebelasan terbaik petang ini dengan hanya pemain tengah, Umareng Bacok terlepas aksi kerana penggantungan 2 perlawanan kerana menerima kad merah dalam perlawanan Sabah-Johor lalu. Difahamkan juga bahawa penyerang, Leopold Alfonso Otong, tidak mendapat pelepasan daripada skuad senior yang sedang dalam persiapan untuk perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan Sabtu ini.

Pada aksi pusingan pertama di Std. Hang Tuah, Sabah menumpaskan Melaka dengan jaringan 4-1.

Pengurus pasukan, Juil Nuatin mengingatkan agar para pemain untuk fokus terhadap permainan dan tidak mengambil mudah terhadap kemampuan pasukan lawan.

“Although we are playing at home, but we must treat this game seriously. Of course, I’m optimistic of them delivering the result. We won our first round encounter 4-1 on the road (against Melaka), but then again, if they go into any battle with a negative mind by taking things for granted, we could be punished.

“So tomorrow (today), it is important for us to go out there and play to our best abilities,” said Juil, while calling on his charges to score as many goals as they could in the match, which kicks off at 4.15pm.

News Sabah Times

Admin: Leave your comment below or share this post to Facebook by clicking "Like"...Thanksss...

Analisis Head-2-Head: Negeri Sembilan vs Sabahawks

Liga Super Malaysia: Negeri Sembilan vs Sabah 7/4/12


Head-2-Head: 6 perlawanan terakhir
Sejarah pertemuan Sabah menentang Negeri Sembilan dalam 6 perlawanan terakhir

 Statistik Negeri Sembilan vs Sabah
Statistik pasukan Negeri Sembilan dan Sabah dalam Liga Super 2012




Sumber statistik:
soccerway.com

Admin: Leave your comment below or like this post...thanksss...

3 Apr 2012

Makluman dari Admin: Page Facebook Sabahawkians

Salam Sabahawkians semua,

Facebook Page Sabahawkians lama mengalami masalah teknikal...so, admin terpaksa create page baru dengan menggunakan nama yang sama...please take note rakan-rakan semua...

Ini page baru Sabahawkians di Facebook
http://www.facebook.com/Sabahawkians

Segala kesulitan amatlah dikesali....terus support Sabahawkians....
Sabah Tatap!!!!

Admin: Klik Like dibawah untuk sebarkan mesej ini di Facebook...thanksss...

Sabahawks Junior Unstoppable...ninth straight win

KOTA KINABALU: The Sabahawks Juniors recorded their ninth consecutive win after nicking a slim 1-0 win over Johor in a President’s Cup challenge at the Kluang Municipal Council field yesterday.

That was their 12th victory of the season, which saw them unshakeable at the top of the Group A standings with 38 points in their bag after 14 matches into the season. Jetko Romedius turned hero for his side by netting the solitary goal at the half-hour mark by coolly tapping home the winner from close range.

“I’m happy with the result. Even though it was only a slim win, but most importantly, we managed to get the three points. Furthermore, it also helps us keep our unbeaten run intact, which is good,” commented Sabah team manager Juil Nuatim when contacted yesterday.

Juil, who could not make the trip to the Southern State as he had to attend a meeting, said: “As I had expected, it was quite a tough encounter. I was told by the coaching staff that we had a good first half, and could have scored more goals, but unfortunately we only managed to find the net once.

Zackkalani Antanom was presented with two golden opportunities to put his name on the scoresheet, but he wasted both chances.On the first occasion, he had already defeated the defender, only to see his attempt hit the woodwork while on the second, his close range effort went inches wide even with the Johor keeper already beaten.

“Nevertheless, it was a good three points on the road for the boys, and again, they have shown great fighting spirit throughout.

“I’m so happy to note that our players managed to keep cool heads throughout the game, except for one incident where one of our players was given the marching orders,” said Juil referring to flanker Umareng Bacok, who was shown the red card for retaliation.

Earlier on, it was Johor who were forced to play with a man lesser after one of their players was red carded in the 58th minute before the Umareng incident, which happened about 15 minutes from time.

“He got a hard knock from behind by a Johor player. He retaliated, and the referee had no hesitation in giving him the red card,” commented assistant coach Burhan Ajui.

The Sabahawks Juniors will take on Melaka and Bukit Jalil Sports School in their next two matches both at home on April 5 and April 9 respectively.

News source: News Sabah Times

1 Apr 2012

Video Highlights Liga Super 2012: Sabah (1) vs Selangor (1) 31/03/2012

Video Highlights Liga Super 2012: Sabah (1) vs Selangor (1)


Liga Super 2012 Sabah vs Selangor: Sabahawks gagal misi mengutip 3 mata penuh

Keputusan Liga Super 2012 Matchday 11: Sabahawks vs Selangor 31 Mac 2012

Sabah gagal mengutip 3 mata penuh setelah hanya mampu seri dengan Selangor di Stadium Likas malam tadi. Bermain dihadapan lebih kurang 12 ribu penonton, Sabah bermula garang dan hanya memerlukan 4 minit untuk melakukan jaringan menerusi pemain import, Michael Baird. Gol berpunca dari hantarn lambung jauh dari sebelah kanan oleh Shahrul Azhar Ture yang gagal dibaca oleh pertahanan dan penjaga gol lawan untuk Baird mudah menolak masuk kedalam gawang yang ternganga luas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...