20 Apr 2012

Liga Presiden 19 April 2012: Sabahawks Junior menewaskan Sime Darby 3-2

Keputusan Penuh Liga Presiden: Sabah (3) - (2) KL Sime Darby 19 April 2012

SABAH (3)
Zackalani Antanom (min-8)
Dendy Lowa (min-81)
Umareng Bacok (min-90)

vs

KL Sime Darby (2)
Razid Gapar (gs. min-45)
Abd. Muiz Abd. Talib (min-69)

Lolos.....Zackalani lolos dari pertahanan
Sime Darby
Umareng Bacok menjadi wira pasukan Sabahawks Junior apabila jaringannya pada masa kecederaan memusnahkan harapan KL Sime Darby mencuri satu mata di Stadium Likas petang kelmarin. Ketika perlawanan menuju ke wisel penamat dengan kedudukan seri 2-2, Umareng melonjak tinggi untuk menanduk bola hantaran lintang Jetko Romedius menerjah jaring pasukan pelawat untuk Sabah mencatat kemenangan 3-2.
Zackalani Antanom terlebih dahulu melakar jaringan untuk Sabah pada minit ke-8 melalui tandukan hasil hantaran lintang Sabri Sahar. Namun, kesilapan pemain Sabah, Razid Gapar yang tertampan bola ke dalam gawang sendiri membolehkan Sime Darby mengikat kedudukan 1-1 pada masa pertama.

Bersambung di babak kedua, hujan yang turun sedikit menganggu rentak kedua-dua pasukan, namun Sime Darby berjaya membolosi gawang Sabah di minit ke-69 hasil jaringan Abd. Muiz Abd. Talib untuk mereka mendahului 2-1.

Sabah yang tersentak dengan jaringan tersebut mula melakukan asakan dan hasilnya, mereka menemui jaringan penyamaan pada minit ke-81 menerusi pemain pertahanan Dendy Lowa. Gol tersebut berpunca dari sepakan percuma Leopold Alfonso diluar kotak penalti yang terkena pemain Sime Darby sebelum bola singgah di kaki Dendy yang mudah menolak masuk.

Sabahawks mengesahkan kemenangan mereka pada masa kecederaan menerusi jaringan Umareng Bacok.

Kemenangan petang kelmarin adalah yang ke-14 Sabah musim ini selepas 18 perlawanan dan kini mengutip 45 mata untuk berada di tangga teratas carta liga.

Sabah akan menentang pasukan Johor Melodi Jaya di tempat lawan untuk perlawanan seterusnya.

Sumber gambar:
News Sabah Times

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...