Ultras Genoa protes di padang
Liga Itali kecoh lagi.
Baru-baru ini, kita digegarkan dengan berita kematian pemain liga serie B, Piermario Morosini di atas padang. Kali ini, penyokong pula membuat kecoh di padang yang menyebabkan permainan terhenti selama 45 minit ketika perlawanan Serie A Itali antara Genoa dan Siena.
Insiden ini berlaku apabila pasukan tuan rumah, Genoa ketinggalan 0-4 selepas perlawanan berlangsung 53 minit yang menyebabkan penyokong fanatik tuan rumah mula melakukan tindakan protes dengan membaling mercun dan menceroboh bumbung terowong pemain.
Kapten Genoa, Marco Rossi bersemuka dengan ultras tersebut, yang mana meminta semua pemain Genoa untuk menanggalkan jersi mereka atas alasan pemain-pemain tersebut tidak layak memakainya. Marco bersetuju dengan permintaan ultras tersebut dan mula mengutip jersi dari rakan-rakannya. Giandomenico Mesto, salah seorang pemain Genoa dilihat menitiskan air mata semasa menyerahkan jersinya. Namun, seorang pemain, Giuseppe Sculli, enggan menyerahkan jersinya dengan alasan bahawa dia telah memberikan yang terbaik dalam perlawanan tersebut yang kemudiannya diikuti oleh penjaga gol pasukan tersebut, Sebastian Frey.
Sculli kemudiannya dilihat menemui ultras tersebut di bumbung terowong untuk cuba memberikan penjelasan kepada ultras tersebut. Kekecohan akhirnya tamat dengan kelihatan Sculli menangis sambil ditenteramkan oleh salah seorang ultras tersebut.
Perlawanan tersebut disambung semula selepas 45 minit dengan pasukan Genoa membalas satu gol (gol sendiri pemain Siena) untuk keputusan penuh Genoa tewas 1-4. Difahamkan juga, ekoran insiden itu, Genoa akan digantung dari bermain di stadium sendiri sehingga tamat musim.
Inilah kefanatikan ultras di Itali dan bukti kekuasaan penyokong.
Kita bagaimana???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan