1 Apr 2012

Liga Super 2012 Sabah vs Selangor: Sabahawks gagal misi mengutip 3 mata penuh

Keputusan Liga Super 2012 Matchday 11: Sabahawks vs Selangor 31 Mac 2012

Sabah gagal mengutip 3 mata penuh setelah hanya mampu seri dengan Selangor di Stadium Likas malam tadi. Bermain dihadapan lebih kurang 12 ribu penonton, Sabah bermula garang dan hanya memerlukan 4 minit untuk melakukan jaringan menerusi pemain import, Michael Baird. Gol berpunca dari hantarn lambung jauh dari sebelah kanan oleh Shahrul Azhar Ture yang gagal dibaca oleh pertahanan dan penjaga gol lawan untuk Baird mudah menolak masuk kedalam gawang yang ternganga luas.

Sabah hampir-hampir menggandakan jaringan pada minit ke 20 apabila Rozaimi yang mendapat umpanan Zainizam membuat first timer yang mengegar palang pasukan Selangor. Selang 3 minit kemudian, Rozaimi sekali lagi mendapat peluang apabila melakukan percubaan derasa dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas oleh G.Jeevanathan. Namun, Baird gagal membuat penyudah hasil dari bola muntah dengan hanya melakukan sepakan lemah yang mudah ditangkap G. Jeevananthan.

Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-35 menerusi sepakan percuma diluar kotak penalti oleh Bosko Balaban yang berjaya menewaskan Syed Adney, namun terkena tiang sebelum dikeluarkan oleh pertahanan Sabah. 15 minit terakhir menyaksikan 3 kad kuning dilayangkan masing-masing kepada Azidan Sarudin, K.Gurusamy dan Baird. Tamat separuh masa pertama Sabah mendahului Selangor 1-0.

Bersambung babak kedua, Selangor tampak lebih banyak menguasai perlawanan dengan beberapa gerakan-gerakan cantik dilakukan namun gagal menghasilkan sebarang jaringan sehinggalah pada minit ke 60. Hasil daripada gerakan pada sebelah kanan gawang Sabah, pemain sayap Selangor, Solihin melakukan satu hantaran lambung yang gagal dijangkau oleh Alto dan K.Gunalan yang tidak dikawal melakukan rembatan kencang menewaskan Syed Adney untuk mengikat kedudukan.

Selepas jaringan tersebut, Selangor terus menguasai permainan dengan Sabah sekali sekala melakukan serangan balas yang merbahaya di depan pintu gol Selangor. Namun, jaringan 1-1 itu kekal sehinggalah wisel penamat ditiupkan pengadil perlawanan.

Dengan keputusan ini, Sabah turun satu anak tangga ke kedudukan ke-9 dalam Liga Super dengan mengutip 14 mata dari 11 perlawanan. Selangor pula kekal di tangga ke-6 liga dengan mengutip 17 mata daripada 12 perlawanan.

Lain-lain keputusan 31/03:
PKNS (1) - (4) Sarawak
Kelantan (5) - (1) Felda United
Singapore Lions XII (2) - (1) T-Team
Terengganu (0) - (0) Johor FC

Admin: Leave your comment below or like this post.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...