11 Apr 2012

Cerita Player Kita: Syed Adney bercinta dengan artis???

Syed Adney bercinta dengan artis???

Benarkah penjaga gol Sabahawks, Syed Adney Syed Husin ada sumandak di kalangan artis Malaysia?? Menurut sumber berita Kosmo, Syed dikatakan kekasih kepada pelakon, Siti Saleha iaitu adik kepada penyanyi kumpulan band terkenal Bunkface, Sam. 

Ikuti sedikit petikan cerita mereka...
JIKA sesetengah artis wanita popular mengambil langkah berdiam diri atau mengelak apabila disoal mengenai kekasih, tetapi tidak bagi pelakon wanita yang popular menerusi watak Nora Elena, Siti Saleha, 22.

Adik kepada penyanyi Sam (Bunkface) itu mengakui dia kini sedang intim dengan seseorang. Jejaka tersebut juga dikenali ramai. Dia yang dimaksudkan ialah penjaga gol negeri Sabah bernama Syed Adney Syed Hussein yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea.

Saleha turut memberitahu Adney merupakan bekas kekasihnya sebelum ini dan hubungan mereka putus di tengah jalan kerana salah faham. Masih sayang antara satu sama lain, hubungan mereka kembali bertaut dan kini sedang menuju ke arah satu hubungan yang lebih serius dan matang.

Untuk cerita penuh...korang klik link di bawah...
Adney kekasih Saleha 

Sumber cerita: Kosmo

Admin: Tinggalkan komen anda atau klik "like" untuk mengongsikan post ini di FB...thanks...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...