13 Apr 2012

Keputusan Penuh: Liga Presiden 2012 Kedah vs Sabah

Keputusan Penuh Liga Presiden 12 April 2012 : Kedah vs Sabahawks Junior

Rekod tanpa kalah 16 perlawanan Sabahawks Junior akhirnya lebur di tangan pencabar terdekat, Kedah di Std. Darulaman, Alor Setar yang berlangsung petang kelmarin. Jaringan gol oleh pemain Kedah pada minit ke-30 separuh masa pertama kekal sehingga wisel penamat untuk 3 mata penuh buat tuan rumah.

Ini merupakan kekalahan pertama pasukan Sabahawks Junior musim ini setelah mengharungi 17 perlawanan. Namun, Sabah masih kekal di persada Liga Presiden bagi Kumpulan A dengan kutipan mata 42 hasil 13 kemenangan, 3 seri dan kalah 1 kali. Kedah, kini merapatkan lagi jurang perbezaan mata kepada hanya dua mata manakala pasukan di tempat ke-3, KL Sime Darby terus mengekori dengan 39 mata selepas mencatatkan kemenangan ke atas Johor 1- 0 kelmarin.

Lain-lain keputusan Kumpulan A semalam:
Melodi Jaya  0 - 4  PDRM
SSBJ  4 - 0  Melaka
Johor MBJB  1 - 0  Penang SDM
Kelantan  2 - 1  T-Team
KL Sime Darby  1 - 0  Johor

Carta Liga Presiden terkini...klik disini.

Admin: Tinggalkan komen anda atau kongsikan post ini di FB dengan klik 'like'....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...