7 fakta menarik dalam perlawanan Perak menentang Sabahawks
1. Sabah menurunkan 100% pemain tempatan berbanding Perak yang menurunkan dua pemain import iaitu Michel Kubala dan Albert Bodjongo.
2. Irwan Jamil melakukan penampilan pertama dalam kesebelasan utama Justin Ganai. Irwan melakukan satu 'supersave' untuk menyelamatkan percubaan membias dari Kubala ketika bola seakan-akan masuk ke gawang. Sayangnya, Irwan cedera di bahagian muka berlanggar dengan tiang dalam usahanya menyelamatkan bola tersebut.
3. Empat gol yang dihasilkan di Stadium Perak oleh dua pemain yang masing-masing menjaringkan dua gol. Zainizam Marjan untuk Sabah dan Kubala untuk Perak.
4. Persamaan dua hero pasukan masing-masing iaitu Zainizam dan Kubala adalah kedua-duanya berumur 31 tahun dan boleh dikategorikan sebagai pemain veteran.
5. Ketepatan Kubala bejaya membolosi gawang Sabah dua kali melalui dua sepakan percuma yang terhasil di luar kotak penalti Sabah. Dua freekick dan dua gol.
6. Keputusan seri 2-2 yang Sabah catatkan semalam adalah yang ke empat dalam Liga Super dan kesemuanya dilakukan ditempat lawan.
7. Sabah kini melebarkan lagi rekod "tanpa menang" di Stadium Perak kepada 9 perlawanan dalam tempoh 8 tahun sejak 2004.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan