8 Mac 2020

Statistik perlawanan Sabah vs Felda United CIMB Liga Super 2020

Statistik perlawanan Sabah vs Felda United | Cimb Liga Super Malaysia

Keputusan Penuh Perlawanan #Minggu ke-2:

Sabtu, 7 Mac 2020, 8.15 malam
Stadium Likas, Kota Kinabalu

SABAH (3)
Rodoljub Paunovic 12'
Park Tae Su 39'
Maxsius Musa 78'

VS

FELDA UNITED (1)
Khairul Amri 74'



Statistik perlawanan

Sabah : Felda United
Penguasaan Bola : 44% - 56%
Percubaan (tepat) : 8(5) - 5(3)
Sepakan Penjuru : 8 - 1
Offside : 3 - 2
Kekasaran : 18 - 14
Kad Kuning : 3 - 2
Kad Merah : 0 - 0

Senarai Kesebelasan Pemain

Sabah :
1-Wan Azraie (GK), 3-Rawilson Batuil (Kapten), 6-Park Tae Su, 15-Randy Baruh, 16-Zubir Azmi, 19-Ummareng Bacok, 8-Azzizan Nordin, 10-Petrus Shitembi, 9-Kassy Gnabouyou, 20-Rodoljub Paunovic

Simpanan:
30-Rozaimie Rohim, 2-Mafry Balang, 11-Alto Linus, 13-Hamran Peter, 14-Jenius Karib, 21-Maxsius Musa, 25-Evan Wensley

Felda United :
1-Muhaimin Mohd (GK), 2-Azarul Nazarith, 6-Faiz Mazlan, 20-Ezanie Mat Salleh, 30-Haziq Fuad, 21-Jasazrin Jamaluddin, 27-Ariff Farhan, 7-Frederic Bulot, 9-Ryutari Megumi, 10-Nicolas Velez, 19-Khairul Amri

Simpanan:
24-Syah Fadil, 3-Tasnim Fitri, 4-Fadhil Idris, 13-Zul Fahmi Awang, 17-Azmizi Azmi, 23-Haiqal Azahar, 33-Nikola Raspopovic

#Sumber statistik perlawanan: www.stadiumastro.com

2 Mac 2020

Keputusan penuh perlawanan PDRM vs Sabah Liga Super Malaysia

Keputusan penuh perlawanan PDRM vs Sabah 1 Mac 2020 | Liga Super Malaysia minggu #1

PDRM (0)
vs
SABAH (0)

9.00 malam, 1 Mac 2020
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras

Sabah memulakan saingan Liga Super 2020 dengan satu catatan yang boleh dianggap sebagai positif dengan mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang satu lagi pasukan pendatang baru Liga Super iaitu PDRM di Stadium Bola Sepak Cheras malam tadi.

Petrus Shitembi dalam aksi menentang PDRM. Foto dari FB PDRM FA.

Perlawanan antara dua pasukan 'underdog' dalam saingan Liga Super musim ini menyaksikan pasukan pelawat, Sabah lebih banyak menguasai bola hasil gandingan mantap pemain tengah, Petrus Shitembi dan Azizzan Nordin. Sabah terlebih dahulu mengancam gawang lawan di minit ke-11 menerusi percubaan Alto Linus dari luar kotak penalti hasil umpanan ke belakang dari Petrus, namun sepakannya tersasar.

PDRM hampir didepan pada minit ke-27 menerusi satu tandukan hasil daripada sepakan sudut, namun sedikit tersasar di sebelah kanan tiang gol Sabah. Selang lima minit kemudian, PDRM sekali lagi mengancam gawang Sabah menerusi satu rembatan dari luar kotak penalti oleh penyerang import, German Antonio namun berjaya ditangkap kemas penjaga gol Sabah, Wan Azraie.

Sabah diminit ke-35 memiliki peluang terbaik untuk berada di depan menerusi Alto Linus yang mendapat umpanan menarik dari Hector Ramos namun rembatan leret Alto dari sebelah kanan dalam kotak penalti berjaya dihalang penjaga gol PDRM untuk memberikan sepakan sudut.

Di babak kedua, Sabah sekali lagi terlepas peluang keemasan untuk mendapatkan gol pada minit ke-63 menerusi satu hantaran lintang cantik dari Petrus Shitembi tetapi gagal disambar oleh Rodoljub Paunovic. Percubaan susulan dari Alto Linus berjaya dihalang oleh penjaga gol walaupun berada dalam kedudukan terbaik untuk melakukan jaringan.

Minit ke-78, PDRM mengancam gawang Sabah menerusi satu percubaan terus dari sepakan percuma kapten, Mohd. Safiee Ahmad dari jarak 25 meter namun melewati palang. Di penghujung permainan, pemain gantian Sabah, Mohd Azwan Fattah melakukan satu voley dari luar kotak penalti namun sedikit tinggi di atas palang. Tamat perlawanan, PDRM dan Sabah sekadar seri tanpa jaringan.

Kesebelasan Sabah:
Wan Azraie (GK), Randy Baruh, Rawilson Batuil (Kapten), Park Tae Su, Zubir Azmi, Dennis Buschening, Alto Linus, Azizzan Nordin, Petrus Shitembi, Rodoljub Paunovic, Hector Ramos.

Simpanan:
Rozaimie Rohim, Dendy Lowa, Jenius Karib, Ummareng Bacok, Evan Wensley, Mohd Azwan Fattah, Hamran Peter.

22 Feb 2020

Jadual dan keputusan perlawanan Liga Piala Presiden 2020

Jadual Perlawanan | Keputusan perlawanan Liga Piala Presiden 2020


Berikut adalah jadual perlawanan Piala Presiden yang membabitkan pasukan bawah 21 tahun Sabah FA bagi musim 2020. Sabah diletakkan dalam kumpulan B (Zon Selatan) bersama 10 pasukan lain untuk menjadikan 11 pasukan dalam kumpulan ini berbanding 10 pasukan dalam kumpulan A.

Liga akan dimainkan dalam dua pusingan iaitu pusingan pertama dan kedua iaitu 20 perlawanan bagi setiap pasukan. Sepak mula Liga Piala Presiden akan bermula pada 24 Februari 2020.

Jadual dan keputusan perlawanan Sabah U-21 Piala Presiden 2020:

PUSINGAN PERTAMA
# Tarikh Masa Tuan Rumah
Pelawat
1 24.02, (Mon) 4.15 pm SABAH 1-0 MELAKA
2 02.03, (Mon) 4.45 pm KUALA LUMPUR 2-1 SABAH
3 05.03, (Thu) 4.15 pm SABAH 5-0 UKM FC
4 12.03, (Thu) 4.15 pm SABAH 2-3 SELANGOR
5 19.03, (Thu) 4.15 pm SABAH - NEGERI SEMBILAN
6 26.03, (Thu) 4.15 pm KUCHING FA - SABAH
7 30.03, (Mon) 4.15 pm SABAH - JDT III
8 02.04, (Thu) 4.45 pm UITM FC - SABAH
9 06.04, (Mon) 4.15 pm SARAWAK UTD - SABAH
10 09.04, (Thu) 4.15 pm SABAH - PJ CITY FC

Jadual pusingan kedua akan dikemaskini kemudian. Jadual tertakluk kepada perubahan oleh FAM.

*Sumber jadual adalah dari laman web rasmi FAM.

21 Feb 2020

Piala Presiden 2020

Piala Presiden | Liga U-21 | Liga Simpanan 2020


Piala Presiden adalah merupakan pertandingan liga yang melibatkan pasukan pemain bawah 21 tahun bagi pasukan yang bertanding di Liga Malaysia. Liga ini akan membuka tirai pada 24 Februari 2020 (Isnin) bagi peringkat liga kumpulan sehingga 30 Julai 2020 sebelum memasuki peringkat kalah mati.

Format pertandingan Piala Presiden kali ini dilihat sedikit berbeza berbanding musim lalu yang mana dari segi pembahagian pasukan kepada kumpulan, pasukan tidak lagi diundi tetapi diletakkan mengikut zon iaitu utara dan selatan.

Selain itu, format bagi pusingan peringkat kalah mati juga berubah yang mana pada musim ini, lapan pasukan teratas di setiap kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya (pusingan 16) berbanding hanya empat teratas musim sebelum ini.

Format peringkat kalah mati. Sumber dari web rasmi FAM.

Berikut adalah format pertandingan Piala Presiden yang dipetik dari web rasmi FAM:

Format Pertandingan Piala Presiden 2020:

* Sepak mula pada 24 Februari 2020 (Isnin)

* Peringkat liga: 21 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan Kumpulan A (Zon Utara) dianggotai 10 pasukan manakala Kumpulan B (Zon Selatan) dengan 11 pasukan

* Selepas selesai kesemua perlawanan liga dua pusingan (18 perlawanan Kumpulan A dan 20 perlawanan Kumpulan B), lapan pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati

* Peringkat kalah mati: Pusingan 16, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Final akan berlangsung secara timbal balik

Pasukan yang bertanding mengikut kumpulan

Kumpulan A (Zon Utara)
1. Akademi Mokhtar Dahari (AMD)
2. Kedah
3. Kelantan
4. Felda United
5. Kelantan United
6. Pahang
7. PDRM
8. Perak III
9. Pulau Pinang
10. Terengganu FC III

Kumpulan B (Zon Selatan)
1. JDT III
2. Kuala Lumpur
3. Kuching FA
4. Melaka
5. Negeri Sembilan
6. PJ City FC
7. Sabah
8. Sarawak United
9. Selangor
10. UiTM FC
11. UKM FC

*Sumber info dipetik dari laman web rasmi FAM.

Jadual Perlawanan Sabah FA Liga Super 2020

Jadual perlawanan Sabah FA Liga Super 2020 | Jadual dan Keputusan perlawanan Sabah 2020


Berikut adalah jadual penuh perlawanan Liga Super Malaysia yang membabitkan pasukan Sabah FA bagi musim 2020. Jadual perlawanan ini membabitkan perlawanan bagi pusingan pertama yang akan bermula pada Mac ini. Jadual perlawanan dan keputusan terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Jadual Perlawanan Liga Super Pusingan Pertama Sabah FA

PUSINGAN PERTAMA
# Tarikh Masa Tuan Rumah
Pelawat
1 01.03, (Sun) 9.00 pm PDRM 0-0 SABAH
2 07.03, (Sun) 8.15 pm SABAH
Rodoljub Paunovic 12'
Park Tae Su 39'
Maxsius Musa 78'
3-1 FELDA UTD
Khairul Amri 74'
3 10.03, (Tue) 9.00 pm PAHANG 2-0 SABAH
4 14.03, (Sat) 8.15 pm SABAH 2-2 PERAK
5 03.04, (Fri) 9.00 pm TERENGGANU - SABAH
6 11.04, (Sun) 8.15 pm SABAH - SELANGOR
7 18.04, (Sun) 9.00 pm PJ CITY - SABAH
8 25.04, (Sun) 9.00 pm KEDAH - SABAH
9 29.04, (Wed) 8.15 pm SABAH - MELAKA UTD
10 09.05, (Sun) 10.00 pm JDT - SABAH
11 13.05, (Wed) 9.15 pm SABAH - UITM

7 Feb 2020

Perlawanan persahabatan pra musim Sabah FA 2020

Perlawanan persahabatan | pra musim Sabah FA sebagai persiapan menghadapi Liga Super 2020
Keputusan | Jadual perlawanan Pra Musim Sabah FA

Berikut adalah beberapa siri perlawanan persahabatan dan juga perlawanan pra musim yang ditempuhi oleh pasukan Sabah FA yang juga dikenali sebagai Tambadau.

Jelajah Persahabatan di Filipina

23 Jan 2020 (Khamis)
Stallion Laguna FC (PHI) 1-2 Sabah FA (BiƱan Football Stadium)
Penjaring: Park Tae Su, Alto Linus

21 Jan 2020 (Selasa)
Kaya FC 0-2 Sabah FA (PFF National Training Center, Carmona)
Penjaring: Ariusdius Jais, Azzizan Nordin

Perlawanan Persahabatan

8 Feb 2020 (Sabtu)
Std. Gelora Bung Tomo
Persebaya Surabaya (Indonesia) 3-1 Sabah FA
David Silva (8', 40'), Irfan Jaya (90+3' ) - Hector Ramos (6')

Piala Gubernur Jatim 2020

11 Feb 2020 (Selasa)
Arema Malang FC 2 - 0 Sabah FA
Oh In Kyun (3'-pen), Randy Baruh (34'-gol sendiri)

13 Feb 2020 (Khamis)
Persija Jakarta 2- 0 Sabah FA
Marco Simic (35'-pen.), Rohit Chand (53')

15 Feb 2020 (Sabtu)
Persela Lamongan 2-2 Sabah FA
Ryan Wiradanta (4'), Malik Risaldi (90') - Alto Linus (3'), Hector Ramos (72')

20 Feb 2020 (Khamis) Final

30 Jan 2020

Senarai Pemain Sabah FA musim 2020 Liga Super Malaysia

Sabah FA secara rasminya telah mengumumkan barisan pemain yang akan menyarung jersi Sabah bagi saingan liga utama bolasepak negara, Liga Super musim 2020.


Senarai nama pemain Sabah FA Liga Super Malaysia musim 2020:

Penjaga Gol
Rozaimie Rohim
Robson Rendy Rining
Wan Muhammad Azraie Wan Teh (import tempatan)

Pertahanan
Rawilson Batuil
Jenius Karib
Randy Baruh @ Samson
Dendy Lowa
Mafry Balang
Evan Wensley Wenceslaus
Park Tae Su (Import - Korea Selatan)
Muhd. Zubir Mohd Azmi (import tempatan)

Tengah
Alto Linus
Ariusdius Jais
Sabri Sahar
Maxsius Musa
Ummareng Bacok
Mohd Azwan Fattah
Ricco Nigel Milus
Mohd Syukri Baharun
Mohd Azzizan Nordin
Dennis Buschening (Import - Thailand)
Petrus Shitembi (Import - Namibia)

Penyerang
Mazlan Yahya
Hamran Peter
Shahrizam Sahar
Rodoljub Paunovic (Import - Serbia)
Hector Omar Ramos Lebron (Import - Puerto Rico)

Jurulatih Pasukan: Kurniawan Dwi Yulianto (Indonesia)
Pengurus Pasukan : Henry Soimpon

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...