21 Feb 2020

Piala Presiden 2020

Piala Presiden | Liga U-21 | Liga Simpanan 2020


Piala Presiden adalah merupakan pertandingan liga yang melibatkan pasukan pemain bawah 21 tahun bagi pasukan yang bertanding di Liga Malaysia. Liga ini akan membuka tirai pada 24 Februari 2020 (Isnin) bagi peringkat liga kumpulan sehingga 30 Julai 2020 sebelum memasuki peringkat kalah mati.

Format pertandingan Piala Presiden kali ini dilihat sedikit berbeza berbanding musim lalu yang mana dari segi pembahagian pasukan kepada kumpulan, pasukan tidak lagi diundi tetapi diletakkan mengikut zon iaitu utara dan selatan.

Selain itu, format bagi pusingan peringkat kalah mati juga berubah yang mana pada musim ini, lapan pasukan teratas di setiap kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya (pusingan 16) berbanding hanya empat teratas musim sebelum ini.

Format peringkat kalah mati. Sumber dari web rasmi FAM.

Berikut adalah format pertandingan Piala Presiden yang dipetik dari web rasmi FAM:

Format Pertandingan Piala Presiden 2020:

* Sepak mula pada 24 Februari 2020 (Isnin)

* Peringkat liga: 21 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan Kumpulan A (Zon Utara) dianggotai 10 pasukan manakala Kumpulan B (Zon Selatan) dengan 11 pasukan

* Selepas selesai kesemua perlawanan liga dua pusingan (18 perlawanan Kumpulan A dan 20 perlawanan Kumpulan B), lapan pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati

* Peringkat kalah mati: Pusingan 16, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Final akan berlangsung secara timbal balik

Pasukan yang bertanding mengikut kumpulan

Kumpulan A (Zon Utara)
1. Akademi Mokhtar Dahari (AMD)
2. Kedah
3. Kelantan
4. Felda United
5. Kelantan United
6. Pahang
7. PDRM
8. Perak III
9. Pulau Pinang
10. Terengganu FC III

Kumpulan B (Zon Selatan)
1. JDT III
2. Kuala Lumpur
3. Kuching FA
4. Melaka
5. Negeri Sembilan
6. PJ City FC
7. Sabah
8. Sarawak United
9. Selangor
10. UiTM FC
11. UKM FC

*Sumber info dipetik dari laman web rasmi FAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...