14 Apr 2012

Menjelang Perlawanan: Mampukah Sabahawks meranapkan cabaran Perak malam ini???

Menjelang perlawanan Sabahawks vs Perak 14 April 2012
100% local...Kesebelasan kemungkinan Sabah vs Perak
Malam ini merupakan perlawanan yang mencabar bagi pasukan Sabahawks menentang Perak jika dilihat pada situasi yang melanda pasukan kita ini. Seperti yang dikhabarkan, Sabah akan kehilangan skurang-kurangnya lima pemain tonggak utama pasukan dengan tidak mengira dua pemain yang mengalami long term injury iaitu Julamri dan Razlan.

Ketiadaan dua pemain import, Brendan dan Micheal serta Ronny, Alto, Fariss dan Rosdin sedikit mencacatkan perancangan Justin Ganai dalam misi mengutip 3 mata penuh malam ini. Micheal akan diketepikan selama 3 bulan kerana kecederaan lutut, manakala Brendan belum pulih dari pembedahan appendiks. Rosdin, Fariss dan Alto turut berada dalam senarai pemain yang cedera kecuali Ronny yang digantung satu perlawanan setelah mengumpul tiga kad kuning.

Jurulatih Sabahawks, Justin Ganai dijangka akan meminjam beberapa pemain dari skuad junior untuk mengisi kekosongan dalam pasukan senior. Antara pemain yang akan dipanggil ialah Dendy Lowa (pertahanan), Sabri Sahar (tengah) dan Leopold (penyerang).

Dengan pilihan pemain yang sangat terhad, barisan kesebelasan Sabahawks mungkin akan meperlihatkan beberapa rombakan dimana Sumardi yang sering bermain di bahagian tengah akan turun ke posisi pertahanan kiri manakala pertahanan kanan mungkin akan diisi oleh pemain sayap, Shahrul Azhar. Bahagian tengah pertahanan akan dikemudi oleh kapten, Reithauddin bersama Mafry. Zureindey dan Radzi pastinya pilihan terbaik menggerakkan bahagian tengah Sabah sambil dibantu dua pemain sayap kita, Shahrudin di kanan dan Rozaimi di bahagian kiri. Bahagian serangan pastinya akan direbut oleh empat penyerang Sabah iaitu Zainizam, Bobby, Leopold dan Juffry. Siapapun gandingan di bahagian serangan, pastinya itu adalah yang terbaik.

Apapun...kami menyeru pemyokong-penyokong Sabahawks untuk datang memberi sokongan padu kepada pasukan kita malam ini di Std. Likas...kita kasi gagarrr itu stadium...SABAH TATAPPP!!!!


Admin: Tinggalkan komen anda atau klik 'like' untuk mengongsikan post ini ke FB...thanks...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...