9 Apr 2012

Carta Liga Presiden Malaysia 2012: Sabah masih unggul di puncak liga

Carta Liga Presiden Malaysia 2012 : Kumpulan A


Walaupun hanya mampu seri dengan pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 2-2 petang tadi, Sabahawks Junior terus unggul di atas liga dengan mengutip 42 mata selepas mengharungi 16 perlawanan. Walau bagaimanapun, kelebihan mata pasukan Sabah berbanding pasukan di tangga kedua telah berkurang kepada 5 mata apabila Kedah menang mengalahkan Johor 4-0. Dengan saingan Liga Presiden yang berbaki 8 perlawanan lagi, peluang Sabah untuk layak ke suku akhir sememangnya sudah dalam genggaman berdasarkan kedudukan pasukan di tangga ke-5 iaitu Kelantan yang ketinggalan 14 mata di belakang Sabah. Untuk pengetahuan, hanya empat pasukan teratas di Kumpulan A dan B layak ke peringkat suku akhir.

Sumber gambar:
RedsfcNews.Gegar.my

Admin: Tinggalkan komen anda dibawah atau klik "like" untuk mengongsikan post ini di Facebook.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...