Jul 16, 2016

JDT II 2-1 Sabah Liga Premier 2016

Keputusan Liga Premier Malaysia 2016
15 Julai 2015
Std. MP Pasir Gudang, Johor

JOHOR DT II (2)
Paulo Rangel  43', 83'

SABAH (1)
Igor Cerina 90'+2'

Dua gol....Paulo Rangel melepaskan rembatan ke gawang Sabah. - gambar oleh Johorsoutherntigers

Hasrat Sabah mencuri satu mata di Pasir Gudang malam tadi tidak kesampaian apabila tewas tipis ke atas pasukan tuan rumah JDT II 2-1.

Kebangkitan di penghujung permainan oleh pasukan Sabah hampir-hampir menidakkan kemenangan JDT II yang terlebih dahulu dihadapan dengan dua gol sumbangan penyerang import, Paulo Rangel minit ke 43 dan 83 sebelum pertahanan Sabah, Igor Cerina memberi tekanan buat JDT II dengan gol di masa kecederaan.

Sabah yang diperkuatkan dengan kehadiran pemain baru, Muammer Salibasic, Everton Souza dan Stuart Wark memiliki penguasaan bola yang lebih banyak  dengan bola sering berlegar di kawasan JDT II namun tidak banyak percubaan merbahaya dicipta didepan gawang gol.

JDT II sekali sekala melakukan serangan merbahaya berjaya mendahului Sabah sebelum wisel penamat separuh masa pertama menerusi Paulo Rangel. Paulo sekali lagi memanfaatkan peluang yang beliau miliki dengan gol kedua di minit ke 83 selepas rembatannya terbias menewaskan Rozaimi Rohim.

Malang buat pasukan Sabah apabila pertahanan kental Rawilson Batuil dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua diminit ke-88. Bermain dengan sepuluh pemain tidak mengendurkan asakan Sabah ke gawang JDT II. Igor Cerina memberi harapan buat Sabah dengan gol di masa kecederaan selepas menolak masuk umpanan Everton Souza dan Igor hampir memberi gol penyamaan selepas itu namun tandukkannya hanya sedikit sipi.

Kekalahan skuad dibawah kendalian jurulatih sementara, Johnny Dominicus ini meletakkan Sabah kekal ditangga ke-sembilan liga dengan 11 mata selepas 13 perlawanan. JDT II pula melonjak ke tangga teratas liga dengan kutipan 28 mata.

Perlawanan Sabah seterusnya adalah pada Jumaat 22 Julai menentang PKNS FC di Stadium Likas.

Lain-lain keputusan Liga Premier kelmarin:
ATM 2-1 DRB Hicom
Perlis 2-1 NS Matrix
PKNS 3-0 UiTM
Sime Darby 3-4 Kuantan FA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...