Keputusan penuh:
JOHOR (6)
Andrian Gallegos 5', 64'
Izzuan Jarudin 37'
Khairul Azhar Eidros 45'
Ashadi Mohd Yusof 81'
Rashid Aya 90+2'
VS
SABAH (1)
Koh Traore 24'
Sabah melakar kekalahan terbesar musim ini selepas diaibkan 1-6 di Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang ditangan pasukan Johor malam tadi.
Menempuh perjalanan jauh selepas menang 5-3 keatas pasukan PDRM Jumaat lalu, Sabah bagaikan 'longlai' menahan asakan dari pasukan tuan rumah yang garang melakar tiga gol dalam setiap babak.
Pemain import, Andrian Gellagos meletakkan pasukan tuan rumah seawal minit ke-5 menewaskan penjaga gol Sabah, Syamsuri Mustafa.
Sabah menyamakan kedudukan di minit ke-24 menerusi Koh Traore yang bijak menyambar bola hantaran ke belakang oleh Izzuan Jarudin kepada penjaga gol sebelum melepaskan sepakan ke dalam gawang gol.
Izzuan bagaimanapun menebus kesilapannya apabila menjaringkan gol pada minit ke 37 untuk meletakkan Johor kembali didepan.
Ketika perlawanan menuju wisel penamat separuh masa kedua, Khairul Azhar Eidros menyumbat gol ketiga Johor selepas mendapat umpanan dari Rashid Aya untuk Johor selesa mendahului 3-1 di babak pertama.
Pasukan Sabah terus tenggelam di separuh masa kedua dengan Johor terus menambah jaringan menerusi Gellagos yang membuat sepakan susulan selepas sepakan penaltinya ditampan Syamsuri Mustafa di minit ke 64.
Pemain gantian, Ashadi Mohd Yusof menambah gol ke-5 pasukan Johor menerusi sepakan lencong di minit ke-81 sebelum Rashid Aya melengkapkan pesta gol Johor di masa kecederaan.
Walaupun tewas, Sabah kekal di tangga ke-5 liga dengan 30 mata hasil 9 kemenangan, 3 seri dan kalah 9 kali. Kekalahan pasukan PDRM 2-3 ditangan pasukan Perlis pada perlawanan yang berlangsung disebelah petang tadi membolehkan Sabah menempah satu dari dua slot playoff Piala Malaysia. Satu slot lagi akan menjadi rebutan antara KL Pos (27 mata) dan PDRM (25 mata).
Dengan baki satu perlawanan sebelum tirai Liga Perdana 2013 berlabuh, Sarawak sudahpun bergelar juara selepas membenam Kuala Lumpur 4-0 untuk mengungguli carta liga dengan 55 mata, 4 mata di depan pasukan tangga kedua Sime Darby.
Pasukan Kuala Lumpur dan NS Betaria pula sudah pasti tersingkir ke Liga FAM musim depan selepas menghuni dua tangga tercorot liga.
Sabah akan menamatkan liga musim ini bertemu dengan juara liga, Sarawak di Stadium Likas pada 5 Julai depan.
Sumber info:
Laman Facebook - JohorFC.com
Sumber info:
Laman Facebook - JohorFC.com