Mar 27, 2012

Cerita Admin - Sabahawks : Mampukah 5 teratas Liga Super 2012 dicapai?


"Mau cerita, bikin takut....nda mau cerita, lagi bikin takut....bagus kasi cerita la..."
Sebelum kita mula cerita, mungkin anda ingat lagi dengan kenyataan dari SAFA yang memberi sasaran kedudukan 5 teratas dalam Liga Super sebelum liga bermula. Satu sasaran yang agak realistik melihat kepada perkembangan positif pasukan Sabahawks ketika itu. Para peminat memberikan reaksi yang berbeza terhadap sasaran tersebut, namun rata-rata menganggap ianya sebagai satu sasaran yang mampu dicapai. Jadi, disinilah cerita ini bermula...

Setelah mengharungi 9 perlawanan Liga Super musim ini, Sabahawks terus tersadai di kedudukan kelompok pertengahan bawah (bottom half) liga setakat ini. Satu kedudukan yang sememangnya tidak begitu popular dikalangan peminat2 Sabahawks yang rata-rata mengharapkan pasukan ini bersaing hebat untuk kedudukan teratas liga. Paling hampir pasukan Sabahawks menempatkan diri dalam top 5 adalah selepas perlawanan ke-8 liga pada awal bulan Mac iaitu menduduki tangga ke-6.

Namun, ketika harapan peminat menggunung untuk melihat Sabahawks terus maju selepas kemenangan ke atas Johor FC, dengan tidak diduga, satu kejutan besar berlaku di Kuala Terengganu. Kekalahan tragis lagi tragedi yang membuatkan ramai peminat terduduk termenung seketika memikirkan samaada Sabahawks masih di landasan yang betul untuk mencapai sasaran. 

Jika dilihat pada undian yang dibuat menerusi blog ini, hampir 90% peminat Sabahawks memberikan harapan kepada pasukan ini untuk sekurang-kurangnya di kedudukan ke-5 Liga Super pada musim ini. Namun, jika dilihat pada prestasi pasukan Sabahawks dalam 9 perlawanan terdahulu, agak sukar untuk meramal nasib pasukan ini. Bukan menidakkan harapan para peminat tetapi kita juga tidak mampu menidakkan kenyataan bahawa prestasi Sabahawks yang tidak menentu. Jika kita bawa senario ini dalam dunia business@economy, keadaan yang tidak menentu sudah membawa kita kepada bencana. Dalam situasi sebegini, keyakinan dan pengharapan akan menjadi taruhan yang besar.

Apa yang menjadi pokok kepada cerita disini adalah...Adakah skuad Sabahawks mampu memenuhi harapan para peminat untuk melihat Sabah mencapai top 5 musim ini? Ingat!!! bahawa Sabahawks bukanlah harta milik peribadi Sabah Football Association (SAFA)...kami sebagai penyokong adalah pemegang saham terbesar dalam pasukan Sabahawks. Jadi, adalah tidak salah bagi kami untuk meminta sesuatu yang kami  rasakan kami berhak. Ingat juga, kami adalah the 12th player dalam pasukan Sabahawks. Jangan belakangi kami sebagai para peminat Sabahawks. Jadikan harapan kami ini sebagai api pembakar semangat dan bukannya sebagai batu bebanan@tekanan.

We're the true Sabahawkians...we don't play politic but football...
Love Sabahawks...tatappp sokong!!! Sabah Tatappp!!!

Admin: Ba...bagi komen kawan2 atau like post ini...thanksss...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...