17 Sep 2012

Senarai pemain Sabah yang dilepaskan oleh SAFA

Senarai pemain-pemain Sabah yang tidak disambung kontrak oleh SAFA untuk musim depan.


1. Syed Adney Syed Husin
Posisi: Penjaga Gol
Umur: 25 tahun
Asal: Selangor

Beberapa kali dipanggil oleh jurulatih kebangsaan, K. Rajagopal untuk latihan skuad kebangsaan.


2. Azizon Abd. Kadir
Posisi: Penjaga Gol
Umur: 32 tahun
Asal: Negeri Sembilan

Beraksi cemerlang pada musim 2010 seterusnya membawa Sabah ke Liga Super 2011. Prestasi Azizon dilihat semakin menurun di musim ini.


3. Reithauddin Awang Emran
Posisi: Pertahanan
Umur: 34 tahun
Asal: Sipitang, Sabah

Merupakan ketua pasukan dan antara pemain lama dalam pasukan. Antara tonggak utama dalam pasukan.


4. Mafry Balang
Posisi: Pertahanan/Tengah
Umur: 28 tahun
Asal: Sabah

Merupakan utility player dan antara tonggak utama pasukan musim 2012. Bermain secara pinjaman bersama pasukan juara liga, Kelantan dalam Piala Malaysia


5. Ronny Harun
Posisi: Pertahanan
Umur: 28 tahun
Asal: Sabah

Bekas pemain kebangsaan yang kembali ke Sabah pada musim 2012. Seringkali tersisih dari skuad akibat kecederaan.


6. Zuraindey Jumai
Posisi: Tengah
Umur: 32 tahun
Asal: Tuaran, Sabah

Antara pemain veteran dalam pasukan dan bermain secara pinjaman bersama pasukan Perak dalam Piala Malaysia (2012).


7. Razlan Oto
Posisi: Penyerang
Umur: 28 tahun
Asal: Sandakan, Sabah

Musim yang malang buat Razlan yang mengalami kecederaan panjang sejak awal musim.


8. Naim Ahmad
Posisi: Tengah
Umur: 22 tahun
Asal: Putatan, Sabah

Satu-satunya pemain yang tidak membuat sebarang penampilan dalam kempen liga musim ini.


9. Safuan Ibrahim
Posisi: Tengah
Umur: 26 tahun
Asal: Kelantan

Lebih banyak memanaskan bangku simpanan musim ini.


10. Sanjos Sundawat
Posisi: Pertahanan/Tengah
Umur: N/A
Asal: Sabah

Pemain yang dibawa masuk ke dalam pasukan pada pertengahan liga.


11. Bobby Gonzales
Posisi: Penyerang
Umur: 28 tahun
Asal: Kunak, Sabah

Antara pemain yang dibawa masuk ke pasukan selepas aksi cemerlang bersama pasukan Sarawak musim 2011 namun gagal meneruskan aksi tersebut bersama pasukan Sabah musim ini. Kemungkinan besar akan kembali bersama Sarawak musim depan.


12. Fariss Azlan Mat Isa
Posisi: Pertahanan
Umur: 28 tahun
Asal: Kedah

Walaupun bermain baik bersama pasukan, namun seringkali tersisih akibat kecederaan.


13. Brendan Gan
Posisi: Tengah/Tengah menyerang
Umur: 24 tahun
Asal: Australia

Musim yang singkat bersama Sabah. Tidak memberi impak yang besar kepada pasukan walaupun dengan status pemain import yang pernah beraksi dengan kelab besar di Liga Australia.


14. Hendrik Helmke
Posisi: Tengah
Umur: 25 tahun
Asal: Jerman

Dibawa masuk ke dalam skuad menggantikan penyerang import, Michael Baird yang cedera. Walaupun bermain agak baik bersama pasukan namun tidak cukup untuk meyakinkan SAFA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...