Oct 26, 2012

Benedict Martin: Bakal bersama Sabah musim 2013???

Benedict Martin adalah antara beberapa pemain yang telah menghadiri sesi ujian bersama dengan pasukan Sabah seperti yang telah dilaporkan akhbar tempatan. Mungkin ramai peminat bolasepak tempatan (Sabah) kurang mengenali pemain ini atau mungkin tidak pernah mendengar nama ini dalam kancah Liga Malaysia.

Sebelum mengenali pemain ini lebih lanjut, kita lihat sedikit info mengenai pemain ini.

Asal: Sarawak
Tarikh Lahir: 17 Julai 1987Umur: 25 Tahun
Tinggi: 175cm
Posisi: Pertahanan/Tengah (kaki kiri)
Pasukan terdahulu:
2005-2006: Skuad Sukma Sarawak
2007-2008: Piala Presiden Selangor
2009-2010: Perak FA
2011-2012: Sarawak FA


Pemain kelahiran Miri, Sarawak ini memulakan kerjaya bolasepaknya bersama skuad Sukma dan Piala Presiden Sarawak di musim 2005 dan 2006 sebelum berhijrah ke Selangor atas sebab melanjutkan pelajaran di UITM. Beliau bermain dua musim bersama skuad Liga Presiden Selangor dan membantu pasukan itu muncul juara Piala Presiden pada musim 2008. Malangnya, nama beliau 'tercicir' secara teknikal dalam skuad Selangor untuk saingan Liga Malaysia 2009 sebelum disambar oleh pasukan Perak. Selepas hanya dua musim bersama pasukan Perak, Benedict kembali ke pasukan negeri asal beliau, Sarawak FA dan membantu pasukan tersebut muncul naib juara Liga Perdana 2011 serta tempat ke Liga Super 2012. Menariknya, Benedict dikhabarkan pernah terpilih dalam skuad kebangsaan bawah 20 tahun. Musim lalu di Sarawak, Benedict adalah antara pemain yang sering mendapat tempat dalam kesebelasan utama oleh jurulatih, Robert Alberts dan bermain di posisi sayap kiri.

Satu keistimewaan yang ada pada pemain ini adalah memiliki kepakaran dalam sepakan percuma atau situasi "dead ball".

"Pemain kidal yang membahasakan dirinya sebagai Ben ini mula menjadi perhatian peminat bolasepak Perak apabila beberapa kali menjaringkan gol melalui sepakan percuma yang menarik serta membantu rakan-rakan lain menghasilkan gol sewaktu sesi perlawanan persahabatan Perak yang lalu."
Petikan - www.seladang.net


Kita ikuti komen dari seorang peminat Perak di laman web seladang.net mengenai Benedict martin ketika beliau bersama dengan pasukan tersebut.



Selain daripada kepakaran dalam sepakan percuma, pemain ini dikhabarkan memiliki corak permainan yang tenang. Beliau juga pernah mendapat reaksi positif dari jurulatih Sarawak, Robert Alberts dalam perlawanan pertama beliau di bawah kendalian jurulatih tersebut.

"Alberts was impressed with Benedict whom he described as strong, speedy and had a good understanding of the game."
thestar.com - April 10, 2011


Dengan pemergian pemain pertahanan kiri Sabah, Ronny Harun yang dikhabarkan akan bersama dengan Sarawak FA musim depan, adakah Benedict Martin akan menjadi pengganti?

Kita tunggu dan lihat.

Sumber info:
Wikipedia, seladang.net, sarawakfootball.com 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...