4 Okt 2012

Perlawanan persahabatan Cebagoo FC dan skuad pilihan Sabah bertukar 'panas'

GL Loh
Kota Kinabalu: Perlawanan persahabatan pramusim Piala FAM antara Cebagoo FC dengan pasukan pilihan Sabah bertukar menjadi 'panas' apabila perlawanan itu dihentikan selepas hanya 30 minit dimainkan di padang bolasepak Institut INTAN pada Rabu.

Bobby Gonzales...pemain jemputan Cebagoo FC. -gambar dari page Cebagoo FC  
Bekas kapten skuad negeri, Mohd. Reithuddin Ag. Emran yang menjadi pemain jemputan untuk Cebagoo dilayangkan kad merah kerana menggunakan kata-kata kesat.

Presiden Cebagoo FC, Mohd. Joh Hj Wid akhirnya menghentikan perlawanan dan cuba menenangkan pegawai berkenaan.

Kelab yang julung kali muncul dalam Piala FAM itu menguasai awal perlawanan sehinggalah pengadil memberi sepakan percuma kepada pasukan lawan, yang membawa kepada ketidakpuasan hati Reithuddin.

Perlawanan itu ditetapkan dalam keadaan tidak teratur tanpa pengetahuan jurulatih Sabah, David McCreery.

Dia memberitahu Sukan Ekpres, ia sepatutnya hari berehat untuk pemain selepas dua perlawanan persahabatan yang dilalui hujung minggu lepas, menentang pasukan pilihan Ranau dan pasukan kebangsaan Brunei Darussalam.

Dia ternyata tidak gembira dengan penetapan perlawanan itu, tetapi, akhirnya menurunkan lima pemain yang datang mencuba nasib untuk menempah tempat didalam pasukan pada musim depan termasuk dua pemain Nigeria dan tiga pemain Universiti Putra Malaysia dalam perlawanan tersebut.

Sementara itu, McCreery amat berpuas hati dengan persembahan skuad Sabah ketika menentang pasukan kebangsaan Brunei di Brunei Darussalam Sabtu lepas.

"Pemain bermain dengan baik dan pemain tengah, Julamri Mohamad yang bermain di bahagian kiri juga bertindak cemerlang," kata beliau.

Skuad negeri berjaya melakar keputusan seri 1-1 dengan gol sumbangan Shahrudin Yakup terhadap pasukan lawan yang menjadikan perlawanan itu sebagai persediaan untuk kejohanan Piala AFF akan datang.

Katanya, dia berharap pasukan itu yang rata-rata terdiri daripada muka baru dapat membina momentum dan terus meningkatkan prestasi.

Sehari sebelum itu, pasukan pilihan Sabah juga berkunjung ke Ranau untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Ranau, dimana mereka menang mudah 3-1 dengan jaringan dilakukan oleh Shahrudin yakup, Dendy Lowa dan Juffry Omopor.

Sumber berita:
Harian Ekspres

Sumber Gambar:
http://www.facebook.com/CebagooFc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...