11 Mei 2013

Keputusan Liga Premier: Kedah vs Sabah 3-2 10 Mei 2013

Liga Premier 2013: Keputusan penuh Kedah vs Sabah 10/5/13

Keputusan penuh:

Kedah (3)
Alen Guc 8', pen. 80', Akhmal Rizal Rakhli 37'

vs

Sabah (2)
Koh Traore 57', Safi Abdelfatah 59'

Pengadil 'rampas' satu mata Sabah...


Sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil perlawanan pada penghujung perlawanan menafikan satu mata buat Sabah dalam perlawanan Liga Premier menentang Kedah malam tadi di Stadium Darulaman, Alor Setar. 

Ketinggalan 2-0 selepas babak pertama, Sabah bangkit dengan dua gol pantas di separuh masa kedua untuk membuka semula perlawanan sebelum pengadil dilihat 'kurang bijak' menghadiahkan sepakan penalti di minit ke 80 perlawanan untuk disudahkan oleh Alen Guc sekaligus menafikan satu mata buat pasukan Sabah.
Aksi Safi Abdelfatah - gambar oleh Hijaukuning.Com
Dalam perlawanan itu, Kedah membuka jaringan pembukaan pada minit ke 8 menerusi Alen Guc yang mudah menolak masuk menewaskan Sharil Saari dalam situasi satu lawan satu selepas mendapat umpanan cantik dari Baddrol Bakhtiar.

Akmal Rizal kemudiannya menggandakan jaringan pasukan tuan rumah pada minit ke 37 menerusi satu gerakan solo dari kawasan tengah padang menewaskan empat pemain Sabah dan juga penjaga gol sebelum mudah menolak masuk ke gawang yang terbuka.

Separuh masa pertama tamat dengan Kedah selesa mendahului 2-0.

Bersambung di babak kedua, Kedah dilihat memperlahankan rentak permainan mereka dan Sabah pula dilihat semakin agresif dalam melakukan serangan. 

Sabah merapatkan kedudukan menerusi Koh Traore yang berjaya melepasi perangkap offside untuk menyudahkan hantaran Safi Abdelfatah di minit ke 57. Selang dua minit kemudian, Sabah memperoleh gol kedua menerusi satu gerakan menarik dari pemain-pemain Sabah. Bermula dari Alto Linus yang bijak melarikan bola dari bahagian kiri sebelum melakukan hantaran silang tepat kepada Traore yang kemudiannya mengumpan bola kepada Safi yang mudah merembat masuk ke gawang gol.

Nasib tidak memihak buat pasukan Sabah apabila pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti yang dilihat 'meragukan' selepas Hardy Charles Parsi dipersalahkan membentes Khyril Muhymeen dalam kotak penalti. Pengadil dilihat tidak berada pada kedudukan yang baik untuk melihat insiden itu yang mana Hardy jelas berjaya menyentuh bola terlebih dahulu sebelum Khyril terjatuh.

Alen Guc yang mengambil sepakan penalti itu mudah menewaskan Sharil untuk gol ketiga yang juga gol kemenangan pasukan Kedah diminit ke 80.

Walaupun tewas, Sabah kekal ditangga ke-6 liga dengan mengumpul 21 mata hasil dari 6 kemenangan, 3 kali seri dan tewas 7 perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah pada Isnin, 13 Mei dimana Sabah akan bertemu dengan pasukan UiTM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

-sabahawkians-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...