Keputusan penuh:
Sabah (3)
Koh Traore 22', 84', 90'
VS
Kuala Lumpur (1)
Khairul Anuar Shafie 30'
Koh Traore meledakkan hatrik dalam perlawanan Liga Premier untuk membantu Sabah menewaskan pasukan Kuala Lumpur 3-1 petang tadi di Std Likas, Kota Kinabalu. Ini adalah hatrik ketiga Traore musim ini selepas melakukannya ketika menentang pasukan PDRM dan NS Betaria sebelum ini.
Traore membuka jaringan melalui tandukan pada minit ke 22 namun Kuala Lumpur membalas menerusi Khairul Anuar Shafie diminit ke 30.
Traore yang memiliki sekurang-kurangnya lima peluang untuk meletakkan Sabah didepan termasuk dua dari jarak dekat. Lebih malang, jaringan Traore pada minit ke 83 dibatalkan selepas bola dikesan terkena tangan. Namun Traore menebus kegagalannya seminit kemudian dengan menolak masuk bola selepas berlaku kekalutan didepan gawang.
Traore melengkapkan hatriknya di minit ke 90 untuk menghadiahkan kemenangan selesa buat pasukan Sabah ke atas Kuala Lumpur.
Kemenangan ini melonjakkan kedudukan Sabah ke tangga ke 5 liga mengatasi pasukan PDRM yang hanya seri menentang UiTM petang tadi. Sabah kini mengumpul 27 mata hasil dari lapan kemenangan, tiga seri dan lapan kekalahan iaitu dua mata mengatasi pasukan PDRM. Namun, pasukan PDRM memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding pasukan Sabah.
Aksi Liga Premier akan berehat selama sebulan dan akan bersambung pada 21 Jun depan dimana Sabah akan melayan kunjungan pasukan PDRM di Likas.
Sementara itu, pasukan Sarawak mengutip tiga mata penuh petang tadi menewaskan KL Pos 3-0 sekaligus mengesahkan tempat ke Liga Super musim depan walaupun perlawanan berbaki tiga perlawanan untuk ditamatkan.
Lain-lain keputusan Liga Premier 21 Mei 2013:
KL Pos 0-3 Sarawak
Johor 1-0 Kedah
PDRM 0-0 UITM
Perlis 4-0 NS Betaria
KL SPA 1-0 Sime Darby
Johor 1-0 Kedah
PDRM 0-0 UITM
Perlis 4-0 NS Betaria
KL SPA 1-0 Sime Darby
Tiada ulasan:
Catat Ulasan