Jan 23, 2015

Preview pasukan Kuala Lumpur 2015

Preview pasukan Liga Perdana 2015 | Liga Premier Malaysia 2015

Kuala Lumpur FA 2015


Selepas tersingkir dari Liga Perdana untuk musim 2013, pasukan dari Lembah Klang ini membuat kemunculan semula selepas setahun beraksi di Liga FAM musim 2014. Mereka menduduki tangga ke-2 di belakang juara Liga FAM 2014, Kuantan FA untuk kembali ke Liga Perdana musim ini. Menariknya, pasukan ini turut dibarisi oleh seorang bekas pemain kelahiran Sabah yang beraksi untuk pasukan JDT II musim lalu, Shahrudin Yakup yang gagal mendapat tempat dalam skuad Sabah musim ini. Kuala Lumpur menyasarkan untuk menduduki tangga ke-2 Liga Perdana musim ini dan seterusnya layak ke Liga Super musim depan.

Stadium: Std. Merdeka, Kuala Lumpur
Pengurus: Datuk Paduka Izudin Ishak
Jurulatih: Ricardo Formoshino (Portugal)
Ketua Pasukan: Muhd Syazwan Mohd Rani
Pemain import: Kalle Sone, 33 (Cameroon), Martin Ekoule, 31 (Cameroon) Ogunboye Iyanu Ezekiel, 23 (Nigeria), Choi Hyun-Yeon, 31 (Korea Selatan)

Barisan pemain Kuala Lumpur 2015
Penjaga gol: Badrol Hanapi Ali, Mohd Muhaimin Mohamad.
Pertahanan: Martin Ekoule, Ahmad Jihad Ismail, Benedict Martin, Muhammad Zameer Zainun,Mohd Fairuz Abd Aziz, Muhammad Syazwan Mohamed Rani (kapten), Mohd Fariss AzlanMat Isa.
Pemain Tengah: Choi Hyun Yeon, Muhammad Fitri Kamal, Mohamad Shamirul Mohamed Rani, Mohd Fazilidin Khalid, Mohamad Lukhman Noor Hakim Jaafar, Nicholas Chan Meng-Jin, Shahrudin Yakup, Muhammad Naufal Na'im Tony Rosdin, Hattaphon Bunan, Farouk Hashim, Pritam Singh a/l Charun Singh, J Mughilan Kartik, Khairil Amri Borhan
Penyerang: Iyanul Ezekiel Ogunboye, Kalle Sone Masue, Romdhizat Jamian, Mohd Saufi Mohd Ibrahim

Pemain tumpuan:

Ogunboye Iyanu Ezekiel, Mohd Saufi Ibrahim, Shahrudin Yakup

Pencapaian musim 2014
Liga FAM: Tempat ke-2
Liga FA: Pusingan pertama
Piala Malaysia:  Tidak layak

Rekod pertemuan Sabah vs Kuala Lumpur
21/05/13: LP Sabah 3 - 1 Kuala Lumpur
18/01/13: LP Kuala Lumpur 3 - 2 Sabah
30/06/12: LS Kuala Lumpur 2 - 4 Sabah (*berlangsung di Std. Likas, Kuala Lumpur adalah pasukan tuan rumah)
14/02/12: LS Sabah 2 - 0 Kuala Lumpur
08/06/11: LS Sabah 3 - 0 Kuala Lumpur
01/02/11: LS Kuala Lumpur 1 - 0 Sabah
03/10/10: PM Sabah 3 - 2 Kuala Lumpur
14/09/10: PM Kuala Lumpur 0 - 0 Sabah
20/07/09: LP Kuala Lumpur 2 - 0 Sabah
08/05/09: LP Sabah 0 - 3 Kuala Lumpur
03/02/09: FA Sabah 0 - 1 Kuala Lumpur
31/01/09: FA Kuala Lumpur 1 - 1 Sabah
09/07/08: PM Sabah 1 - 2 Kuala Lumpur
24/06/08: PM Kuala Lumpur 3 - 2 Sabah
(LP: Liga Perdana, LS: Liga Super, PM: Piala Malaysia, FA: Piala FA)

Sabah menang 8, seri 5, kalah 8

Fakta menarik:
Sabah tidak pernah menang menentang Kuala Lumpur di gelanggang lawan sejak tahun 2002.

Sumber info: wikipedia, soccerway & bharian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...