31 Jan 2015

Keputusan Sabah vs Tampines Rovers 0-3

Keputusan penuh perlawanan persahabatan | Friendly match 30/1/2015

Sabah vs Tampines Rovers
Keputusan penuh:
SABAH (0)
vs
TAMPINES ROVERS (3)
22', 28' & 62'

*Perlawanan ditamatkan pada minit ke 80 akibat masalah lampu limpah.

Sabah mengakhiri siri persahabatan pra musim 2015 dengan kekalahan 0-3 kepada kelab dari Liga Singapura, Tampines Rovers FC dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung malam tadi di Std. Likas, Kota Kinabalu.

Walaupun mendapat sokongan kira-kira 6,000 penyokong, Sabah nampaknya gagal melakar kejutan ke atas pasukan pelawat yang dianggap pasukan gergasi di Liga Singapura. Tampines Rovers yang dilatih oleh legenda bolasepak Singapura, V. Sundram Moorthy dan dibantu oleh bekas penyerang negara tersebut, Alexander Duric merupakan juara 5 kali Liga Singapura.

Tampines yang membariskan enam pemain import termasuk dua bekas pemain import Sabah, Mitrovic dan Pocuca dalam kesebelasan utama memperagakan permainan yang lebih kemas dan tersusun berbanding pasukan Sabah yang dilihat lebih kepada serangan balas. 

Sabah terlebih dahulu berpeluang untuk membuka jaringan diminit ke 10 menerusi Eamon Zayed hasil hantaran silang Rozaimi namun kuisannya diselamatkan diatas garisan gol oleg penjaga gol. Tampines hampir mendahului diminit ke 16 namun berjaya diselamatkan oleh Irwan Jamil.

Tampines membuka jaringan di minit ke 22 hasil satu sepakan percuma dari jarak 25 meter yang mengelirukan Irwan Jamil untuk Tampines mendahului 1-0. Selang enam minit kemudian, gawang pasukan Sabah bocor lagi menerusi pemain import pasukan pelawat yang mudah merembat masuk selepas lolos dari pertahanan Sabah. Separuh masa pertama tamat dengan pelawat mendahului 2-0.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan dan Sabah menerusi Zayed dua kali digagalkan oleh penjaga gol walaupun berada dalam kedudukan yang baik untuk melakukan jaringan. Tampines Rovers mandapat gol ketiga mereka di minit ke 62 menerusi percubaan jarak jauh yang menewaskan Irwan yang sedikit terkeluar dari gawangnya.

Perlawanan bagaimanapun terhenti di minit ke 81 permainan selepas lampu limpah stadium mengalami masalah. Pengadil perlawanan memutuskan untuk menamatkan perlawanan dengan Sabah tewas 0-3 ditangan pasukan Tampines Rovers.

Sabah akan memulakan kempen Liga Perdana musim 2015 menentang Kuala Lumpur di tempat lawan pada 6 Feb 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...