Feb 7, 2015

Keputusan perlawanan Kuala Lumpur vs Sabah 6 Feb 2015

Liga Perdana Malaysia 2015 | Keputusan perlawanan KL lwn Sabah 6/2/15

Kuala Lumpur vs Sabah 0-2
Keputusan penuh:

KUALA LUMPUR (0)
vs
SABAH (2)
El Hadji Diouf pen. 45', Shafuan Adli Shaari 57'

Permulaan Yang Baik Buat Sabah

Sabah memulakan kempen Liga Perdana musim 2015 dengan penuh bergaya apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Merdeka petang kelmarin. Pemain bintang dari Senegal, El Hadji Diouf dan pemain tengah, Shafuan Adli Shaari menjaringkan gol buat pasukan Sabah di setiap babak untuk memberikan kemenangan pertama musim ini dan lebih manis yang pertama di tempat lawan sejak tahun 2002. 

Bermain dalam keadaan cuaca yang panas dan permukaan padang yang kurang sempurna sedikit merencatkan rentak permainan kedua-dua pasukan. Sabah memperoleh jaringan sulung menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh El Hajdi Diouf di penghujung permainan separuh masa pertama. Sepakan penalti ini diberikan selepas Leopold Alfonso Otong dijatuhkan di kotak penalti oleh pertahanan lawan. Sabah memperoleh gol kedua di separuh masa kedua menerusi pemain tengah, Shafuan Adli Shaari diminit ke 57 selepas mudah menolak masuk hantaran lintang dari Azzizan Nordin. Perlawanan tamat dengan Sabah menewaskan Kuala Lumpur 2-0 untuk membawa pulang tiga mata.

Kemenangan petang kelmarin menempatkan Sabah di kedudukan ke-4dalam carta Liga Perdana selepas hanya satu perlawanan. Sabah akan menentang DRB Hicom dalam perlawanan kedua pada Jumaat, 13 Feb depan di Stadium Likas. 

Lain-lain keputusan Liga Perdana 6/2/15:

Kedah 5-1 SPA Putrajaya
Pulau Pinang 1-0 Kuantan FA
PKNS 2-0 T-Team
UiTM FC 1-2 JDT II
DRB Hicom 1-3 Negeri Sembilan


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...