21 Feb 2015

UiTM FC vs Sabah 20 Feb 2015 - Keputusan perlawanan

Keputusan perlawanan UiTM FC lwn Sabah FA 20/2/15 | Liga Premier Malaysia

Keputusan penuh:

UiTM FC (2)
Raslam Khan Abd Rashid 25', 39'

vs

SABAH FA (1)
El Hadji Diouf pen. 45'

Rentak kemenangan skuad Sabah rencat akhirnya ditangan pasukan 'kerdil' UiTM FC yang menang 2-1 di gelanggang lawan petang kelmarin. Kekalahan tersebut menghadiahkan kekalahan sulung buat skuad Sabahrhinos manakala UiTM meraikan kemenangan pertama dalam liga selepas tiga perlawanan setakat ini.

Walaupun dengan kehadiran ramai penyokong yang memberi kelebihan 'moral' kepada pasukan Sabah, namun keadaan itu tidak memberi kesan kepada pasukan tuan rumah yang dilihat lebih menguasai permainan. Jurulatih Sabah, Justin Ganai hanya membuat satu perubahan dalam kesebelasannya dengan pemain muda, Rawilson Batuil mengambil tempat Hardy Charles Parsi di benteng pertahanan.

UiTM memperoleh jaringan pertama mereka di minit ke 25 menerusi Raslam Khan Abdul Rashid hasil dari sepakan percuma yang sedikit terbias oleh benteng menewaskan penjaga gol Sabah, Fazli Paat. Minit ke 39, Raslam buat kali keduanya menewaskan Fazli apabila mudah menyepak masuk bola ke gawang selepas mendapat umpanan didalam kotak penalti.

Sabah cuba bangkit selepas itu dan berjaya mengurangkan jurang gol menerusi kapten pasukan, El Hadji Diouf yang menyempurnakan sepakan penalti di hujung permainan babak pertama. Penalti tersebut diberikan selepas hantaran Leopold Alfonso terkena tangan pemain UiTM.

uitm vs sabah 2015
Shafuan ditenangkan oleh Diouf selepas dilayangkan kad merah. Foto kredit bharian.com.

Separuh masa kedua perlawanan menyaksikan Sabah cuba mencari gol penyamaan namun UiTM kebal menyerap serangan pasukan pelawat itu. Keadaan bertambah sukar buat Sabah apabila pemain tengah, Shafuan Adli Shaari dilayang kad merah pada minit ke 65 selepas membantah keputusan pengadil. 

Bermain dengan sepuluh pemain, Sabah dikecewakan dengan jaringan yang tidak dikira diminit ke 70 selepas Eamon Zayed sudah berada dalam kedudukan off-side. Sabah gagal mencari gol penyamaan sehingga tamat perlawanan untuk UiTM menang 2-1.

Keputusan itu meletakkan Sabah di tangga ke-4 liga dengan 6 mata manakala UiTM naik ke tangga ke-8 dengan 3 mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...