PKNS (2) VS (2) SABAH
Tahniah kepada pasukan kita, Sabahawks yang berjaya mengikat pasukan Selangor PKNS 2-2 pada perlawanan terakhir mereka pada 27 Januari lalu. Pujian harus diberikan kepada anak-anak buah Justin Ganai atas kesungguhan mereka untuk mengejar pasukan lawan ketika ketinggalan 2 gol.
Pasukan Tuan Rumah, Selangor PKNS terlebih dulu didepan menerusi jaringan pemain import baru mereka Michael Joseph Nicoise pada minit ke 43 permainan. Gol ini terhasil apabila sepakan percuma Michael Nicoise berjaya mengelirukan penjaga gol Sabah, Azizon Abd. Kadir sekaligus menerjah jaring .
PKNS FC semakin selesa di hadapan selepas tujuh minit permainan bersambung apabila Nicoise berjaya menggelecek Mohd Reithaudin Awang Emran sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Azizon buat kali kedua.
Walaubagaimanpun pada minit ke-74, pemain import Sabah, Michael Baird berjaya merapatkan jurang gol selepas menanduk masuk bola ke gawang lawan hasil hantaran sayap, Sharudin Yakup.
Sekali lagi Sharudin Yakup bertindak cemerlang apabila bola hantaran Michael Baird berjaya ditanduk ke gawang gol mengenai palang sebelum singgah di kaki Helmi Remeli untuk bergolek masuk untuk gol penyamaan pada minit ke-82.
Selepas mengharungi 5 perlawanan setakat ini, PKNS kini ditangga ke 11 Liga Perdana Malaysia dengan 4 mata manakala Sabah ditangga ke-9 dengan 5 mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan