James Leong
28 Okt 2012
Telupid: Lapan pemain bolasepak dari daerah ini berpeluang menyertai sesi pemilihan akhir skuad Liga Simpanan Sabah yang akan diadakan di Kota Kinabalu bulan depan.
Mereka telah terpilih setelah melepasi sesi pemilihan peringkat daerah Telupid yang diadakan Khamis lepas di Padang Majlis Daerah Telupid.
Sesi pemilihan ini dikendalikan sendiri oleh ketua jurulatih Liga Simpanan Sabah, Justin Ganai dan dibantu oleh Matasan Ahmad.
Menurut penyelaras sesi pemiliha di Telupid, Leprus Esuvas Giswa pemain yang terpilih adalah Jicky John, Fread Filemon Siah, Bryn Kenneth Arrifin, Billy Dolientie, Dinison Mathew, Earven Witty Ugap dan Liberti Martinus.
Katanya sesi pemilihan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan ramai pemain 21 tahun ke bawah yang hadir datang dari Telupid, Tongod, Pamol, Ulu Sapi, Semundoh, Entilibon dan Pinangah.
Beliau berkata sesi pemilihan itu dianjurkan bersama Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) dan Persatuan Bolasepak KadazanDusun dan Murut Sabah bagi memberi peluang kepada anak muda dari pedalaman ini untuk mempamerkan bakat yang mereka ada.
Leprus meminta mereka yang terpilih terus berlatih sebagai persiapan ujian pemilihan akhir nanti.
Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Bolasepak KadazanDusun dan Murut Sabah, Tommy Amir berbangga dengan sambutan yang menggalakkan dari pemain muda.
Katanya sesi pemilihan itu memberi peluang dan pengalaman kepada pemain dari sekitar Telupid, Beluran, Sugut dan Tongod untuk menimba pengalaman menyertai sesi pemilihan awal untuk pasukan Liga Simpanan negeri.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pemain yang terpilih untuk ke sesi pemilihan fasa akhir dan menasihatkan mereka mempersiapkan diri dengan latihan serta meningkatkan kemahiran mereka.
sumber berita:
New Sabah Times