5 Apr 2014

Keputusan penuh Sabah vs PBAPP FC 4 April 2014

Liga Premier 2014
Keputusan Penuh Sabah vs PBAPP FC 4/4/14

SABAH (3)
Redzuan Nawi 66'
Maxsius Musa 82'
Marwan Sayedeh 90+2'

vs

PBAPP FC (1)
Mohd Khalis Ibrahim 45+3'


Sabah melengkapkan jadual pusingan pertama Liga Premier dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas pasukan pelawat PBAPP FC di Stadium Likas malam tadi. Kemenangan ini sekaligus menamatkan rentetan 4 seri dalam empat perlawanan terakhir mereka.

Bermain dihadapan kira-kira 8 ribu penonton, Sabah yang turun tanpa khidmat beberapa tonggak utama bermula agak perlahan walaupun banyak menguasai bola. Dua layangan kad kuning kepada Rawilson Batuil dan Rosdin Wasli dalam tempoh lima minit pertama mengundang resah dikalangan penonton. Sabri Sahar terlebih dahulu melakukan percubaan dari luar petak penalti namun terus ke dakapan penjaga gol.

Peluang terbaik Sabah hadir di minit ke 13 menerusi Farid Ideris yang mendapat lorongan cantik dari Marwan Sayedeh sebelum membawa bola masuk ke dalam kotak penalti namun percubaan Farid lemah dan mudah diselamatkan penjaga gol pelawat.

PBAPP melakukan percubaan pertama di minit ke 18 menerusi Rosdi Talib namun melewati palang. Seminit kemudian Farid sekali mendapat peluang di kotak penalti namun pemain pertahanan sempat menghalang pergerakan Farid. Giliran Isma Aliff melakukan percubaan ke arah gawang tiga minit kemudian namun sipi.

PBAPP hampir mendapat gol pertama diminit ke 36 menerusi Faizal Mansor yang cuba manampan bola hantaran lintang pemain cilik, Faiz Nasir namun sedikit terkeluar. Rembatan padu dari luar kotak penalti Redzuan Nawi di minit ke 44 pula hampir menggegar jaring.

Ketika perlawanan hampir tamat di separuh masa pertama, PBAPP memperoleh gol pertama menerusi tandukan Khalis Ibrahim susulan dari sepakan percuma dari sebelah kanan. Tamat babak pertama, Sabah ketinggalan 0-1.

Bersambung di babak kedua, Sabah dilihat lebih garang dengan asakan demi asakan. Sabah mengeluarkan Farid Ideris yang kurang berkesan dan memasukkan Rexjeson Pitirus di minit ke 52.

Jaringan penyamaan akhirnya muncul diminit ke 66 menerusi satu gol cantik oleh Redzuan Nawi yang melepaskan satu sepakan voli dari jarak 35 meter yang terus menerjah jaring. Gol itu menyuntik semangat pasukan Sabah yang terus membuat asakan ke gawang gol PBAPP untuk mencari gol kemenangan.

Isma Alif hampir menggandakan kedudukan di minit ke 70 namun percubaanya dari dalam kotak penalti sedikit tinggi. Kemasukan Maxsius Musa di minit ke 79 bagaikan membawa tuah kepafa Sabah. Tiga minit berada di atas padang, Maxsius menanduk masuk bola tandukan dari Predrag Pocuca susulan dari satu sepakan percuma untuk Sabah mendahului 2-1.

Kelincahan Marwan Sayedeh memaksa seorang pertahanan PBAPP melakukan terjahan keras dan seterusnya dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning diminit ke 90. Gol ketiga terhasil menerusi Marwan yang menampan masuk bola susulan dari rembatan kencang Isma Alif yang gagal ditampan baik oleh pertahanan lawan di masa kecederaan. Tamat perlawanan, Sabah menang 3-1.

Kemenangan ke empat ini membawa Sabah naik satu tangga ke tangga ke 6 dengan mengutip 16 mata selepas tamat pusingan pertama liga. Sabah akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan seterusnya pada 11 April di Std. Bandaraya, P. Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...