27 Mac 2015

Joel Chianese pemain import baru Sabah FA

Joel Chianese - Pemain import baru Sabah 2015

Joel Chainese sertai Sabah FA
Joel Chianese sertai Sabah - gambar Sabah FA.
Sabah FA mengesahkan mengikat kontrak pemain import baru selepas jendela pendaftaran pemain baru dibuka April ini bagi melengkapkan kuota empat pemain asing. Joel Chianese, 25 tahun berasal dari Australia akan mengisi kuota pemain import benua Asia mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain kebangsaan Singapura, Fazrul Nawaz yang disingkirkan sebelum liga bermula awal tahun ini.

Chianese yang bermain di posisi penyerang dan sayap diikat dari pasukan Auckland City FC, pasukan dari Liga utama New Zealand. Pemain yang mempunyai pertalian darah Itali ini merupakan bekas pemain salah satu pasukan terbaik dari Liga Australia, Sydney FC.

Joel Chianese akan memakai jersi bernombor 6 dan berkemungkinan akan membuat penampilan pertama bersama pasukan Sabah dalam perlawanan menentang T-Team di tempat lawan pada 3 April ini.

Joel Chainese Sabah FA
Maklumat Pemain
Nama penuh: Joel Joseph Chianese
Tarikh lahir: 15 Feb 1990 (25 tahun)
Asal: Sydney, Australia
Tinggi: 1.81m
Posisi: Penyerang/Sayap
Gambar: Bharian Online

Pengalaman/Kelab terdahulu
Tahun Pasukan Pn (G)
2009-2010 Blacktown City Demons 19 (2)
2011-2014 Sydney FC 40 (11)
2014-2015 Sydney United 8 (3)
2015 Bonnyrigg White Eagles FC 1 (2)
2015 Auckland City FC
*Pn (G) - Penampilan (Gol)
Sumber: wikipedia

14 Mac 2015

Sabah FA vs Kuantan FA - Keputusan dan highlights

Keputusan penuh Sabah lwn Kuantan 13 Mac 2015 | Sabah 2-0 Kuantan| Highlights perlawanan | Liga Perdana Malaysia

Keputusan perlawanan:

SABAH FA (2)
Eamon Zayed 29', 60'

lwn

KUANTAN FA (0)

Statistik perlawanan (Sabah - Kuantan)
Penguasaan bola (%): 65 - 35
Percubaan (tepat): 12(6) - 9(2)
Tendangan sudut: 10 - 4
Offside: 2 - 1
Kad kuning: 3 - 1
Kad merah: 0 - 0

Highlights perlawanan:
1' - Sepak mula oleh pasukan Kuantan.
8' - Diouf dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Mohd. Hazuan Daud
9' - Sepakan penalti yang diambil Diouf berjaya ditepis keluar penjaga gol Kuantan, Judtana Eh Put.
11' - Percubaan jauh dari penyerang Kuantan, Mohd Kamal tinggi melepasi palang.
12' - Rosdin Wasli dilayangkan kad kuning
13' - Sepakan percuma Im Kyung-Hyun jauh tersasar
17' - Sepakan Zuraindey dalam kotak penalti susulan dari sepakan sudut melepasi palang.
19' - Percubaan Mohd Razren dari luar kotak penalti hanya sedikit melepasi palang gol Sabah.
22' - Tandukan Diouf hasil dari sepakan sudut terus ke dakapan penjaga gol
26' - Hantaran lintang dari Zuraindey gagal disambar oleh Zayed di depan gawang gol Kuantan.
28' - Tandukan Diouf yang tidak dikawal dalam kotak penalti hasil dari sepakan sudut sedikit melepasi palang.
29' - GOLLLL!!!!! Eamon Zayed!!! Leopold bijak membawa bola melepasi kawalan dua pemain dari sebelah kiri sebelum menghantar kepada Zayed yang sempat memperdaya seorang pertahanan sebelum mudah menolak masuk ke gawang. Sabah 1-0 Kuantan.
32' - Mohd Kamal melakukan tandukan hasil satu hantaran jauh namun sipi di sebelah kanan tiang gol Sabah
33' - Zuraindey melakukan hantaran lintang kepada Zayed namun percubaannya sedikit tertampan pemain lawan dan tersasar dari pintu gol.
36' - Pertukaran pemain Kuantan. Norfahmie Hadzrin keluar digantikan Mohd Norhizwan.
37' - Percubaan 'first timer' Zayed dalam kotak penalti susulan dari sepakan percuma sedikit terkeluar dari tiang sebelah kanan.
42' - Shahrul Aizat berjaya meloloskan diri dari sebelah kanan namun rembatannya tinggi melepasi palang.
44' - Leopold berjaya melepaskan diri di sebelah kiri namun percubaannya ditepis keluar penjaga gol.
45' - Tandukan Rosdin Wasli hasil dari sepakan sudut tinggi melepasi palang.
45+2' - Tandukan kapten Kuantan, Khairul Azman hasil sepakan percuma tersasar
45+2' - Tamat separuh masa pertama. Sabah 1-0 Kuantan.

45' - Sepak mula separuh masa kedua oleh pasukan Sabah.
51' - Zayed mendapat hantaran 'trough pass' cantik namun penjaga gol keluar untuk menghadang gerakan Zayed.
59' - Pertukaran Kuantan. Muhd Razren keluar digantikan Hazwan Fakrullah.
60' - GOLLLL!!!! Eamon Zayed!!!. Diouf bijak melorong bola kepada Leopold di dalam kotak penalti sebelum menghantar ke hadapan gawang dan mudah ditolak ke dalam gawang yang ternganga oleh Zayed. Sabah 2-0 Kuantan.
62' - Kad kuning kepada pemain Kuantan, Shahrul Aizat.
66' - Pertukaran Sabah. Leopold keluar digantikan Izuan Salahuddin.
68' - Percubaan Muhd Hazuan mengenai palang gol Sabah.
70' - Tandukan Zayed hasil hantaran jauh Diouf melepasi palang.
71' - Pertukaran Sabah. Shafuan Adli keluar digantikan Ezaidy Khadar.
72' - Azzizan Nordin dilayangkan kad kuning.
77' - Pertukaran Kuantan. Muhd Hazuan keluar digantikan Mohd. Afif Asyraf.
80' - Pertukaran Sabah. Zayed keluar digantikan Shafiq Jamal.
81' - Rembatan Im Kyung-hyun dalam kotak penalti terus ke dakapan penjaga gol Sabah
82' - Kad kuning kepada Julamri Muhd
85' - Kad kuning kepada Alto Linus.
86' - Percubaan terus dari sepakan percuma oleh Tarik El Janaby terus kepada penjaga gol Sabah.
90+2' - Rembatan Zuraindey selepas mendapat tolakan ke belakang oleh Shafiq melepasi palang gol.
90+4' - Tamat perlawanan. Sabah 2-0 Kuantan.

Eamon Zayed jaringkan gol
Zayed menjaringkan gol pertama. Gambar kredit kepada Sabah Football Azzociation.
Kesebelasan pemain
Sabah FA
Fazli Paat (GK), Rawilson Batuil, Rosdin Wasli, Alto Linus, Julamri Muhd, Zuraindey Jumai, Leopold Alfonso Otong (66'-Izuan Salahuddin), Azzizan Nordin, Shafuan Adli Shaari (70'-Ezaidy Khadar), Eamon Zayed (80'-Shafiq Jamal), El Hadji Diouf (Capt)

Kuantan FA
Judtanna Eh Put (GK), Khairul Azman Ag Long (Capt), Lee Kwang Hyeon, Mohd Hazuan Daud (77'-Mohd Afif Asyraf), Shahrul Aizat Zulkifli, Tarik El Janaby, Kamal Rodiarjat Md Ali, Im Kyung Hyun, Norfahmie Hadzrin Nordin (36'-Mohd Norhizwan Hassan), Muhd Razren Jesni (59'-Hazwan Fakrullah), Muhd Firdaus Paris

Man of the match pilihan Sabah Football: 
Leopold Alfonso Otong - 2 asissts, 1 percubaan tepat

11 Mac 2015

Kuantan FA 2015 - Preview pasukan

Kuantan FA - Menjelang perlawanan Sabah lwn Kuantan FA 13 Mac 2015 | Preview pasukan | Liga Perdana Malaysia 2015

Logo Kuantan FA 2015
Kuantan FA 2015

Kelab berstatus 'daerah' yang diberi gelaran "The Seagulls" merupakan pendatang baru dalam Liga Perdana selepas menjuarai Liga FAM di musim 2014. Kuantan FA msuim ini dibarisi hampir separuh pemain baru dari pasukan-pasukan Liga M serta diperkuatkan empat pemain import. Pemain yang menjadi tumpuan dalam pasukan ini adalah penyerang import tinggi lampai dari Serbia, Milan Purovic yang setakat ini telah mengumpul dua jaringan. Pemain import berpengalaman, El Tarik Janaby yang pernah bermain untuk pasukan Pahang musim 2005-2006 adalah salah satu nadi dalam menggerakkan pasukan ini disamping pemain muda yang dipinjam dari pasukan Pahang FA, Abdul Malik Mat Arif. Harus diingat, pasukan Kuantan bukanlah pasukan yang 'mudah' kerana mereka mampu mengikat antara pasukan pilihan Liga Perdana musim ini, Kedah 2-2 sebelum ini. Namun, dua keputusan terakhir pasukan ini tidak memberangsangkan dengan kekalahan 1-3 (Liga Perdana) kepada Negeri Sembilan dan 0-3(Piala FA) kepada KL SPA Putrajaya. Satu kelemahan yang dapat dilihat pada pasukan ini adalah pada bahagian 'defensive' kerana setakat lima perlawanan setakat ini, mereka telah melepaskan 14 gol iaitu dengan purata hampir 3 gol dalam setiap perlawanan.

Jurulatih pasukan: Aminuddin Hussin
Pemain import:
1. Milan Purovic, 30 tahun (Penyerang - Sebia)
2. Tarik El Janaby, 31 tahun (Tengah - Maghribi)
3. Im Kyung-Hyun, 29 tahun (Penyerang - Korea Selatan)
4. Lee Kwang-Hyun, 34 tahun (Pertahanan - Korea Selatan)

Senarai Pemain Kuantan FA 2015
Penjaga Gol
Judtanna a/l Eh Put, 23
Rosfaizul Azuar Ali, 31
Mohamad Fitry bin Kamal Ariffin, 21

Pertahanan
Mohd Rahman Zabul, 32
Khairul Azman Awang Long, 31
Muszaki Abu Bakar, 26
Muhammad Ilham Yusof, 23
Nurfahmie Hadzrin Nordin, 24
Muhammad Firdaus Paris@Daris, 24
Lee Kwang-hyun, 34
Muhamad Norhizwan Hassan, 23
Khairul Annas bin Ibrahim, 20

Tengah
Abdul Wafiy Abdul Ghafar, 28
Mohd Hazuan Daud, 29
Abdul Malik Mat Ariff, 24
Mohd Shahrul Aizad Zulkifli, 22
Muhammad Afif Asyraf Mohd Zabawi, 24
Mohd Hanifuddin Abdul Rahman, 31
Tarik El Janaby, 31
Muhammad Fikri Elhan, 24
Hazwan Fakhrullah Mohd Zuridi, 24
Mohd Fiqri Mohd Abdullah, 29
Muhammad Helmi Mustaqim bin Mokhtar, 21
Muhammad Asnan bin Awal Hisham, 20

Penyerang
Milan Purović, 30
Mohd Kamal Rodiarjat Md Ali, 29
Im Kyung-hyun, 29
Muhamad Razren Mohd Jesni, 25
Muhammad Zamri Hasan, 34

Pencapaian musim lalu (2014)
Liga FAM: Juara
Piala FA: Pusingan pertama
Piala Malaysia: -

Kedudukan Liga Premier 2015
Ked. KUANTAN FA
P M S K J B PG Mt
11/12 Home 2 0 1 1 3 5 -2 1
Away 2 0 0 2 2 6 -4 0
Keseluruhan 4 0 1 3 5 11 -6 1

Statistik pasukan:
Perlawanan tanpa bolos: -
Perlawanan tanpa jaringan: 1
Kemenangan terbesar: -
Kekalahan terbesar: 2-5

Senarai penjaring:
2 gol - Milan Purovic
1 gol - Abd. Malik Mat Arif, Im Kyung-Hyun, Mohd. Razren Mohd Jesni

Keputusan perlawanan musim 2015
06/03/15 LP Kuantan 1-3 Negeri Sembilan
28/02/15 FA KL SPA 3-0 Kuantan
20/02/15 LP JDT II 5-2 Kuantan
13/02/15 LP Kuantan 2-2 Kedah
06/02/15 LP Pulau Pinang 1-0 Kuantan

Head-to-Head: Sabah vs Kuantan FA
21/01/14 FA
R1
Kuantan 0-1 Sabah
Marwan Sayedeh 18'
by: sabahawkians.blogspot.com

7 Mac 2015

Sabah vs KL SPA Putrajaya FC - keputusan penuh

Keputusan penuh Sabah lwn KL SPA Putrajaya 6/3/15 | Highlights perlawanan | Liga Perdana 2015

Keputusan:

SABAH FA (4)
Zuraindey Jumai 28'
Leopold Alfonso Otong 31'
Eamon Zayed 48'
Md Izuan Salahuddin 64'

lwn

KL SPA PUTRAJAYA FC (1)
Raja Md Hafillah 64'

Highlights perlawanan

Min-1: Sepak mula oleh pasukan Sabah.
Min-3: Percubaan penyerang import KL SPA, Michael Chukwubunna didalam kotak penalti tinggi diatas palang.
Min-9: Peluang terbuka buat KL SPA dalam kotak penalti namun pemain pasukan itu gagal menyepak kemas hantaran lintang rakannya walaupun tidak dikawal.
Min-11: Faye yang cedera dikeluarkan dan digantikan dengan Izuan Salahuddin.
Min-15: Azzizan membuat percubaan dari dalam kotak penalti tetapi tinggi melepasi palang.
Min-20: Zayed berjaya lepas hasil umpanan Diouf namun penjaga gol lawan berjaya menghalang tolakan Zayed. Percubaan susulan Leopold dikeluarkan pertahanan lawan.
Min-25: Pertukaran KL SPA. Guy Bwele yang cedera digantikan Khairul Azry.
Min-28: GOLLLL!!!! Zuraindey menolak masuk bola hasil gerakan Diouf dari sebelah kanan. Sabah 1-0 KL SPA.
Min-31: GOLLLL!!!! Leopold merembat masuk bola hasil hantaran lintang dari sebelah kanan oleh Izuan. Sabah 2-0 KL SPA.
Min-32: Pertukaran KL SPA. Rafiezan Razali keluar digantikan Hishamudin Othman.
Min-37: Percubaan terus Kwon Jun dari sepakan percuma terus kepada Fazli Paat.
Min-40: Izuan yang mendapat umpanan dari Zuraindey masuk ke kotak penalti sebelum melepaskan rembatan namun sipi.
Min-45+2: Tamat separuh masa pertama. Sabah 2-0 KL SPA.

Min-45: Separuh masa kedua bermula. KL SPA melakukan sepak mula.
Min-46: Tolakan Zayed hasil hantaran lintang Izuan ditepis penjaga gol sebelum terkena tiang.
Min-48: GOLLLLL!!!! Zayed menanduk masuk bola hantaran cantik dari Diouf. Sabah 3-0 KL SPA.
Min-62: Pertukaran Sabah. Leopold keluar digantikan Maxsius Musa.
Min-64: GOLLLLL!!!! Izuan mudah menolak masuk hasil gerakan menarik dari Diouf di sebelah kiri gawang. Sabah 4-0 KL SPA.
Min-65: GOLLLL!!! Raja Md Hafillah melakukan jaringan menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter diluar kotak penalti yang berjaya mengelirukan Fazli. Sabah 4-1 KL SPA.
Min-77: Hafillah hampir menambah gol kedua buat pasukannya namun percubaan dari sepakan percuma dari luar kotak penalti terkena palang.
Min-84: Diouf mendapat lorongan dari Zayed dalam kotak dan berjaya melepasi hadangan penjaga gol namun percubaannya tersasar walaupun pintu gol terbuka.
Min-87: Pertukaran Sabah. Rosdin Wasli masuk menggantikan Zuraindey Jumai.
Min-89: Gerakan cantik dari Diouf sekali lagi melepaskan Maxsius dalam kotak penalti namun penjaga gol sempat menghadang bola dari kaki Maxsius.
Min-90+2: Tamat perlawanan. Sabah 4-1 KL SPA.

Kesebelasan pemain Sabah:
Fazli Paat (GK), Hardy Charles Parsi, Abdoulaye Faye (12'-Izuan Salahuddin), Julamri Muhammad, Alto Linus, Zuraindey Jumai (87'-Rosdin Wasli), Azzizan Nordin, Rawilson Batuil, Leopold Alfonso Otong (62'-Maxsius Musa), El Hadji Diouf (capt) dan Eamon Zayed.

Kesebelasan KL SPA:
Mahathir Mohamad (GK), Rafiezan Razali, Kwon Jun, Guy Bwele,Khairil Anuar Khalid, Khairul Izwan Khalid, Mohd Azlam Haja Najumudin, Ally Imran Samarkhan, Norhafizzuan Jailani, Raja Md Hafillah, Michael Chukwubunna


4 Mac 2015

KL SPA Putrajaya - Preview dan analisis pasukan

KL SPA Putrajaya - Preview pasukan | Analisis pasukan | Head-to-head

KL SPA Putrajaya FC 2015

Kelab yang dikenali sebagai "The Wild Cats" yang juga juara Liga FAM 2012 ini beraksi dalam Liga Perdana untuk musim ketiga selepas penampilan kedua  di Liga Perdana musim lalu menyaksikan pasukan ini menamatkan saingan di tangga ke 10 dari 12 pasukan.

Jurulatih pasukan: Mohd Shah Alias Norbit
Pemain import:
1. Michael Ijezie Chukwubunna, 27 tahun (Penyerang - Nigeria)
2. Guy Bwele, 31 tahun (Tengah - Cameroon)
3. Kwon Jun, 27 tahun (Pertahanan - Korea Selatan)

Preview musim 2015
- Mengalami kekalahan besar dalam dua perlawanan pertama liga (1-5 kepada Kedah dan JDT II)
- Berjaya mengikat antara pasukan pilihan Liga Perdana musim ini, Negeri Sembilan 1-1
- Layak ke pusingan ke-3 Piala FA selepas menang ke atas Kuantan FA 3-0 di pusingan kedua
- Penyerang import, Michael Chuckwubunna menjaringkan kesemua 6 gol pasukan KL SPA termasuk hatrik dalam perlawanan terakhir pasukan itu.

Pencapaian musim lalu (2014)
Liga Perdana: 10/12
Piala FA: Pusingan pertama
Piala Malaysia: -

Kedudukan Liga Premier
2015
Ked. KL SPA
P M S K J B PG Mt
12/12 Home 2 0 1 1 2 6 -4 1
Away 1 0 0 1 1 5 -4 0
Keseluruhan 3 0 1 2 3 11 -8 1

Statistik pasukan:
Perlawanan tanpa bolos: 1
Perlawanan tanpa jaringan: -
Kemenangan terbesar: -
Kekalahan terbesar: 1-5

Senarai penjaring:
6 gol - Michael Chukwubunna (LP - 3 gol, FA - 3 gol)

Keputusan perlawanan musim 2015

28/01/15 FA KL SPA 3-0 Kuantan
20/02/15 LP KL SPA 1-1 Negeri Sembilan
13/02/15 LP KL SPA 1-5 JDT II
06/02/15 LP Kedah 5-1 KL SPA

Head-to-Head: Sabah vs KL SPA
16/06/14 LP KL SPA
Khairul Izwan Khalid 28'
Eddy Viator pen. 39'
2-0 Sabah
21/03/14 LP Sabah 0-0 KL SPA
07/01/13 LP Sabah
Shahrul Azhar Ture 5', pen 72'
2-1 KL SPA
Rhys David Weston g.s 28'
19/04/13 LP KL SPA
Mohd Norhafizuan 23'
Mohd Asyidi Asyar 75'
2-4 Sabah
Koh Traore 3', 73'
Shahrudin Yakup 36'
Zainizam Marjan 52'
by: sabahawkians.blogspot.com

1 Mac 2015

Piala Belia (U19) 2015 - Keputusan dan carta liga

Liga Piala Belia (U-19) 2015 - Keputusan perlawanan | Carta Liga | Jadual perlawanan

Liga Piala Belia 2015 merupakan liga di bawah kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi pasukan bawah 19 tahun yang mana sejumlah 15 pasukan mengambil bahagian. Jadual perlawanan, keputusan perlawanan dan carta liga Piala Belia akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Keputusan dan carta Liga Piala Belia 2015

CARTA LIGA PIALA BELIA 2015
No Pasukan P M S K J B PG MT
1 SELANGOR 6 6 0 0 14 2 12 18
2 PERLIS 7 4 1 2 17 10 7 13
3 KUALA LUMPUR 7 4 1 2 6 3 3 13
4 KEDAH 7 3 3 1 6 4 2 12
5 JOHOR 6 3 2 1 12 6 6 11
6 SSMP 6 3 2 1 6 3 3 10
7 MELAKA 6 3 0 3 9 8 1 9
8 TERENGGANU 7 2 3 2 4 7 -3 9
9 PERAK 6 2 2 2 8 9 -1 8
10 PULAU PINANG 6 2 1 3 6 8 -2 7
11 SARAWAK 7 2 1 4 2 6 -4 7
12 KELANTAN 7 1 3 3 8 12 -4 6
13 NEGERI SEMBILAN 6 1 2 3 5 8 -3 5
14 PAHANG 7 1 1 5 8 15 -7 4
15 SABAH 7 1 0 6 5 14 9 3
PUSINGAN PERTAMA
Perlawanan 1: 8/02/15 - Ahad
MELAKA 3-1 SABAH
KUALA LUMPUR 2-0 PULAU PINANG
SSMP 0-0 KEDAH
PERLIS 2-1 NEGERI SEMBILAN
KELANTAN 0-4 SELANGOR
JOHOR 3-0 PAHANG
SARAWAK 0-1 TERENGGANU
Perlawanan 2: 15/02/15 - Ahad
SARAWAK 1-0 SABAH
NEGERI SEMBILAN 1-0 KUALA LUMPUR
SELANGOR 3-0 PERLIS
KELANTAN 1-1 TERENGGANU
MELAKA 2-0 PAHANG
JOHOR 1-1 KEDAH
SSMP 1-0 PERAK
Perlawanan 3: 22/02/15 - Ahad
SABAH 1-2 KELANTAN
PERAK 2-2 JOHOR
KEDAH 2-1 MELAKA
KUALA LUMPUR 0-1 SELANGOR
PULAU PINANG 2-2 NEGERI SEMBILAN
TERENGGANU 0-3 PERLIS
PAHANG 0-1 SARAWAK
Perlawanan 4: 01/03/15 - Ahad
PERLIS 5-0 SABAH
TERENGGANU 0-0 KUALA LUMPUR
SELANGOR 1-0 PULAU PINANG
KELANTAN 3-3 PAHANG
SARAWAK 0-1 KEDAH
MELAKA 1-2 PERAK
JOHOR 2-1 SSMP
Perlawanan 5: 08/03/15 - Ahad
PULAU PINANG 2-1 SABAH
KUALA LUMPUR 2-1 PAHANG
NEGERI SEMBILAN 0-0 TERENGGANU
KEDAH 1-1 PERLIS
PERAK 1-1 KELANTAN
SSMP 0-0 SARAWAK
JOHOR 1-2 MELAKA
Perlawanan 6: 15/03/15 - Ahad
KUALA LUMPUR 1-0 SABAH
SSMP 2-0 MELAKA
PULAU PINANG 0-1 TERENGGANU
NEGERI SEMBILAN 1-2 SELANGOR
PERAK 1-0 SARAWAK
KEDAH 1-0 KELANTAN
PAHANG 3-2 PERLIS
Perlawanan 7: 22/03/15 - Ahad
SABAH 2-0 NEGERI SEMBILAN
SARAWAK 0-3 JOHOR
PAHANG 1-2 PULAU PINANG

TERENGGANU
1-3 SELANGOR
PERLIS 4-2 PERAK
KELANTAN 1-2 SSMP
KEDAH 0-1 KUALA LUMPUR
 Jadual, keputusan dan carta ini akan dikemaskini dari masa kesemasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...