7 Mac 2015

Sabah vs KL SPA Putrajaya FC - keputusan penuh

Keputusan penuh Sabah lwn KL SPA Putrajaya 6/3/15 | Highlights perlawanan | Liga Perdana 2015

Keputusan:

SABAH FA (4)
Zuraindey Jumai 28'
Leopold Alfonso Otong 31'
Eamon Zayed 48'
Md Izuan Salahuddin 64'

lwn

KL SPA PUTRAJAYA FC (1)
Raja Md Hafillah 64'

Highlights perlawanan

Min-1: Sepak mula oleh pasukan Sabah.
Min-3: Percubaan penyerang import KL SPA, Michael Chukwubunna didalam kotak penalti tinggi diatas palang.
Min-9: Peluang terbuka buat KL SPA dalam kotak penalti namun pemain pasukan itu gagal menyepak kemas hantaran lintang rakannya walaupun tidak dikawal.
Min-11: Faye yang cedera dikeluarkan dan digantikan dengan Izuan Salahuddin.
Min-15: Azzizan membuat percubaan dari dalam kotak penalti tetapi tinggi melepasi palang.
Min-20: Zayed berjaya lepas hasil umpanan Diouf namun penjaga gol lawan berjaya menghalang tolakan Zayed. Percubaan susulan Leopold dikeluarkan pertahanan lawan.
Min-25: Pertukaran KL SPA. Guy Bwele yang cedera digantikan Khairul Azry.
Min-28: GOLLLL!!!! Zuraindey menolak masuk bola hasil gerakan Diouf dari sebelah kanan. Sabah 1-0 KL SPA.
Min-31: GOLLLL!!!! Leopold merembat masuk bola hasil hantaran lintang dari sebelah kanan oleh Izuan. Sabah 2-0 KL SPA.
Min-32: Pertukaran KL SPA. Rafiezan Razali keluar digantikan Hishamudin Othman.
Min-37: Percubaan terus Kwon Jun dari sepakan percuma terus kepada Fazli Paat.
Min-40: Izuan yang mendapat umpanan dari Zuraindey masuk ke kotak penalti sebelum melepaskan rembatan namun sipi.
Min-45+2: Tamat separuh masa pertama. Sabah 2-0 KL SPA.

Min-45: Separuh masa kedua bermula. KL SPA melakukan sepak mula.
Min-46: Tolakan Zayed hasil hantaran lintang Izuan ditepis penjaga gol sebelum terkena tiang.
Min-48: GOLLLLL!!!! Zayed menanduk masuk bola hantaran cantik dari Diouf. Sabah 3-0 KL SPA.
Min-62: Pertukaran Sabah. Leopold keluar digantikan Maxsius Musa.
Min-64: GOLLLLL!!!! Izuan mudah menolak masuk hasil gerakan menarik dari Diouf di sebelah kiri gawang. Sabah 4-0 KL SPA.
Min-65: GOLLLL!!! Raja Md Hafillah melakukan jaringan menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter diluar kotak penalti yang berjaya mengelirukan Fazli. Sabah 4-1 KL SPA.
Min-77: Hafillah hampir menambah gol kedua buat pasukannya namun percubaan dari sepakan percuma dari luar kotak penalti terkena palang.
Min-84: Diouf mendapat lorongan dari Zayed dalam kotak dan berjaya melepasi hadangan penjaga gol namun percubaannya tersasar walaupun pintu gol terbuka.
Min-87: Pertukaran Sabah. Rosdin Wasli masuk menggantikan Zuraindey Jumai.
Min-89: Gerakan cantik dari Diouf sekali lagi melepaskan Maxsius dalam kotak penalti namun penjaga gol sempat menghadang bola dari kaki Maxsius.
Min-90+2: Tamat perlawanan. Sabah 4-1 KL SPA.

Kesebelasan pemain Sabah:
Fazli Paat (GK), Hardy Charles Parsi, Abdoulaye Faye (12'-Izuan Salahuddin), Julamri Muhammad, Alto Linus, Zuraindey Jumai (87'-Rosdin Wasli), Azzizan Nordin, Rawilson Batuil, Leopold Alfonso Otong (62'-Maxsius Musa), El Hadji Diouf (capt) dan Eamon Zayed.

Kesebelasan KL SPA:
Mahathir Mohamad (GK), Rafiezan Razali, Kwon Jun, Guy Bwele,Khairil Anuar Khalid, Khairul Izwan Khalid, Mohd Azlam Haja Najumudin, Ally Imran Samarkhan, Norhafizzuan Jailani, Raja Md Hafillah, Michael Chukwubunna


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...